Guru Difitnah Tampar Murid, Bapa Saudara Mohon Maaf, Saman Tetap Saman.

Tak sangka cerita neh jadi viral. Mungkin disebabkan inila kot kali pertama ahli keluarga yang fitnah cikgu dikantoikan. Untuk rekod, dorang dah mula kaitkan bapa saudara kepada pelajar tersebut dengan BN. Ada gambar dia terlibat dalam aktiviti BN. Hadoi. Jangan la macam tue. Dia nak sokong BN ka PR ka takde kaitan kot dengan tindakan dia menfitnah cikgu tersebut.

Kisah bermula ;

1. Apabila bapa saudara kepada murid tahun 1 memuatnaik satu gambar (anak saudaranya) yang ditampar mukanya oleh seorang cikgu. Itu yang dia sebarkan. Gambar tersebut, status tersebut jadi viral sampai muncul dalam akhbar. Tak silap aku KOSMO dan METRO ada petik cerita tersebut.


2. Kemudian kantoi. Rupa2nya anak saudara dia alergik. Hak ala. Lepas kantoi dia minta maaf secara terbuka. Bagi aku bagus juga sikap dia neh dah kantoi buat salah, minta maaf. Bukannya lari ataupun spin sana sini macam si Kiki tue. Hahahaha..


3. Namun sayangnya cikgu tue dah terasa kot. Kaw2 kena fitnah, kena maki, kena kutuk, keluar paper lagi. Bengang la dia. 

Ini respon dia ;


Haiya.

Jadi ahli keluarga sekalipun jangan la main tuduh sebarangan. Kan tak pasal2 dah mendapat. Apa2 pun aku percaya kes neh boleh diselesaikan cara baik tanpa perlu saman menyaman. Ibu bapa kena tampil berjumpa dengan ahli keluarga tersebut untuk minta maaf secara peribadi dan seikhlas yang mungkin. Nak gunakan undang2 duit lagi. Lagipun ko nak saman orang pun kena tengok kemampuan yang disaman juga. Kalau dia takde duit nak bayar saman pun sia2 aje nak saman pun.

Haha..

Harap2 kita semua boleh belajar sesuatu iktibar dari kes ini. Jangan suka2 meletakkan tuduhan sehingga mendapatkan kisah dari kesemua pihak yang terlibat.

Kbai.

Share this :

Previous
Next Post »