t>

Breaking News

Pendedahan Gempar Mengejutkan Dunia - 'Hello Kitty' Bukanla Seekor Kucing!

What?


Nama Hello Kitty itu sendiri seperti membawakan maksud kita sedang bercakap tentang seekor kucing kan?

Apa2 aje la.

Well. Topic ini agak mendapat perhatian disebabkan hello kitty neh agak terkenal sebagai satu watak kartun aka patung yang sangat comel dan disukai ramai terutamanya budak2 perempuan. Rasanya, patung dia dijual secara berleluasa kat merata2 tempat kat dunia neh. Takde negara yang tak jual hello kitty melainkan negara itu dalam peperangan ataupun kemiskinan. Itupun bergantung juga pada situasi.

Okay. Baru2 ini. Ahli antropologi dari Universiti of Hawaii, yang bernama Christine R. Yano telah menyediakan satu bentuk restrospective (ciri2/penjelasan tentang watak) bagi digunakan sebagai rujukan kepada Japanese-America National Museum untuk memperjelaskan apa itu watak Hello Kitty. Namun, Sanrio pemilik HK telah membetulkan kandungan restrospective R. Yano tersebut melalui satu artikel yang diterbitkan oleh LA Times.

Dalam penjelasan tersebut, R. Yano diberitahu bahawa ;

- Hello Kitty bukan kucing. (kitty bukan kucing?)
- Dia ialah kartun. (ada sapa2 yang tatau ke HK itu kartun?)
- HK ialah seorang gadis bertubuh kecil. (gadis ada misai?)
- HK adalah kawan. (aku tak rasa nak berkawan dengan kartun)
- HK berjalan dan duduk seperti makhluk berkaki dua. Tidak pernah digambarkan merangkak. (watak dalam kartun seperti doraemon dia boleh keluarkan alat2 ajaib untuk bantu Nobita kot, so?)
- Bahkan HK ada kucing sendiri yang diberikan nama Charmmy Kitty.
- Kesimpulannya HK bukan la kucing.

Garfield digambarkan boleh bercakap. Dalam kartun kan. So Garfield tue apa sebenarnya? Kemon la R.Yano. Don't confused yourself la.

Dan, tambah si Sanrio lagi, selepas melakukan satu sesi ujian yang dikenali sebagai DUCK TEST (apa2 je la) menguatkan lagi dakwaan bahawa Hello Kitty bukan la seekor kucing, dia hanya kelihatan seperti kucing, tidak berjalan ataupun bercakap seperti kucing bahkan dia ialah warganegara British.

Hah sudah.

Bukan product Jepun ke Hello Kitty tue? Punyalah aku salah sangka selama ini. Hantu betul.

HAHAHA.

Dan, Sanrio menegaskan sekali lagi dalam satu kenyataan kepada Kotaku bahawa ;

- Secara asasnya HK bukanla kucing dia hanyala watak yang diperlihatkan seperti kucing tapi bukan kucing.
- Sanrio menegaskan rujukan haiwan tidak boleh digunakan untuk mengambarkan apa itu HK.
- HK ialah gadis. Bukan kucing!

Baikla. Buat2 percaya sudah. Untuk rekod, selepas artikel itu spark di USA, sosial M kat sana pun kecoh juga.

Snoppy, laman rasmi twitter memberitahu bahawa ia adalah seekor anjing.
Ketopi pun maklumkan bahawa ia adalah katak.
Kitty Purry juga isytiharkan bahawa ia adalah kucing.

Terima kasih kepada Sanrio. Buat pertama kalinya aku dapat tahu dalam dunia neh wujud gadis yang bermisai seperti kucing, ada rupa kucing, telinga macam kucing, hidung macam kucing, mata macam kucing tapi err dia bukan la kucing. Dia adalah gadis yang sebenarnya err kartun. Oke? Well done. 

HA HA HA 

Rujukan : sini