t>

Breaking News

Tolak Pindaan Hudud - Majlis Raja-Raja Murka Dengan Laporan TMI - Dengan Kemaskini.


Betul ke fitnah?

Aku dapati diri aku sangat sukar untuk mempercayai membabi buta terhadap ;

- Geng2 raja dan seangkatan dengan mereka
- Golongan VVIP dan kapitalisma
- Menteri dan wakil rakyat
- Parti politik

Jadi aku mungkin akan tetap berasa syak meskipun penafian telah dibuat. Aku tunggu juga Majlis Raja-Raja saman TMI. Mungkin dari situ kita boleh tentukan siapa fitnah siapa yang tidak. TMI dapat dari sumber. Maka mungkin masa tue TMI akan mendedahkan siapa sumber yang menyalurkan maklumat berkenaan kepada mereka. Pada pendapat aku, tak aneh juga pendirian majlis raja2 jika dilaporkan menolak pindaan hudud. Kau semua boleh tengok sendiri. Di Malaysia ada kilang arak, 'kilang' kasino, 'kilang' judi dan ianya bersepah2. Tak masuk 'kilang' kelab malam dan 'kilang' majalah seksi. Tak nampak macam mereka memainkan peranan pula. 

Apa yang aku syak la. Ini syak saja. Sekadar untuk alih persepsi bagi mengelakkan tohmahan dan sangkaan negatif terhadap Majlis Raja-Raja.

Tatau la betul ke tak. Dalam politik, semakin baik orang tue diperlihatkan oleh media arus perdana, semakin banyak kau kena syak mereka tau.

HAHAHA..

Baca ;

Majlis Raja-raja Melayu melahirkan rasa dukacita dan murka berhubung artikel fitnah yang disiarkan oleh portal Malaysia Insider.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia artikel yang disiarkan itu telah mencemar ketinggian darjat dan martabat ke Bawah Duli-duli Yang Maha Mulia Sultan dan Raja-raja Melayu.

“Artikel yang membawa maksud Majlis Raja-raja menolak pindaan Perlembagaan mengenai pelaksanaan hudud itu merupakan suatu provokasi fitnah yang sangat jahat sekali ke atas institusi Kesultanan Melayu.

“Majlis Raja-raja Melayu menafikan sekeras-kerasnya artikel berkenaan dan tidak pernah membincangkan mengenai pindaan Perlembagaan berkenaan pelaksanaan hudud sebagaimana yang ditulis,” menurut satu kenyataan yang diterima SuaraTV sebentar tadi.

Kenyataan tersebut turut menyatakan intipati yang dibincangkan melalui mesyuarat ke 237 yang diadakan pada 11 hingga 12 Mac itu.

“Sembah taklimat terkini pertahanan Negara oleh YM. Jen. Tan Sri Raja Mohamed Affandi bin Raja Mohamed Noor (Panglima Tentera Darat) dan mengenai keselamatan oleh YDH. Tan Sri Dato’ Sri Khalid bin Abu Bakar (Ketua Polis Negara).

“Perkara-perkara mengenai Agama Islam, pelantikan ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, pelantikan semula seorang Ahli Dilantik Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) dan Pelantikan ahli Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran” ujar kenyataan tersebut lagi.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysi turut berkata sebarang usaha yang cuba mengheret dan mencemar nama baik Majlis Raja-raja merupakan suatu usaha terancang bagi menghakis kedaulatan Sistem Demokrasi dan Raja Berperlembagaan.

Terdahulu portal pro pakatan rakyat itu mendakwa mesyuarat Mesyuarat Majlis Raja-raja Melayu yang diadakan pada 11 Mac lalu menolak cadangan pindaan Akta tersebut.

“Penolakan itu bermakna wakil kerajaan pusat tidak boleh lagi membawa usul meminda akta itu di Parlimen, sebagaimana rancangan asal Jawatankuasa Teknikal Hudud (JTH) yang dibentuk antara Putrajaya dan kerajaan Kelantan.

“Tetapi tanpa lampu hijau Majlis Raja-raja, kerajaan persekutuan kini tidak boleh membentangkan rang undang-undang di Parlimen bagi meminda akta itu yang ketika ini mengehadkan hukuman yang boleh dijatuhkan Mahkamah Syariah” ujar portal yang memetik kenyataan sumber.

Kerajaan Pas Kelantan sebelum ini meluluskan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 dalam sidang DUN walaupun mendapat tentangan daripada rakan sekutunya, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). -ST.

Updated.

Yang terbaru.

- Satu laporan polis telah dibuat bagi menafikan apa2 penyebaran berkaitan majlis raja2. Lebih tepat, penyebaran mengenai kenyataan penafian atas artikel Malaysian Insider.
Kenyataan penafian ini dipetik melalui Suara TV. Sekarang dorang dah tukar tajuk berita dan isi kandungan artikel selepas laporan polis dibuat.

Ini bukti ;


- Artikel di atas ialah artikel sebenar Suara TV sebelum diubahsuai. Nasib baik aku jenis letak kredit kalau copy paste. Maka senang la nak rujuk kembali. Oooo.. kau nak lari ye selepas majlis raja2 buat laporan polis.

- Dalam waktu yang sama SKMM akan menyiasat laporan TMI.

- Selain itu PDRM juga akan melakukan tindakan yang serupa.

Lihat ;


Jilaka. Utusan banyak kali sebar fitnah, terbukti dan kantoi lagi takde pula nak heran dan panggil editor bagai. Pelik aku.

Berbalik dalam cerita majlis raja2 dan hudud neh.

Majlis raja2 menafikan menolak hudud. Majlis raja2 juga menafikan pernah keluar statement media untuk menafikan laporan yang dilaporkan oleh TMI.

Apakah maksudnya itu?

Fikir woi. Fikir.

HA HA HA