t>

Breaking News

Gambar2 Rumah Kontena Yang Cantik & Menarik.

Rumah kontena?

Apa tue?


Rumah kontena ialah sejenis kediaman yang dibuat menggunakan kontena samada terpakai ataupun baru. Rumah kontena ataupun rumah kabin adalah antara kediaman yang mendapat tempat di kalangan masyarakat di beberapa buah negara disebabkan harganya.

Ciri2 yang menyebabkan rumah kontena mendapat perhatian ialah kerana ;

- Kos membinanya lebih murah berbanding membina rumah jenis konvensional

- Masa membina (menyediakan) rumah jenis kontena lebih cepat berbanding rumah jenis konvensional.

- Boleh alih

- Reka bentuk yang lebih cachy dan comel

Di Malaysia, ada beberapa tempat yang menggunakan kontena terpakai untuk dijadikan ;

- Hotel

- Chalet

- Kediaman

Tapi sekarang aku nak SHARE dulu GAMBAR2 rumah kontena yang dijadikan rujukan bagi oleh mereka2 yang ingin membina rumah kontena.

Memang cantik2 rumah mereka wooo.. selepas proses renovasi.. perghh langsung tak terbayang yang rupa2nya bahan asas mereka hanyala sekadar kontena terpakai..
 


Dibina menggunakan kontena bersaiz 40 kaki. Rumah ini pada waktu siang menggunakan tenaga solar untuk menghasilkan elektrik. Dan dibina pada tahun 2011.



Lokasi rumah kontena di atas ialah di New York, USA. Cantik kan? Keluasan 2,000 kaki. Dibina menggunakan kontena sebagai bahan asas sebelum proses renovate. Di bahagian atas siap ada laman terbuka untuk menghayati pemandangan luar dengan dihiasi pokok2 hijau bagi menyejukkan suasana



Lokasi  Queensland, Australia. Yang ini dibina menggunakan kontena baru. Dalam rumah neh ada 4 bilik dengan 4 bilik air. Keluasan 6,000 kaki.



Rumah di atas dikenali dengan nama 'caterpillar house' disebabkan bentuknya macam ulat bulu. Lokasi rumah kontena tersebut ialah di Lo Barnechea, Santiago de Chile, Chile. Kalau diperhatikan, rumah tersebut dibina di atas tanah kering dan lapang. Agak sunyi. Atas tanah persendirian. Sedang mereka2 yang kaya pun lebih suka berjimat dengan membina kediaman mampu milik. Ianya dibina untuk seorang 'art collector'. Memang agak seni kan reka bentuk rumah kontena di atas. Menggunakan kontena bersaiz 20 kaki dan 40 kaki.



Dibina menggunakan 6 kontena dan rumah tersebut bersaiz 2,300 kaki. Dibina pada tahun 2011 di Gurun Mojave.



Comelnya. Oke ini ialah rumah contoh bagi kediaman mampu milik dan mesra alam. Dibina menggunakan kontena. Sasaran mereka ialah membina sebuah rumah mampu milik berkos murah + mesra alam = untuk semua lapisan masyarakat yang memerlukan rumah. Rumah contoh ini dibina menggunakan kontena bersaiz 40 kaki. Lokasi tak dapat dikenalpasti tapi melihatkan kepada sasaran projek neh maka kita tahu la yang bahawa rumah kontena adalah antara option yang membolehkan kita memiliki kediaman mampu milik yang betul2 mampu milik dalam erti kata sebenar.



Gambar pertama, pemandangan luar rumah. Gambar kedua. Pemandangan dalam rumah. Simple yet kemas dan menarik. Dibina menggunakan 5 kontena dan seluas 2,600 kaki. Rumah ini juga dipasang panel solar bagi menyerap tenaga untuk tujuan elektricity. Kalau diperhatikan, beberapa rumah kontena memang sengaja dipasang dengan panel solar bagi penyerapan tenaga. Secara tak langsung ia mengurangkan pergantungan kepada sumber tenaga berbayar, kan? Sebab kita menggunakan sumber tenaga yang percuma. Lokasi rumah di atas ialah di Kansas City, Missouri.



Rumah dalam hutan. Lokasi Santa Cruz, California, USA. Dibina menggunakan 3 kontena bersaiz 40 kaki. 



Dibina menggunakan kontena bersaiz 40 kaki. Tengok dari luar, simple sangat rumah neh. Lokasi di Kall, Eifel, Germany. 



Lokasi di Blue Hill, bandar kecil di Maine, USA. Menggunakan 12 kontena terpakai bersaiz 40 kaki. Dibina pada tahun 2003. Boleh bayangkan betapa luasnya rumah di atas memandangkan menggunakan 12 biji kontena. 



Aha. Yang ini pula lokasinya di France. Berkeluasan 2,240 dan dibina pada tahun 2010. Menggunakan lapan kontena bersaiz 40 kaki.



Lokasi di Nybory, Denmark. Ini sebenarnya rumah yang dibina untuk projek rumah kitar semula pada tahun 2013. Dibina menggunakan kontena bersaiz 40 kaki. Cantik kan? 

Sebenarnya. Penggunaan kontena yang diconvert menjadi sebuah kediaman telah mula meluas di beberapa buah negara sebagai sebuah rumah kediaman yang menekankan konsep rumah mampu milik, murah, selesa, pembinaan yang cepat dan boleh dilengkapkan dengan panel solar bagi tujuan penjimatan tenaga dan juga tahan kerana berat kontena itu sendiri. 

Bagaimana jika konsep rumah kontena ini diperluaskan di Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan sebuah kediaman ideal mampu milik yang berkos di bawah 100 k. Berminat? Kita kupas lain ek. 

Rujukan : http://www.inspirationgreen.com/container-homes.html

http://www.homedsgn.com/2014/04/14/22-modern-shipping-container-homes-around-the-world/