t>

Breaking News

Kisah AYAMAS Jual Ayam Basi Viral Di Internet.


Saya buat pesanan secara online Ayamas malam tadi pada jam 7.41 malam sebagai santapan makan malam. Setelah sejam menunggu, sekali lagi saya menghubungi mereka dan bertanya tentang status pesanan saya. Malangnya, tidak dapat dihubungi.

1 jam 50 minit kemudian, pengurus Ayamas cawangan Damai Perdana menghubungi saya dan memaklumkan bahawa mereka terpaksa membatalkan pesanan saya kerana masalah teknikal di mana kakitangannya yang sepatut membuat penghantaran itu terlibat dalam kemalangan.

Saya bersimpati dengan nasib yang menimpa pekerjanya tetapi mengapa mereka mengambil masa yang sangat lama untuk memaklumkan dan membiarkan saya menunggu lama?

Tanpa sebarang rasa bersalah atau memohon maaf, pengurus Ayamas itu berkata, jika saya masih mahukan pesanan yang telah dibuat, saya perlu menunggu sekali lagi.

Seperti mana yang kenalan saya tahu yang saya ini keras kepala, saya mengambil keputusan untuk menunggu.

Jam 9.50 malam, akhirnya saya terima makanan yang dipesan tadi. Tetapi, apabila saya baru hendak menjamah ayam tersebut, saya dapati ayam itu busuk dan berlainan warnanya. Rupa-rupanya ayam yang diberikan itu sudah basi.

Saya cuba menghubungi bahagian Khidmat Pelanggan Ayamas, tetapi mereka tidak beroperasi pada waktu itu. Saya maklumkan perkara itu kepada pengurus itu tadi melalui SMS, juga tiada sebarang jawapan yang diberikan.

Nasib baik saya pesan dua nasi kosong dan itulah yang dijamah dikala perut tengah kosong. Biarpun kerugian RM27.00, saya tetap mahukan penjelasan dari Ayamas Malaysia. -THM