t>

Breaking News

12 Anggota Polis Datang Serbu Saya Namun Selepas Berunding Mereka Beri Tempoh 1 Hari Untuk Serah Diri, Kata Jamal - Lakonan Ke?

Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Jamal Yunos berkata sepasukan 12 anggota polis berada di rumahnya untuk menangkapnya kerana didakwa melakukan keganasan dan serbuan haram.

 
Ketua bagi pergerakan yang dikenali dengan nama "Baju Merah" itu berkata, bagaimanapun, beliau berjaya berunding dengan pihak polis untuk menangguhkan penahanan memandangkan beliau perlu melakukan pemeriksaan kesihatan yang telah dijadualkan sebelum ini, dan bersedia untuk menyerah diri ke balai polis selepas selesai pemeriksaan kesihatannya.

"Terdapat dua buah kereta polis muncul di hadapan rumah saya, mereka ini hadir untuk menangkap saya.

"Saya telah dipanggil ke IPD Ampang namun saya memberitahu kepada mereka (pihak polis) bahawa tidak ada keperluan untuk melakukan seperti ini (kerumitan) kerana saya akan menyerahkan diri saya kemudian. Saya telah memaklumkan kepada mereka sebelum ini, "kata Jamal lapor Malay Mail Online (English) hari ini.

 
Jamal dijadualkan bakal mengadakan sidang akhbar di luar balai polis pada jam 3 petang hari ini sebelum menyerah diri kepada pihak berkuasa.

Beberapa pihak yang disyaki terlibat dengan Jamal telah ditahan pada semalam kerana menjalankan serbuan yang menyalahi undang-undang di premis perjudian yang sekitar Selangor - Sozcyili