Jangan Putus Asa Didik Remaja YG Suka Berlumba Motor Kata Rosmah Mansur.


Yang neh aku sokong Rosmah. Remaja2 yang suka tunggang motosikal mereka suka berlumba tengah2 malam sampai menggangu tidur Rosmah Mansur dan Najib Razak. Usah kata dia, aku pun marah kalau kena kacau dengan bunyi bising motor. Memekak jek pukul 2,3 pagi.

So. Ada baiknya jika Rosmah gunakan kuasa yang dia ada untuk ;

- Tegur pihak berkuasa yang gagal buat pemantauan dengan berkesan.
- Minta kementerian belia dan sukan agar alihkan hobi remaja2 tersebut ke arah yang lebih positive. Macam mendekati golongan remaja tersebut dan cuba ambil peduli kenapa mereka suka berlumba tengah2 malam.

Bak kata menteri. Rosmah kan wakil negara. Takan dia tak boleh buat serba sedikit bagi mengubah keadaan tersebut.

HAHAHAHAHAHA..

Isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor berharap orang ramai tidak putus asa dalam usaha mendidik remaja yang gemar menunggang motosikal pada lewat malam.

Beliau menyatakan harapannya itu pada majlis penutup acara Kem Perkasa Remaja Puri Pujangga, di Bangi pagi ini.

Menurut Rosmah, harapan itu mendorong beliau mencetuskan program tersebut.

"Ketika itu saya melihat banyak gejala-gejala sosial yang terjadi kepada anak-anak muda kita.

"Ini merupakan satu concern (perkara yang perlu diambil berat) bagi kita semua, terutama sekali inilah anak-anak kita yang suka naik motosikal.

"Sebab rumah saya di KL tepi jalan, bila tengah malam dengar motosikal bukan main laju dan kuat, lama pula.

"Mesti ramai yang berlumba di tengah jalan. Apabila saya dengar itu saya rasa perlulah kita membuat sesuatu kerana memang saya dengan (Datuk Seri) Najib tak boleh tidur sebab dengar bunyi motosikal.

"Kalau dengar bunyi motosikal waktu petang tak apa tapi ini pagi pukul 2," katanya.

"Kita jangan putus asa dengan mereka.

"Apa kita lihat hari ini mereka mempunyai iltizam untuk menjadi insan yang baik," katanya lagi. -Mkini-

Share this :

Previous
Next Post »