Persatuan Buddhist Bantu Orang Muslim Miskin - UPDATED!


Susulan dari penyebaran berita tentang keluarga susah anak lapan yang memerlukan bantuan untuk membiayai kos persekolahan pada sesi tahun depan, rujuk sini, salah seorang pengomen dalam thread berkenaan kongsikan satu pengalaman menarik tentang persatuan Buddhist di negara neh.

Menarik baca komen dia neh.  Dipetik dari page BERSIH. Rujuk sini

Bayangkan ek..

- Pusat Zakat mengenakan pelbagai protokol (karenah biokrasi) bila nak menghulurkan bantuan zakat atas nama takut kena tipu.

- Persatuan Buddhist, takde takut2 kena tipu dah. Terus bantu direct.

- Bukan setakat bantu untuk kos rawatan jantung di Singapura, bahkan bantu keluarkan dana untuk pendidikan pelajar tersebut lagi.

Aha..

Takde ke persatuan Buddist neh takut kena tipu?

Tak kesah ke bantu anak melayu muslim yang miskin?

Bukan seagama pun. Jauh sekali sebangsa. Mohon sentap la wahai jiwa2 yang duduk dalam agensi agama terutamanya individu bernama Jamil Khir tue.. pleaseee

HA HA HA

Kemaskini.

Selepas tersebarnya pengakuan di atas.

Rupa2nya. Persatuan Buddhist dan Tionghua turut terlibat secara aktif membantu golongan muslim despite perbezaan agama dan bangsa. Persatuan2 tersebut tidak mempunyai karenah biokrasi dan sangat cepat ketika menghulurkan bantuan berbanding pusat zakat. Mungkin selepas ini umat Islam di Malaysia sepatutnya meminta tolong kepada persatuan2 tersebut berbanding meminta tolong dari kaunter zakat yang melayan umat Islam seperti anjing kurap.

Baca pengakuan2 mereka kat bawah neh dan anda nilaikan sendiri.



Di samping itu. Ada juga yang kongsikan pengalaman2 negatif mereka tentang pusat zakat. Minta bantuan dilayan macam hapa. Antara komen yang mendapat perhatian di laman sosial ;


Tak dapat dinafikan. Ada asnaf2 yang dibantu oleh baitulmal. Tapi di luar sana masih ramai lagi yang tercicir. Itu tak masuk lagi bab proses untuk renew bantuan. Itu tak masuk lagi bab karenah biokrasi sebelum meluluskan bantuan. Itu tak masuk lagi bab bantuan yang diterima setakat alah kadar aje. Itu tak masuk lagi bab layanan staff2 zakat kepada mereka2 yang susah. Itu tak masuk lagi bab bantuan atas dasar favoritism. 

Sesetengah pegawai zakat neh perangai dia memang keji. Keji gila. Dia ingat semua orang susah tue mesti jenis takde emas, takde tv, takde apa2 la...

Kadang2 orang kita neh terdesak sementara. Contohnya. Dia hidup biasa2 je la selama neh. Tiba2 di timpa musibah. Contohnya. Kecurian ke, kematian tunggak utama keluarga ke, kemalangan ke yang menyebabkan dia tak boleh cari rezeki ke, penyakit kronik ke, kehilangan ke, apa ke.. sudah tentu la musibah yang sementara dan secara tiba2 neh akan menyusahkan juga mereka2 yang tak punya simpanan yang banyak, betul?

Takan datang minta bantuan zakat pakai cincin emas (padahal cincin kahwin) terus nak cop orang tue tak layak sebab ada emas di jari dia?

Nampak?

Nampakk?

Kakitangan zakat dok buat penilaian melulu macam la duit zakat tue semua duit2 dia.

Sebab tue bermula tahun lepas, aku buat kempen jangan bayar zakat pada pusat zakat. Teruskan bayar pada asnaf. Tak mampu cari orang susah? Tatau orang susah ada kat mana? Baca je artikel2 lepas dalam blog aku. Bersepah2 orang susah yang memerlukan bantuan, aku selalu share dan tulis artikel2 berkaitan orang2 susah yang miskin.. korang search mesti jumpa punya.. lepas tue bayar la zakat2 korang kat situ..

Ada caranya.

Zakat kita dinilai oleh Allah. Pusat zakat bukan tuhan. Kakitangan zakat bukan Allah. Mereka bukan penilai zakat kita. Jangan takut.

Share this :

Previous
Next Post »