Selepas Update Old Town White Coffee Jual Mee Yang Dicemari Lipas, Timbalan Menteri Padam Status.

Apa yang berlaku? At least bagi la penjelasan kenapa padam. Diam begitu je buat orang tertanya-tanya buat apa. Betul ke fitnah ke apa ke. Langsung takde apa-apa kenyataan susulan. Pelik betul la.


Berikut laporan oleh FMT ;
PETALING JAYA: Seorang Timbalan Menteri terkejut apabila mi udang yang dimakan bersama kawan-kawannya dicemari lipas.
Kejadian itu didakwa berlaku di sebuah buah restoran di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah atau Skypark.
Insiden itu dimuat turun Timbalan Belia dan Sukan, Datuk M Saravanan di laman sosial Facebook pada Khamis kira-kira jam 8.30 malam.
Status imejnya dimuat naik di laman Facebook itu telah menjadi viral di kalangan pengguna telefon terutama di aplikasi WhatsApps.
Tiga keping gambar dimuat naik yang jelas menunjukkan terdapat seekor lipas dalam mangkuk mi udang.
Pada status itu, Saravanan mendakwa sup mee udang mengandungi lipas telah dihidangkan kepada kawan-kawannya di Subang Skypark.
Tulis beliau, mereka terkejut dan marah apabila mendapati terdapat seekor lipas dalam mee udang itu selepas selesai makan.
“Tadi kawan-kawan saya makan sup prawn mee di Old Town White Coffee di Subang Airport SkyPark. Terkejut dan marah bila ternampak lipas dalam sup prawn mee,” tulis Saravanan.
Semakan FMT mendapati Saravanan telah memadam status itu.

Share this :

Previous
Next Post »