Dihina Kerana Bawa Motor Buruk Ke Supermarket, Lelaki Ini Tampil Beri Penjelasan.
Mungkin Sarah Coco tidak menyangka penghinaannya akan sampai ke pengetahuan lelaki yang dihinanya di laman sosial. Niat asal yang mahu memalukan orang akhirnya berbalik kepada memalukan dirinya sendiri.
"Ini aku nak beritahu sikit, kalau tak ada kereta tu, buat cara tak ada kereta, tak payah nak eksyen sangat belanja di supermarket bawa troli, ambil barang macam datang bawa van. Padahal bawa motosikal saja.
"Ini aku nak beritahu sikit, kalau tak ada kereta tu, buat cara tak ada kereta, tak payah nak eksyen sangat belanja di supermarket bawa troli, ambil barang macam datang bawa van. Padahal bawa motosikal saja.
Kemudian bila nak balik, sumbat barang dalam beg galas penuh, di bakul sumbat penuh dan bonceng di belakang macam beruk. Buat malu orang yang datang supermarket saja bawa motosikal buruk. belanja acah-acah berkereta.
Aku rasa perempuan itu mak dia agaknya sebab perempuan itu nampak tua. Kesiannya mak dia dapat anak tak berguna dan tak mampu bawa dia pergi belanja naik kereta. Hahaha! Opss!" tulisnya di status WeChat.
Apa yang Sarah tidak menyangka, status penghinaanya itu kemudiannya tular. Penularannya terlalu hebat sehingga tersampai ke pengetahuan individu yang dia hinakan itu.
"Kepada Sarah Coco atau sesiapa yang mengenali Sarah Coco itu, tolong sampaikan apa yang saya nak pesan. Berkenaan post dia di WeChat, saya tahu dia maksudkan saya sebab tadi di shop mall, kami ada berselisih faham terlanggar troli saja ceritanya.
Saya masih cam lagi muka dia tetapi tidak sangka sampai dia buat post begitu. Memang itu ibu saya, orang yang saya paling sayang dan awak dah silap. Ibu saya tak pernah pun rasa menyesal dan tak pernah pun anggap saya anak tak guna kerana tidak mampu berikan dia kemudahan.
Memang saya orang miskin, tak mampu untuk beli kereta dan saya kerja sebagai pengawal keselamatan sahaja. Tetapi Alhamdulillah bersyukur dengan apa yang ada sekarang. Masih mampu untuk meneruskan hidup. Masih mampu menunaikan hajat ibu untuk ke Mekah.
Biar diri terasa susah asal ibu dapat penuhi impiannya. Tak apa Sarah Coco, saya maafkan awak. Setiap manusia tidak pernah lari dari membuat kesilapan. Kami sudah biasa dihina dan dikeji tetapi kami tetap kena kuat kerana ini diri kami dan ini hidup kami," tulisnya di Facebook bagi menjawab penghinaan Sarah. Jiwa besar yang dimiliki oleh Nashiruddin dipuji oleh rata-rata netizens yang mengikuti kisah mereka.
Zaman sekarang orang nak pergi supermarket naik motor sendiri pun dihina. Motor buruk dah kenapa. Bukannya menyusahkan hidup sesiapa. Inilah yang dikatakan Mami Jarum atau Mak Joyah. Mengata, mengumpat, menjaja cerita yang takde faedah hal orang. Sarah Coco patut malu sebab menghina orang miskin. Jangan sampai dia pula ditimpa nasib yang sama. Jangan lupa, roda berputar. Hidup manusia begitu juga. - Sozcyili.