PasMa Pertimbang Cadangan Utk Jadi Parti Politik.


Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) akan memutuskan sama ada menjadi parti politik atau tidak minggu depan.

Presidennya, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi berkata, dalam pertemuan meja bulat pada 13 Jun ini, semua pemimpin NGO itu akan turut serta bagi membincangkan tentang hala tuju PasMa.

“Ini keputusan besar yang perlu kita buat kita akan ada perbincangan meja bulat 13 Jun jam 2 petang. Semua pimpinan jawatankuasa pusat dan negeri akan menghadirinya.

“Memang ada cadangan untuk jadi parti politik. Tapi ini bergantung kepada perbincangan,” katanya.

Phahrolrazi April lalu mengumumkan akan memutuskan sama ada mahu menjadi parti politik atau tidak selepas berakhirnya Muktamar PAS ke-61 bagi melihat terlebih dahulu hubungan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Muktamar parti itu di Kuala Selangor berakhir semalam dengan usul memutuskan hubungan dengan DAP diterima tanpa bahas – tindakan yang berpotensi besar memecahkan Pakatan.

DAP sendiri sudah mengalu-alukan pemimpin PAS berundur daripada kedudukan masing-masing dalam kerajaan negeri Pulau Pinang. -Awani

Share this :

Previous
Next Post »