t>

Breaking News

Kereta Wartawan TV3 Ditunda Penguatkuasa, Netizens Bergembira Kutuk TV3.

Punyalah tv3 dibenci sampaikan kejadian kereta syarikat ditunda pun boleh viral dan jadi bahan kutukan warga netizens kepada station tv berkenaan.



Siang tadi viral dua gambar yang memaparkan kejadian kereta wartawan tv3 telah ditunda oleh penguatkuasa tempatan (MBPP) disebabkan melanggar peraturan jalanraya. Insiden berkenaan bukan sahaja tidak mengundang simpati netizens sebaliknya dijadikan bahan lawak dan kutuk terhadap station tv tersebut.

Baguslah, elok buang ke laut. Terbaik. Ohh ini kereta tibi tiga.. sita bangunan pun lagi bagus. Antara respon-respon dari netizens di laman sosial.

Walaubagaimanapun tidak semuanya menyatakan respon yang memihak kepada tindakan MBPP itu. Ada yang mempersoalkan dimanakah keadilannya apabila MBPP berat sebelah dengan hanya menunda kereta tv3 yang berbuat kesalahan namun tidak menunda kereta rasmi Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng apabila berbuat kesalahan yang lebih kurang serupa. Bahkan siap dengan poster bagi menyindir tindakan MBPP terhadap kereta wartawan tv3 yang dipercayai sedang membuat laporan.


Dan sebahagian netizens turut mempersoalkan majlis tempatan terlalu kerap merobohkan gerai-gerai melayu di Pulau Pinang dan apakah ini boleh dianggap sedang berlaku adil hanya semata-mata menunda kereta tv3 yang sedang melanggar peraturan jalanraya soal netizens  lagi. Sehingga kini tiada maklumat jelas kenapa kereta berkenaan ditunda oleh majlis tempatan negeri. - Sozcyili.