t>

Breaking News

Senarai 5 Wanita Terkaya Di Malaysia.

Kenapa tiada nama Rosmah Mansur?
Kenapa tiada nama sultanah Pahang?
Kenapa tiada nama bekas isteri anak kepada Taib Mahmud?

He He He

Menurut portal savemoney.my, berikut di bawah ialah 5 senarai wanita terkaya di Malaysia.

Tempat pertama. Puan Sri Lim Kim Hua. Nilai kekayaan semasa 21.32 billion Ringgit Malaysia. Puan Lim ialah balu kepada Tan Sri Lim Goh Tong yang juga pengasas The Genting Group.


Tempat kedua. Michelle Yeoh. Memiliki kekayaan yang bernilai $245 juta pada tahun 2013. Michelle Yeoh, seorang pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia sebenarnya telah pun berusia 52 tahun. Tak nampak macam dah separuh abad pun kan? Ini la kuasa kosmetik dan teknologi perubatan. 

Hehe.


Tempat ketiga. Siti Nurhaliza. Penyanyi dan usahawan. Pada tahun 2013, Siti Nurhaliza dilaporkan memiliki aset kekayaan yang bernilai 50 juta. WOW. Siti Nurhaliza juga seperti Michelle Yeoh. Yang berusaha sejak dari usia muda dan mampu mengumpul kekayaan berkat dari hasil titik peluh sendiri.


Tempat keempat. Pauline Chai. Siapa dia dan bagaimana dia menjadi kaya? Pauline Chai ialah pemenang ratu cantik Malaysia pada tahun 1969 dan telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang juga pemilik rangkaian Laura Ashley, Dr. Khoo Kay Peng. Namun Pauline dan Dr. Khoo telah bercerai dan kes perceraian ini dilaporkan secara meluas khususnya di Malaysia dan UK kerana membabitkan jumlah tuntutan penyelesaian perceraian (nafkah/pampasan) yang termahal di UK. Dan mungkin di Malaysia juga selepas kes perceraian anak Taib Mahmud.

Hasil dari perceraian tersebut, Pauline mendapat wang tunai 244,568 Ringgit Malaysia sebulan, sebagai wang sara diri dan sebuah rumah agam mewah bernilai 156juta di Hertfordshire yang menempatkan 1,000 dan lebih pasang koleksi kasut-kasut kesukaannya.

Pergh. Jangan kata bekas suami, suami nak bagi 244 ribu sebulan pun aku rasa mustahil bagi para isteri di Malaysia. 

Hehe..


Tempat kelima. Nicol Ann David. Siapa yang tak kenal Nicol Ann David maka dia bukan rakyat Malaysia. Ahli sukan terkenal di Malaysia dan peringkat antarabangsa ini memiliki aset kekayaan bernilai 1.4 juta. Nicol Ann David menempa kejayaan hasil dari kecemerlangannya di bidang sukan squash dan baru-baru ini telah tercatatnya namanya sebagai pemegang rekod dunia iaitu pemenang paling lama dan bertahan dalam sukan squash sekaligus mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. Namun bakat yang dimiliki oleh Nicol sebenarnya tidak dihargai pula oleh agensi2 sukan di Malaysia. Kita sibuk tumpu sukan yang kita tak boleh capai berbanding focus pada bakat yang sedia ada. Malaysia terlalu lemau dalam perjuangkan squash sebagai salah satu sukan yang harus dimasukkan dalam olimpik. Jika squash ada dalam olimpik maka satu pingat emas sekurang2nya bukan sekadar mimpi.


Menurut portal savemoney.my lagi, senarai di atas hanyala merujuk kepada wanita2 yang berjaya dan kaya atas hasil usaha sendiri (dan Pauline too?). Manakala yang kaya kerana hasil kejayaan suami tidak dimasukkan ke dalam senarai. 

Tapi aku pelik la. Bukan kah Rosmah sepatutnya berada dalam senarai ini juga. Kenapa tinggalkan nama ibu negara Malaysia. Ini tidak adil!

Haha.