Murid Ini Dinafikan Hak Bersekolah Kerana Tidak Tahu Membaca & Tidak Mempunyai Sijil Kelahiran.
Ada dua isu membabitkan perkara di atas. Gambar ini merujuk kepada luahan salah seorang tenaga sukarelawan yang bertungkus lumus menjaga anak-anak yatim dan terbiar. Bagus cik Tohirah Sufi kita neh. Hanya orang-orang yang baik je sanggup jaga anak2 orang miskin. Kau ingat kerja senang nak jaga dan sayang budak2 macam neh. Macam2 benda nak fikir. Takde pertalian darah pun dengan dia tapi dia tetap bertanggungjawab mendidik. Sebab tue orang2 macam neh aku cakap bagus. Jiwa dorang kental untuk jaga anak-anak yatim.
Isu pertama babitkan sekolah swasta.
- Sekolah swasta reject pendaftaran adik Ridhuan yang berumur 10 tahun kerana tiada peningkatan dalam pembacaan.
- Maksudnya tidak boleh membaca dengan baik le.
- So, dia tak boleh bersekolah kat situ sebab cikgu2 dah putus asa untuk mendidik.
Sekali pandang nampak macam sekolah swasta tue yang salah. Tapi sebenarnya boleh juga bahawa sekolah swasta itu tidak mahu menyusahkan penjaga. Bila mereka rasa mereka gagal mendidik anak murid tersebut maka mereka terpaksa lepaskan dia. Ini sebenarnya betul juga. Daripada dok makan duit penjaga tapi hasil takde. Baik dia lepaskan cara elok. Penjaga pula boleh cari alternatif lain.
Isu kedua babitkan sekolah kerajaan.
- Takde sijil beranak adik Ridhuan kita neh.
- So dinafikan hak untuk bersekolah di sekolah awam.
Pada aku. Sekolah kerajaan aka awam jangan diskriminasi macam tue. Ada surat beranak atau takde, warga asing atau bukan warga asing mereka perlu diberikan hak untuk mendapat pendidikan.
Ya. Ya. Aku tahu ramai juga orang Malaysia tak puas ahti kalau kita biarkan anak2 warga asing bersekolah sekali dengan anak2 tempatan. Tapi kan. Cuba kau semua fikir. Kalau anak2 Malaysia yang duduk kat luar negara dinafikan hak untuk mendapatkan pendidikan sebab dia warga asing, apa kau rasa? Kita jangan discriminasikan orang. Negara, sempadan ialah ciptaan manusia.
Dunia ini Allah cipta tanpa negara tanpa sempadan.
Yang terkini sampai kepada kita sebagai panduan hidup ialah Islam.
Islam tidak mendiskriminasikan umat. Tak kira bangsa, negara, keturunan, agama waima jantina.
Islam hanya melihat kepada keadilan.
Ia adalah adil untuk mana-mana manusia mendapatkan pendidikan tanpa diskriminasi.
Manusia boleh tokok sedikit syarat dan protokol seperti anak-anak warga asing, anak-anak pelarian, anak-anak yatim, terbiar, dan terbuang yang tiada sijil kelahiran mungkin perlu membayar lebih sedikit berbanding anak-anak tempatan dan anak-anak tempatan mendapat kelonggaran disebabkan ibu-bapa mereka membayar cukai dan zakat. Itu sebagai contoh.
Kasihan juga adik Ridhuan dinafikan hak untuk bersekolah di persekolahan awam kerana tidak memiliki sijil kelahiran sedang kita tahu di zaman kegemilangan Islam, sesiapa pun boleh belajar Islam, hukum, mengaji, ilmu Fiqh dan apa sahaja walaupun tiada sijil kelahiran. Yang baik-baik dalam Islam, yang suci murni semua kita taknak tiru. Yang buruk-buruk, diskriminasi dalam dunia neh juga kita sibuk nak amal. Apa nak jadi dengan diri kita neh.
Tinjauan aku dalam facebook Tohirah Sufi juga mendapati posting di atas dah hilang. Mungkin disorokkan atau mungkin hanya boleh diakses oleh teman-teman yang friend aje kot.
Posting berkenaan kini viral di wassap dan facebook. Wajah adik Ridhuan yang menangis juga turut tersebar.
Harap-harap ada la yang sudi membantu adik Ridhuan kita mendapatkan hak pendidikan di persekolahan awam.