t>

Breaking News

Peniaga Asing Kini Menguasai Nilai.


Nak salahkan siapa? Salahkan warga asing yang rajin bekerja mencari rezeki ke? Yang bagi ruang pun orang tempatan juga. Jangan tunding jari pada warga asing yang rebut peluang. Tadi kat Berita Harian versi online melaporkan bagaimana kawasan perindustrian di Nilai 3 kini telah didominasikan oleh peniaga-peniaga asing berbanding peniaga tempatan.

Ini antara gambar yang dipaparkan oleh laman berita tersebut.


Kesemua deretan kedai di atas lapor BH Online dimiliki oleh warga asing. Ya. Kesemua sekali. Majikannya ialah warga asing.

Bukan satu bukan dua tapi selambak.

Bukan hanya perniagaan babitkan deretan kedai bahkan peniaga-peniaga warga asing kini boleh ditemui kat ;

- Pasar-pasar malam

- Pasar-pasar pagi dan tani

- Event tertentu contohnya macam di stadium bola sepak ataupun di kawasan demo.

Pengalaman aku semasa turun demo di Amcorp Mall, penuh warga asing yang meniaga. Bukan aku nak kecam kerajinan mereka tetapi aku nak mempersoalkan sikap warga tempatan samada yang sewakan premis perniagaan mereka kepada warga asing ataupun kegagalan penguatkuasa melakukan pemantauan dengan jujur.

Sesetengah warga tempatan lebih suka sewakan premis kepada peniaga asing disebabkan ;

1. Kadar sewa yang tinggi

2. Konsisten bayar kadar sewa

Kalau premis tersebut memang terbuka untuk sewaan semua pihak tanpa kira bangsa dan status warganegaraan logik juga la.

Tapi macam mana pula dengan sesetengah premis yang hanya peruntukkan hanya warga tempatan aje yang boleh masuk meniaga disitu?

Macam mana pula dengan kawasan2 tapak pasar tani, pagi dan malam yang hanya benarkan peniaga2 tempatan yang berlesen aje dibolehkan meniaga?

Sapa yang bagi mereka lesen?

Boleh kah warga asing dapat lesen?

Setahu aku warga asing tak boleh apply lesen.

Kat sini bukan salah penguatkuasa ka?

So. Fikir-fikirkan la. Nak salahkan warga asing pun tak boleh sebenarnya. Mereka merantau dan kerja betul2 sebab terdesak dan tunduk atas tuntutan hidup. Mereka akan ambil apa sahaja peluang yang ada untuk memastikan mereka boleh mencari rezeki kat negara neh. Yang salah tue warga tempatan la. Yang langgar undang2 dan yang tamak haloba.