t>

Breaking News

Bilangan Pendatang Asing Kini Mengatasi Kaum India Di Malaysia.

The Edge Market melaporkan, bilangan pendatang asing telah mengatasi jumlah keseluruhan bangsa India di Malaysia pada tahun 2016. Turut dijangkakan bilangan pendatang asing akan terus meningkat sehingga bakal mengatasi populasi bangsa Cina pula pada 2034.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Chua Choon Hwa, Setiausaha di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat itu dibuat berdasarkan data oleh Jabatan Statistik Malaysia dan Kajian Tenaga Buruh Kebangsaan 2014 di forum Populasi Malaysia dalam 2050 : Makna kepada Sosio Ekonomi?.

"Pada tahun 2034, warga asing akan mengatasi kaum cina Malaysia dengan anggaran jumlah mereka akan meningkat di antara 7.4 juta hingga ke 7.5 juta banyaknya. 

Mengikut unjuran, populasi warga asing akan membentuk 24.2% dari penduduk Malaysia pada tahun 2040", katanya di forum tersebut.

Gambar - Google
Berdasarkan jangkaan itu, populasi warga asing akan menjadi yang kedua tertinggi di Malaysia selepas bangsa Melayu dengan peratusan sebanyak 24.2% pada 2040 iaitu 10.061 juta berbanding 7.474 juta bangsa Cina.

Chua turut menjelaskan bilangan tinggi warga asing di Malaysia berpunca dari kebergantungan negara terhadap tenaga buruh warga asing berkemahiran rendah di mana populasi mereka kini telah pun mencecah 3.1 juta berbanding populasi kaum India Malaysia, iaitu 2.053 juta. - Sozcyili