t>

Breaking News

Remaja 14 Tahun Sertai ISIS - Ini Penjelasan Dari Gadis Tersebut Yang Anda Mesti Baca.


Part 1 disini. Baca : Remaja 14 Tahun Dilapor Mahu Sertai ISIS.

Assalamualaikum , syukur ke hadrat Allah kerana masih memberikan saya nikmat untuk terus hidup di muka bumi Allah ni.. pada 18 Febuari lepas, cerita tentang saya telah diviralkan dilaman sosial, lebih ramai yang percaya dari yang tidak percaya.. Pada yang berhusnudzon iaini bersangka baik.. saya ucapkan amat2 berterima kasih.. dan pada yang bersu'uzon iaini bersangka buruk.. saya ucapkan terima kasih juga , semoga jumpa diakhirat..

Remaja 14 tahun terlibat IS, remaja rekrut IS, bakal suami biayya sertai IS.. pelbagai cerita yang saya dengar.. tapi satu pon tiada yang benar.. sedih teramat sedih.. cerita ditokok tambah, tahu hujung sahaja, pangkalnya hilang ke mana..

Niat sebenar saya ke Mesir untuk belajar, tapi disalah erti.. memang pada mulanya saya nak bernikah dengan seorang pelajar mesir.. dia hanya seorang Pelajar.. tak lebih dari itu.. saya tak faham dari mana orang boleh kata saya ditanggung oleh bakal suami saya? minta maaf, dia tak biaya saya untuk ke mesir. keluarga saya tahu yang saya ke Mesir untuk belajar. dan keluarga saya juga yang menghantar saya ke KLIA.. saya tak pernah terlintas sedikit pon untuk ke syiria.. pada mulanya , IS pon saya tk tahu apa dia.. macam mana boleh kata saya terlibat? umur saya bukan 14 tahun. tapi 15 tahun.. mereka menahan saya hanya untuk membantu siasatan. tetapi saya hairan macam mana sesetengah pihak boleh menokok tambah cerita yang saya ingin ke syiria? Demi Allah dan zat zat Allah sedikit pon saya tak terlintas untuk ke syiria.. saya amat sedih dengan media yang memutar belitkan cerita..

Its okey, mungkin ini dugaan yang Allah beri pada saya Allah takkan menguji seseorang melebihi kemampuan hambaNya.. dulu aku selalu minta untuk Allah jadikan aku orang yang tabah, orang yang sentiasa menghargai orang lain, orang yang sentiasa manfaatkan masa yang terluang, orang yang sentiasa redha, dan yang paling penting orang yang sentiasa mendekatkan diri denganNya.. selamani aku leka, Aku lalai.. Allah makbulkan doa aku dalam bentuk ujian.. Ujian membuat aku remaja yang tabah.. fitnah yang direka sampai buat aku putus tunang. Its okey, Allah tahu yang terbaik untuk aku.. dia bukan yang terbaik untuk aku. jauh lagi masa aku.. aku muda lagi tahun ni tahun yang dimana Allah uji aku dengan fitnah yang paling besar.. Akhir zaman, benda yang paling besar ialah fitnah aku tampil semula untuk membersihkan fitnah.. jadi seorang perempuan, hanya ade dua pilihan.. menjadi sebaik baik perhiasan , atau menjadi sebesar besar fitnah.. sesungguhnya aku tak rela menjadi bahan fitnah ..

Alhamdulillah aku diberi kesempatan untuk perbaiki keadaan, terima kasih kepada admin SK sebab memberi aku peluang untuk bersuara.. nampaknya belum ada rezeki aku nak belajar kat Maahad Buuth di mesir takpelah , Allah belum izinkan.. " Kadangkala kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, dan kadangkala kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagi mu, Allah Maha Mengetahui, dimana kamu tidak mengetahui " surah al baqarah ayat 216

Salam ukhwah , salam kasih , semoga jumpa diakhirat..

Sumber : Mesej Facebook/tuan punya badan taip mesej kepada Siakap Keli dan copy paste untuk diedarkan kepada beberapa page bagi membersihkan namanya. Harap maklum.