Mati Kerana Lapar Atau Mati Kerana Mencuba - Catatan Mesti Baca #Pray4Sabah.
MATI KERANA LAPAR ATAU MATI KERANA MENCUBA?
Akhirnya kesemua 30 Malim gunung bersepakat...KAMI PILIH MATI KERANA MENCUBA.
Disaat 137 org pendaki yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama serta berperingkat usia samada usia emas mahupun pelajar sekolah terperangkap dipuncak Kinabalu kerana kejadian gempa 6.1 skala ritcher meranapkan samasekali laluan turunnaik kepuncak ,30 org Malim gunung yang keletihan setelah turun dari syif sebelum gempa bertindak menjadi wira untuk naik semula dengan merentas laluan baharu demi menyelamatkan pendaki yang terperangkap. Sebelum pasukan keselamatan tiba dan merangka plan search and rescue, malim malim ini lebih dahulu mendaki semula selama 10 jam utk melaungkan kata kata...JANGAN RISAU KAMI DATANG SELAMATKAN ANDA kepada pendaki2 yang sedang menanti kehadiran pesawat helikopter yg masih belum tiba tetapi malim malim gunung ini lebih dahulu sampai.
Saya akui sebak bila.membaca kisah komitmen mereka kerana mendahului keselamatan orang lain tanpa menghiraukan nyawa sendiri. Malah semasa kejadian gempa malim malim inilah yang menjadi tunjang menyelamatkan keadaan dan ada yg turut terkorban bersama pendaki pendaki malang. Salah seorangnya ialah Robin Sapinggi yang cukup popular dikalangan pendaki kinabalu. Diberitakan masih ada 2 orang malim dan 6 orang pendaki yang masih belum ditemui..semoga mereka selamat dan dilindungi Allah. Demikianlah gambaran cintanya malim malim ini pada kerjaya mereka.
Cinta pada gunung kinabalu, cinta pada keindahan alam dan komited pada semangat kental pendaki. Kita yang berada di zon selesa ini terkadang merasa malu kerana tidak berupaya bersemangat seperti mereka. Malah yang lebih teruk ada jari jari bodoh yang menghina kejadian gempa di sabah ini. Sungguh tidak tergambar betapa bodohnya mereka hingga sanggup mengaitkan gempa ini dgn perayaan gawai (gawai di sarawak bukan di sabah) malah ada yg menghina kononnya rakyat di sabah suka makan babi dan berpesta pesta serta mengaitkan aktiviti keagamaan sedangkan di Ranau adalah tempat org islam malah dilaporkan masjid di Ranau retak teruk. Apa punya tahap pemikiran kalau pengetahuan cetek tentang adat dan budaya orang lain tetapi memandai mengulas dengan penuh penghinaan.
Tidakkah disaat seperti ini kita sepatutnya terus memberikan sokongan dan doa supaya Sabah berada dalam keadaan selamat? Kembali kepada sifat murni malim malim gunung ini. Sudah tiba kerajaan Sabah dan Malaysia memberikan pengiktirafan dan insentif tambahan pada mereka. Jangan jadikan mereka sekadar gurkha gunung tapi mereka sebenarnya adalah WIRA SABAH YANG BERANI. Syabas malim malim gunung kinabalu. Semoga Sabah selamat dilindungi Allah.
#pray4sabah
Tulisan cikgu emmet
762015
P.s saya menulis dgn rujukan yg terhad dan sumber semasa..jika sahabat mendapati tulisan saya kurang tepat saya mohon maaf jika khilaf.