Van Putih Kembali Mengganas - Lagi Budak Sekolah Jadi Mangsa Culik!


Korang ingat tak dulu ada kecoh2 insiden kes kanak2 kena culik dengan van putih oleh kumpulan penculik organ dalaman? Lepas tue polis kemain lagi keluarkan statement bahawa perkara itu adalah palsu sehingga menguris perasaan si bapa (penyebar maklumat) yang berniat sebarkan kejadian supaya ibu bapa lebih prihatin (ber-ahti2) dengan anak2 mereka yang berada di luar kawasan rumah.

Lihat penafian polis suatu ketika dulu ;




Dan2 polis nafi, berlaku siri rentetan penculikkan oleh van putih ;

Mula2 kecoh kes ini ;


Kemudian ini pula ;


Kemudian ini ;



Dan ini ;



Sebelum itu HM melaporkan ini. Pada tahun 2012, kegiatan menculik menggunakan van putih telah berlaku. 

Dan yang terbaru ;


Dua murid perempuan Tahun Tiga mendakwa diculik di hadapan sekolah mereka di Batu Lanchang di sini semalam.

Jurucakap polis berkata murid berkenaan mendakwa mulut mereka ditekup dengan kain oleh dua lelaki sebelum ditarik masuk ke dalam sebuah van berwarna putih dalam kejadian kira-kira 1.45 tengah hari. "Bagaimanapun ketika van itu berhenti di sebuah bank di Jalan Masjid Negeri, mangsa mengigit tangan suspek dan dapat meloloskan diri," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, ketika melarikan diri murid berkenaan terserempak dengan ibu rakan sekolah mereka yang kemudiannya menghantar mereka ke sekolah semula. 

Beliau berkata ibu kepada seorang murid itu yang juga guru di sekolah berkenaan melaporkan kejadian itu kepada polis. Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Abdul Rahman Ahmad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu petang semalam. 

Beliau berkata siasatan awal polis mendapati tiada saksi melihat kejadian itu dan kes itu sedang disiasat. -  Bernama

Nampak?

Kegiatan menculik kanak2 dengan van putih bukan la sekadar misteri ataupun sebaran palsu sebaliknya memang benar2 berlaku kat negara ini. Yang aku pelik. Bengong tak bengong juga la geng2 penjenayah tue sebab tak tukar kaler van dorang. Melainkan selain dari kegiatan menculik, dorang gunakan van itu untuk kegiatan lain yang mana menyebabkan dorang tak boleh nak tukar warna van dengan sesuka ahti.

Persoalannya, nyawa kanak2 dalam bahaya. Mereka mahu dapatkan organ dalaman. Apakah tiada kemungkinan bahawa terdapat kanak2 yang diculik menggunakan van putih, organ dalaman mereka diambil dan mayat mereka dicampakkan ke satu tempat misteri? Harap2 polis dapat tumpukan usaha untuk siasat kes neh berbanding asyik tahan orang2 yang buat status melawan di facebook. Kes remeh temeh macam tue ada masa boleh la layan. Baik tumpukan tenaga untuk siasat kes jenayah yang betul2 seriyus menganggugugat keselamatan orang awam lagi bagus.

Share this :

Previous
Next Post »