t>

Breaking News

Dikantoikan Beli Kasut Fake Yeezy Pada Harga 12 Ribu Adik Neelofa Akhirnya Padamkan Gambar Selepas Dibashing Angkara Berlagak.

>Beli kasut Yeezy > Dikantoikan kerana terbeli yang fake > Lebih teruk beli lebih mahal dari harga yang original pula tu > Taknak terima hakikat sound orang yang menyatakan kebenaran > Dah dihadirkan dengan bukti yang kukuh > Termalu dan padam gambar sambil menunjukkan ketidakpuasan ahti terhadap mereka2 yang bashing dia.

Sinopsis kejadian macam itulah.

Orang kaya yang bodoh beginilah.
Duit ada banyak. Berlagak tak tentu pasal taknak terima pendapat orang last-last termalu sendiri.

Semuanya berkisarkan kepada satu tweet dari TheLittleKhan.


 
Upload gambar di Instagram.

Miss Khan pada awalnya upload satu gambar yang menunjukkan dia baru aje beli kasut tersebut di laman sosial walaubagaimanapun selepas berkongsikan gambar berkenaan, dengan sepantas kilat peminat-peminat kasut aka sneakerians memaklumkan kepada Miss Khan bahawanya kasut yang dibelinya adalah versi FAKE.

Enggan terima hakikat.

Selepas dinyatakan dengan jujur bahawanya Miss Khan terbeli kasut Yeezy yang fake, dia bukan sahaja enggan menerima kenyataan bahkan siap update twitter dengan reply yang cukup mengkagumkan sneakerians. 

Katanya jangan hanya pandai mengatakan kasut Yeezy yang dibelinya adalah fake. £2000 telah dibayar untuk mendapatkan kasut berkenaan. £2000 pound sterling adalah bersamaan hampir 12,000 ringgit Malaysia. WOW. Betul ke kasut Yeezy mencecah pada 12,000 di pasaran?

Menurut hasil tinjauan di laman e-bay harga sneakers Yeezy Boost 350 'Pirate Black' yang original boleh mencecah sehingga USD1,600 per unit. Iaitu 6,000 dan lebih bagi matawang Malaysia.

Ini adalah untuk harga yang paling mahal tau!




Ini bermakna Miss Khan telah ditipu dua kali. Pertama, beli barangan fake. Kedua, harga yang dibelinya melebihi dari harga yang sepatutnya dia boleh dapat di pasaran. Ya,ya Miss Khan, kami faham itu duit kamu.  

Kenapa kasut tersebut mahal di pasaran? 

Kasut berkenaan adalah edisi khas yang direka oleh Kenya West, rappers yang terkenal. Ia adalah versi limited edision sebab tu penjualannya terhad. Ekslusif gitu.

Kasut berkenaan pada asalnya hanyalah bernilai ratusan ringgit sahaja tetapi ianya melonjak naik berkali2 ganda dari harga semasa disebabkan harga yang ditetapkan oleh re-seller. Oleh kerana ia adalah edisi khas, turut dipakai oleh artis-artis ternama, populariti kasut berkenaan turut sama melonjak naik seiringan dengan populariti Kenya West yang kian meningkat di samping rekaan kasut berkenaan yang juga sebenarnya sangat menarik!

Selepas ditegur masih lagi dengan sikap bodoh sombong.

Ya, respon oleh Miss Khan ini tersangatlah 'sopanis'. Bagi gadis yang baru sahaja berusia 15 tahun, sikapnya dianggap terlalu berlagak pada mata sesetengah netizens.





Personal shopper? Well Miss Khan, listen. Personal shopper dan adik dah kena tipu. 12,000 harga untuk sebuah kasut yang fake tersangatlah tidak berbaloi. Apabila diberitahu tentang kasut adik yang fake, apa salahnya bersangka baik dan bersikap positif dengan bertanyakan si dia yang menegur dengan ikhlas. Untung2 duit yang kena tipu itu boleh dapat balik dik. Jangan sangka yang menegur tu semuanya berniat dengki. Positif la sikit. Awak tu masih mentah. Btw, betul ke ada personal shopper tu? Hikhik.

Dan selepas dibuktikan bahawanya kasut yang dia miliki benar-benar dengan beberapa gambar ditag kepada Miss Khan, dia akhirnya akur dengan 'kesilapan' lalu membuang gambar sneaker berkenaan dari postnya.



Bagaimana geng-geng sneakers mengantoikan Miss Khan yang telah ditipu ini?






Sumber.

Terang lagi bersuluh dia kena tipu kan.  

Disebabkan bukti-bukti yang dihadirkan kepada Miss Khan terlalunya solid dan tidak boleh diragui lagi maka Miss Khan akhirnya membuat keputusan memadamkan gambar berkenaan. Meskipun begitu ianya tidak menghentikan sindiran terhadap adik Miss Khan kita. Kesian. Mungkin mereka sekadar membalas keangkuhan Miss Khan yang pada awalnya beria2 mempertahankan sneaker FAKE dia tu.

Hihii.

Sebelum ini Miss Khan pernah mencetuskan kontroversi kerana mengkritik sistem pendidikan negara. Kini sekali lagi menjadi perhatian kerana menayang kasut Yeezy dengan penuh gaya di laman sosial tetapi sayangnya fake. Fake 12,000. Baik bagi aku. Boleh repair bangunan sekolah kerajaan yang dia kutuk-kutukan tu.

Hahaha.