Ahmad Maslan Bangkit Melawan Pengkritik - Ada Saya Suruh Masak Di Kampus?
Semalam. Kecoh. Budak-budak UITM rebel di laman sosial. Kata mereka. Ahmad Maslan seru memasak bagi mengelak dari GST. Dan. Kata mereka juga. Ahmad Maslan dijadualkan untuk speech tentang GST. Tapi tetiba meleret cerita liwat apa semua. So dorang rebel.
Antara kenyataan saksi-saksi di alam maya. Yang jadi mangsa tadah telinga dengar ceramah menteri.
Sesetengah dari mahasiswa juga mula copy-paste keratan akhbar di bawah sambil mempersoalkan kewajaran menteri mencadangkan agar mahasiswa masak sendiri untuk elak GST.
Mereka mempersoalkan kerajaan. Kerajaan sebut GST tidak membebankan. Dalam waktu yang sama menteri sendiri sebut agar mahasiswa memasak sendiri untuk elak GST. Jika GST tidak membebankan maka atas sebab apa mahasiswa perlu elak GST?
Itu. Antara yang menjadi hujah dalam mempersoalkan kenyataan Ahmad Maslan selain dari menyeru pelajar universiti memasak bagi mengelak dari pembayaran GST.
Berikut respon Ahmad Maslan yang membidas para pengkritiknya di laman sosial pada semalam yang dipetik melalui Awani ;

Semua pihak diminta berhenti memanipulasi saranan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan yang meminta pelajar universiti untuk mengamalkan masak sendiri dari makan di luar bagi mengurangkan beban Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).
Tegas Ahmad, ucapannya selama lebih dua jam 45 minit di Dewan Seri Budiman, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam pada Sabtu itu dilihat menyentuh isu menyeluruh mengenai GST dan hal masak sendiri hanya tertakluk kepada mereka yang menyewa di luar sahaja.
"Saya berucap dua jam 45 minit, saya sebut macam-macam dan mereka hanya ambil satu ayat sahaja iaitu mengenai masak sendiri.
"Saya tidak kata masak di kampus, saya kata masak sendiri, lebih setengah pelajar tinggal di rumah sewa dan saya sarankan mereka untuk masak sendiri.
"Saranan itu bukan untuk pelajar yang duduk di dalam kampus. Kita juga sudah nasihatkan pengusaha kafe di dalam kampus untuk menjual dengan harga berpatutan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Ahmad mengulas kritikan pelajar universiti yang berpendapat bahawa saranan Ahmad itu mustahil untuk dilaksanakan apabila undang-undang kampus universiti sendiri tidak membenarkan pelajar-pelajar untuk masak di dalam kampus.
Di laman Twitter, ada pelajar yang menyifatkan peralatan memasak dan alat pemanas air juga tidak dibenarkan dibawa ke dalam kampus
Dalam pada itu kata Ahmad, contoh yang diberi ialah anaknya pernah belajar di UiTM dan masak adalah ketika menyewa di luar kampus.
"Saya sudah jelaskan semuanya, kita galakkan untuk mereka masak kalau sewa di luar dan pengusaha cafe tidak patut naikkan harga kerana bahan mentah tidak dikenakan GST, semuanya sudah jelas," ujarnya.