Ini Wajah Ibu Tunggal Yang Dipenjara & Didenda Kerana Mencuri Susu Dan Kicap.
Apa la kejam lagi zalim mahkamah dunia neh.
Macam setan!!!!
Berdasarkan fakta kes kita boleh tahu samada jika seseorang itu mencuri kerana desakan hidup ataupun sekadar nafsu tamak.
Orang kalau mencuri makan, dia mencuri sebab dia terdesak nak makan angkara lapar.
Orang kalau mencuri susu formula, dia mencuri mesti sebab nak bagi anak2 yang lapar susu. Manusia apa yang curi susu untuk kayakan diri sendiri ataupun mendapat keuntungan atas angin? Curi 2 bungkus susu boleh kaya ka kawan?
Orang kalau mencuri kicap, mesti dia mencuri sebab nak makan dengan nasi berlauk kicap. Kalau dah takde telur, makan nasi dengan kicap pun jadi la buat perasa. Ada ka orang curi dua botol kicap boleh dapat duit juta2 kawan?
Boleh rugi ka pasaraya GIANT kalau lepaskan ibu tunggal yang mencuri akibat tekanan dan desakan hidup?
Fak GIANT. Yang proceed kes neh sampai ke balai polis.
Fak undang2. Yang sanggup hukum dan denda manusia biasa dan membezakan hukuman ikut kelas masyarakat.
Khir Toyo yang mencuri sampai sekarang langsung tidak dipenjarakan walaupun bertahun2 telah berlalu.
Ini bukan pengajaran. Ini kekejaman. Walaupun 6 hari nampak singkat. Walaupun 300 nampak murah. Tapi KETIDAKADILAN itu yang kita persoalkan ia.
Aku rasa. Kita patut LAKUKAN SESUATU TERHADAP PASARAYA GIANT SEBAGAI AMARAN.
Btw. Jika korang baca fakta kes. Kejadian kecurian berlaku pada 26 November. Suspect terus dijatuhkan hukuman pada 2 Disember. Laju gila PDRM, pendakwaraya dan hakim buat kerja kan?
Cuba kalau yang kena tue orang besar?
Orang kaya?
Pemimpin dan menteri pro BN?
MACAM HARAM pelaksanaan hukuman.
Renung2kan la wei..
Baca laporan dari Metro ;
Gara-gara mencuri pelbagai barangan termasuk dua bungkus susu formula serta kicap di sebuah pasar raya, seorang ibu enam anak dipenjara enam hari dan didenda RM300 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.Hukuman diputuskan Majistret Norina Maludin terhadap Rasmah Joles, 40, dari Tanjung Minyak di sini, yang mengaku bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan jurubahasa mahkamah.Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri enam jenis barangan iaitu dua bungkus susu formula Ducth Baby Step 1, dua botol kicap cap Kipas Udang, empat pensil mekanikal jenama Pilot dan masing-masing satu serbuk minuman Super Power enam dalam satu Tongkat Ali, ubat gigi Colgate dan Scoth Brite.
Tertuduh didakwa mencuri semua barangan bernilai RM138.20 milik Pasaraya Giant itu di pasaraya berkenaan di Jalan Tun Fatimah Bachang di sini, kira-kira 9.30 malam pada 26 November 2014.Justeru, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.