Kilang Bebola Ikan Diarah Tutup 14 Hari, Didenda RM750 Ringgit Sahaja - Kotor & Najis Tikus Bertaburan.
Satu lagi kes membabitkan kilang operasi makanan yang kotor berlaku di Pulau Pinang. Kali ini sebuah kilang bebola ikan di Jalan Paya Terubong di George Town diarah tutup oleh pejabat kesihatan daerah timur laut kerana beroperasi dalam keadaan kotor.
Serbuan yang dijalankan oleh Jabatan Kesihatan dan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) mendapati bebola yang siap dipek diletak di atas lantai di samping pekerja menggaul isi ikan tanpa memakai sarung tangan.
Agensi berita BERNAMA melaporkan jurucakap pejabat kesihatan daerah timur laut dipetik berkata, "Terdapat juga najis tikus bertaburan di dalam stor penyimpanan barang selain lalat didapati menghurung kek ikan yang sedang dikeringkan,".
Dan tambahnya lagi, premis itu diarah tutup selama 14 hari dan pemilik perlu melakukan kerja pembersihan.
MPPP turut mengeluarkan enam saman bernilai RM750 terhadap pengusahanya atas pelbagai kesalahan antaranya menyalur minyak masak terpakai ke dalam parit dan pengurusan sisa tidak sempurna.
Nama kilang dan jenama bebola ikan yang dikeluarkan oleh kilang tersebut juga tidak didedahkan oleh BERNAMA.
*Gambar sekadar hiasan.