Pemilik Nak Jual No Plat #MH370.
Alah pakcik mengaku aje terus terang ko nak jual no plat tue dengan harga yang paling tinggi. Tak payah nak berbasa basi depan wartawan bagai. Jadi jujur je la. Tak payah buat wayang ko la pakcik oi.
Haha.
Kata pakcik tue ;
1. “Bertahun-tahun motosikal ini hanya terbiar di dalam bengkel anak sebelum tiba-tiba muncul seorang lelaki dari Merlimau, Jasin mahu membeli motosikal berkenaan dengan harga RM500. “Ketika itu saya tidak sedar nombor pendaftaran motosikal berkenaan sama dengan kod pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang. Apabila anak sulung beritahu, baru saya tersedar dan tidak mahu menjualnya lagi,”.
2. Othman berkata, tidak lama selepas itu seorang lelaki mendakwa dari Mersing, Johor datang menawarkan harga sama untuk membeli motosikalnya. Katanya, dia sekali lagi menolak kerana nombor pendaftaran MH370 ada sejarahnya yang tersendiri. “Nombor pendaftaran MH370 menjadi satu sejarah dan hanya saya menggunakan nombor pendaftaran itu. Saya turut bersimpati dengan mangsa serta ahli keluarga penumpang serta anak kapal pesawat yang sehingga kini belum ditemui,” katanya.
3. Othman berkata, dia sanggup menjual motosikal itu dengan nombor pendaftaran sekali jika sesuai harganya kerana berhasrat menderma sebahagian wang jualan kepada badan kebajikan dan masjid. “Motosikal itu sudah lama rosak. Selepas berbincang dengan keluarga, daripada terbiar dan tersadai, apa salahnya saya jual jika kena dengan harganya. “Jika ada yang sanggup beli dengan harga berpatutan, saya akan jual kerana berhasrat menderma sebahagian hasil jualan kepada badan kebajikan dan masjid, manakala selebihnya untuk kegunaan sendiri,” katanya yang mempunyai enam anak berusia 20 hingga 41 tahun.
4. Rakan Othman, Sazali Puteh, 56, berkata, mungkin ada pihak tertentu akan mengambil kesempatan berikutan nombor pendaftaran MH370 menjadi perhatian. “Saya harap Othman berhati-hati dengan pihak yang ambil kesempatan dengan apa dimiliki dan pastikan individu membelinya (motosikal) ikhlas dan jujur,” katanya.
Rujukan : HM.
Hak ala.
Motif dari keseluruhan artikel neh cuma satu aje. Pemilik no plat #MH370 sudah ditemui dan sesiapa yang tawarkan harga paling tinggi kepada dia la pakcik tue akan jual.
Kan?
Nak konar2 pasai apa.
Tak payah dok heret bab derma la masjid la apa la. Semak aku tengok orang2 Islam macam neh. Ko nak jual, ko jual aje la. Orang kalau nak menderma tak payah tunggu kaya. Ada rm1.00 pun boleh aje derma kat masjid. Bukan kuantiti jadi isu. Allah nilai kemampuan dan kemahuan kita. Kalau ko nak derma, ko tetap derma meksipun ko bukan orang kaya.