t>

Breaking News

Menteri Akhirnya Mengaku Hutang Isi Rumah Tinggi Kerana Harga Rumah Mahal Melampau - Tapi Sekadar Sembang Kencang Je La.

Langkah yang ditawarkan oleh Ahmad Maslan langsung tidak boleh menyelesaikan masalah berbangkit sebenarnya. Sebagai menteri dia perlu memahami apakah yang menyebabkan harga rumah meningkat. Senang cakap, kau kaji faktor2nya dulu.
Antara faktor2 yang menyebabkan pemaju lebih suka membina dan menjual rumah mahal adalah disebabkan keuntungan yang dijana.
Bank juga sebenarnya lebih suka beri pinjaman kepada pembeli rumah mahal disebabkan faktor riba dan faedah yang berpanjangan dan banyak.
Maksudnya kat sini apa yang kerajaan boleh buat ialah sekat sikap tamak kapitalis dengan hadkan berapa banyak riba/keuntungan/faedah yang setiap kapitalis boleh amek hasil dari penjualan rumah.
Disamping itu kaji juga harga bahan binaan dan tindakan monopoli.
Spekulasi yang meningkatkan harga rumah.
Satu2 rumah itu tidak boleh dimahalkan atau ditingkatkan harganya hanya kerana ada kemudahan jalanraya, sekolah berdekatan atau apa.
Kau jual satu rumah. Ko amek untung yang berpatutan sudah la. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Kat situ ada sekolah, hospital dekat2 semua jadi dorang main speculate untuk naikkan lagi nilai rumah. Ini bukan konsep jual-beli patuh syariah kalau ko sedang bercakap Malaysia neh negara Islam. Untuk rekod, kau akan sentiasa berjumpa dengan pihak2 yang menghalalkan peningkatan harga aset disebabkan faktor2 tadinya tue. Tapi kau jangan layan la hujah2 depa. Suruh depa buka Alquran dan tengok konsep jual beli Islam. Suruh depa belajar agama betul2 dan jangan hidup syok sendiri. Muslim ke bukan muslim ke dorang patut didedahkan dengan konsep ekonomi Islam yang merai semua pihak seadilnya.
Itu tak masuk lagi yang jualan lumpsum pada pihak tertentu dan pihak tertentu akan simpan hartanah tersebut dan bila dorang berjaya main spekulasi tingkatkan harga aset dorang jual. Kat sini terpaksa la pembeli pinjam lebih banyak untuk beli rumah. Ada pihak2 tertentu gunakan hartanah bagi tujuan meraih keuntungan banyak sebab kerajaan tak buat polisi 1 family 1 rumah bagi mengelakkan pihak tertentu mengambil kesempatan. Kapitalis la yang untung bila ada pihak2 yang menjadi alat dorang meningkatkan harga rumah demi tujuan mencari untung. Konon atas nama kerjaya. Tapi tak fikir. Itulah antara detik2 yang menyebabkan mereka yang berpendapatan rendah sukar beli rumah yang ditawarkan oleh pihak swasta. Kerajaan pula bukan begitu cepat dan menyeluruh dalam membina rumah rakyat.
Memang takan boleh sekat kapitalis neh. Melainkan kerajaan sendiri tegas dalam melaksanakan polisi menjaga hak dan kepentingan rakyat. Tak cukup dengan sedar dan akui harga rumah mahal semata2 sebaliknya perlu bersegera rangka satu polisi yang mampu mengajar puak2 kapitalis ini bahawa untuk mengambil untung perlu ada hadnya. Jangan sampai taktau batasan. Tapi aku tak yakin kerajaan kau akan mewujudkan polisi pro rakyat. Bila kapitalis menjana untung banyak2 dengan rumah, kerajaan juga akan dapat collect cukai banyak2 atas cukai perniagaan. So, kau rasa kerajaan nak bela kau ke atau jaga poket dorang? Dalam erti kata lain, rakyat boleh pergi mampos. Silakan.
Baca ;
Harga rumah, yang kini kian meningkat, perlu diturunkan bagi mengurangkan hutang isi rumah yang semakin besar, kata timbalan menteri kewangan.

"Sebanyak 45.7 peratus hutang isi rumah digunakan untuk membeli rumah atau hartanah yang merupakan punca terbesar hutang.

"Kalau kita boleh mengurangkan harga rumah, nilai hutang isi rumah boleh dikurangkan pada masa depan," kata Datuk Ahmad Maslan dalam satu sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga berkata hutang isi rumah pada 2014 kini tinggi, iaitu 87.1 peratus daripada daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, industri perumahan perlu menawarkan lebih banyak perumahan mampu milik untuk membantu mengurangkan harga rumah.

“Kalau harga rumah sebuah dibeli dengan harga RM800,000, dengan projek pembinaan yang semakin kompetitif dari segi persaingan, RM800,000 itu sebenarnya boleh dikurangkan kepada RM600,000.

“Dengan sendiri, RM200,000 komponen hutang isi rumah untuk boleh dikurangkan,” jelasnya.

Namun, ditanya harga rumah dilihat semakin meningkat pada masa kini, Ahmad Maslan hanya berkata kerajaan pada Bajet 2014 mengumumkan beberapa kaedah untuk membantu menurun harga rumah.

“Contoh, nilai pembelian rumah tempatan oleh orang asing dihadkan kepada sejuta, kerajaan juga berjanji untuk membina sejuta rumah mampu milik pada seketika untuk memenuhi pasaran”, jelasnya.

Katanya, kos membeli kediaman kini terdiri daripada 45.7 peratus daripada hutang isi rumah, selain harta bukan kediaman (7.7 peratus) , kenderaan (16.6 peratus), hutang kad kredit (3.9 peratus), pinjaman peribadi (15.7 peratus), pembelian saham (6.5 peratus) dan lain-lain (3.9 peratus). -Mkini.