t>

Breaking News

Perang Mahathir VS Najib Semakin Sengit - Bekas Menteri Dedah Team Mahathir 'Ada Rahsia Menyelerakan' Tentang Najib.

Tu dia. Satu demi satu rahsia terbuka. Bila mereka bergaduh dan bercakaran sesama sendiri maka segala rahsia yang tersimpan rapi akan didedahkan dek diulit rasa geram dan marah.

Bloggers UMNO YG Dikatakan Pro Mahathir
Baca sat luahan bekas menteri Zainuddin Maidin kat bawah neh ;
 
DAIM DAN MAHATHIR....
 
Dari awal lagi saya sebagai wartawan tua yang mempunyai sedikit sebanyak pengalaman dalam perang serap telah mejangkakan bahawa serangan peribadi  TV3 terhadap bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin pastinya umum akan merujukannya sebagai arahan serta mendapat keizinan dari Perdana Menteri  Datuk Seri Najib .

Dengan mudah orang di tepi jalanpun akan membuat kesimpulan demikian  kerana sudah menjadi rahsia umum bahawa media perdana NST,Berita Harian ,TV3 dan juga Utusan Malaysia adalah di tangan UMNO yang menerima arahan penting  dari Jabatan Perdana Menteri atau terus dari Perdana Menteri dari masa kemasa.

 Apabila TV3 terutamanya menggunakan pemimpin-pemimpoin pembangkang untuk mengancam  Tun Daim kerana sejarah lamanya ,maka saya nampak ini bukanlah suatu  permaianan politik atau perang sarap yang bijaksana tetapi merupakan permainan politik yang kotor,tidak beretika,tidak profesional  dan sangat rendah caranya dan kualitinya yang tidak sepatutnya datang dari Jabatan Perdana Menteri.

Saya mengakui hak Datuk Seri Najib untuk menjawab semua kritikan terhadap pemerentahannya oleh  Tun Daim Zainuddin  dan juga Tun Dr.Mahathir  dan kawan rapat Tun Daim, A.Kadir Jasin tetapi media yang dianggap sebagai suara  rasmi UMNO  tidak seharusnya sampai kepada taraf menyerang peribadi dan menampakan seolah-olah Najib berada dalam keadaan berperang dengan Tun Daim atau Tun Dr.Mahathir.

Walaupun saya sering dikatakan sebagai orang Mahathir tetapi  saya berharap saya tidak dianggap sebagai sekutu Tun Daim kerana menyokong pandangan bloger A.Kadir Jasin dalam posting terbarunya yang melihat bahawa kecaman terhadap Tun  Daim oleh Kumpulan Media Prima itu akan menikam balik Datuk Seri Najib  dan menghakiskan lagi kewibawaannya.

Saya melihat ini semata mata dari segi profesionalisme dan juga pengalaman masa lalu.

Bagaimanapun saya percaya Tun Daim dan juga Tun Dr.Mahahtir sebagai pemimpin  berwibawa yang dihormati tinggi oleh rakyat Malaysia dan Antarabangsa tidak   akan menggunakan cara yang paling tidak terhormat untuk mendedahkan maklumat yang dikatakan oleh A.Kadir Jasin lebih menyelerakan mengenai  Datuk Seri Najib yang  dipunyai oleh mereka. 

Kata Kadir  “Kalau mereka kata mereka ada maklumat 'juicy' (mengiurkan) mengenai Daim atau mana-mana pengkritik bos mereka, mereka kena ingat mungkin orang ini mempunyai maklumat yang lebih menyelerakan mengenai bos mereka,” tulisnya  di blog kadirjasin.blogspot.com -


-----------------------------

Sumber.

Point penting.

1. Zam mendedahkan bahawa selama ini benarla anggapan orang awam bahawa beberapa media arus perdana terutamanya dibawah pengaruh Media Prima telah menerima arahan langsung dari tangan2 UMNO dalam menghebahkan dan melaporkan berita. Padan la berita semua jenis menjilat pimpinan walaupun gaya laporan nampak bangang.

2. Team Najib dianggap tidak profesional bila melakukan serangan peribadi ke atas Daim. Ini berikutan tv3 sanggup guna point PKR dan pembangkang untuk kritik Daim secara terbuka di laman beritanya.

3. Zam secara tak langsung mengakui bahawa berlaku serangan propaganda ke atas Daim yang political motivated. Dan ini pula dibuat dalam pengetahuan Najib. 

4. Zam juga mendedahkan bahawa Team Mahathir juga ada rahsia besar tentang Najib Razak. 

Apakah maklumat rahsia itu?

Apakah yang dikatakan tidak akan mendedahkan maklumat besar itu dengan cara tidak berhormat?

Maksudnya takan gunakan media pro pembangkang?

Atau tidak akan gunakan mana2 media langsung?

Adakah akan gunakan tekanan dan ugutan ke atas Najib sehingga dia terpaksa mengundurkan diri dan melepaskan jawatan perdana menteri?

HAHAHAHAHAHA..

Aku ada rahsia kau.
Kau pun ada rahsia aku.
Alangkah bagusnya kalau kita dapat dedahkan rahsia mereka semua.

HAHAHAHAHA..