t>

Breaking News

Kerana Gambar Edit Najib, Zuan Melodi Mungkin Digantung Kerja.


Gara-gara memuat naik gambar 'edit' Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di laman Instagram, Zuan Azmi, digantung tugas oleh Media Prima.

Wartawan dan juga Penolong Penerbit rancangan Melodi TV3 yang lebih dikenali dengan nama ZuanBikinPanas itu memuat naik gambar 'edit' Najib yang sedang melakukan kerja mengelap lantai yang meniru poster di dinding.

Namun, setelah tindakannya itu dikritik oleh blogger pro UMNO, Zuan kemudian memadamkan gambar itu dan memohon maaf di laman Instagram.

"Salam hormat kepada semua, dengan seikhlas hati dan diiringi rasa rendah diri, saya Zuan Azmi dengan ini ingin sekali lagi memohon maaf atas ketelanjuran tindakan saya dalam bergurau sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan ke atas gambar YB Perdana Menteri Malaysia. Dengan ini saya mohon maaf kepada Dato Seri Najib Razak serta keluarga dan mana-mana individu atau rakyat Malaysia yang terkesan dengan posting saya itu," katanya.

Bagaimanapun, pihak Media Prima masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan yang mengesahkan penggantungan Zuan itu. -THM