t>

Breaking News

Ahmad Maslan Disyaki Terkena Buatan Orang Kata Ustaz.

Sayang bebeno rakyat Malaysia ke Ahmad Maslan ye. Jika sebelum neh ada yang berhajat (berjahat) mahu belikan coklat minda untuk Ahmad Maslan telan sebotol sehari kali neh ada yang mahu meminta pertolongan dari ustaz perubatan alternatif bagi mengubati Ahmad Maslan.

Cakap-cakap merapu Ahmad Maslan sebenarnya mendapat simpati seseorang yang merasakan Ahmad Maslan perlu dirawat dengan kadar segera.

Berikut paparan screenshot insan prihatin yang mahu mengubati penyakit 'kebodohan' yang melanda menteri kita yang bernama Ahmad Maslan itu.



 
Menurut ustaz perubatan alternatif selepas 'discan' Ahmad Maslan, didapati ada benda halus yang berdampingan dengan Ahmad Maslan dan sewajarnya Ahmad Maslan dibawa untuk menjalani rawatan. Ini semua berlaku dek kerana Ahmad Maslan disyaki terkena buatan orang. Itu sebabnya dia dok cakap merapu-merapu. Kata ustaz tersebut la kan.

Pada pendapat aku, kenyataan ustaz tersebut ada benarnya juga.

Buatan orang yang dimaksudkan ialah Najib dan arahan-arahannya yang mana Ahmad Maslan bertanggungjawab sepenuhnya menyakinkan rakyat tentang pelaksanaan GST.

Dan benda halus yang berdampingan dengan Ahmad Maslan pula mungkin merujuk kepada tamak haloba yang menguasai diri Ahmad Maslan sehingga tidak berani mempertikaikan atau mempersoalkan arahan-arahan bossnya tentang pelaksanaan GST demi mengutamakan hak rakyat terutamanya yang miskin dan tertindas.

Jika betul la ustaz tersebut mampu mengubati Ahmad Maslan, aku harap dia ubati Ahmad Maslan laju2. Then selepas Ahmad Maslan berjaya diubati, ubati juga Hasan Malek dan menteri2 Malaysia yang lain. Bodoh mereka semua lebih kurang je. Jenis menyusahkan rakyat belaka.

Wakakaka..