t>

Breaking News

Wartawan CNN Digertak Israel Supaya Jaga Laporan - La Takut Juga Israel Neh Ek..

Laa..

kalau apa yang ko buat tue betul pasal apa pula nak gertak2 wartawan? Nampak sangat ISRAEL takut. Takut yang wartawan CNN tulis sebarangan mengenai serangan mereka ke atas GAZA.

Kes bermula apabila wartawan CNN iaitu Diana Magnay sedang bertugas melaporkan kejadian serangan bom ke atas Gaza di israel. Ketika sedang melaporkan insiden, sekumpulan rakyat israel mengecam Diana dengan mengeluarkan kenyataan andai kata dia tersalah cakap (laporan yang tidak condong kepada israel) maka mereka nak musnahkan kenderaan krew CNN.

Diana menulis perkara itu di twitter. Akibatnya dia diserang bertubi2 oleh israel dan geng2 israel dan akhirnya dipanggil pulang. Twitter tersebut dah pun dipadamkan. Aku nak screenshot pun tak sempat.

Tapi yang aku tertarik bila wartawan CNN lapor israelis bersorak gembira lihat GAZA kena bom.

Nampak? Nampak?

Lue fikirlah sendiri ek.


Wajah wartawan tersebut ;

Ini laporan Awani ;

CNN memanggil balik koresponden antarabangsanya, Diana Magnay dari Israel selepas wartawan itu menggelar sekumpulan penduduk Israel sebagai "sampah", lapor portal berita, Politico.

Magnay sedang membuat liputan serangan tentera rejim Yahudi ke atas Gaza. Dia pada Khamis menulis di Twitter: “Israelis on hill above Sderot cheer as bombs land on #gaza; threaten to ‘destroy our car if I say a word wrong’. Scum.”

(Orang Israel di atas bukit di Sderot bersorak ketika bom singgah di #gaza; mengancam akan 'musnahkan kereta kami kalau saya salah cakap'. Sampah.")

Politico memetik jurucakap CNN berkata Magnay telah diancam dan diganggu namun "sangat kesal dengan bahasa yang digunakan".

“Selepas diancam dan diganggu sebelum dan semasa siaran langsung, Diana melepaskan marah di Twitter," kata jurucakap itu.

“Beliau kesal dengan bahasa yang digunakan yang ditujukan kepada mereka yang mengganggu krewnya. Beliau tidak berniat menyinggung mana-mana pihak di luar daripada kumpulan itu. Beliau dan CNN meminta maaf sekiranya ada yang tersinggung."

Selepas dipanggil balik, Magnay kini ditugaskan ke Moscow.

Semakan di akaun Twitter wartawan itu menunjukkan tweet berkenaan telah dipadam.