t>

Breaking News

Ini Adalah Ujian Allah, Saya Minta Maaf Pada Semua - Izara Aishah.

Sejak semalam tular satu rakaman video yang memaparkan model dan pelakon Izara Aishah yang berpakaian menjolok mata sehingga mendedahkan sebahagian buah dadanya. 


Video itu dipercayai ada kaitan dengan pertunjukkan fesyen yang pernah dihadiri Izara pada tahun 2016 namun penyebarannya dikaitkan dengan Anugerah Bintang Popular yang dianjurkan pada ahad lepas.

Susulan dari penyebaran meluas video berkenaan, Izara akhirnya meminta maaf kerana dikecam dan diejek bertubi-tubi di laman sosial.

Menurut Izara, rakaman video tersebut adalah merujuk kepada satu rakaman lama dan tiada kaitan dengan Anugerah Bintang Popular yang lepas.
"Hai semua, saya mahu meminta maaf kepada keluarga saya, peminat dan semua yang tersinggung dengan video saya menghadiri satu pertunjukan fesyen.
"Ia adalah video lama dan bukan dari Anugerah Bintang Popular baru-baru ini," katanya dalam satu status bergambar di Twitter.
"Walaupun saya berasa malu dan sedih terhadap individu yang berkongsikan video itu, yang menunjukkan kelemahan saya namun saya bertanggungjawab sepenuhnya di atas kecuaian yang saya lakukan dan meminta maaf kepada semua yang tersinggung di atas perlakuan tersebut.
Saya juga menganggap ini adalah ujian Allah dan bersedia mengambil iktibar darinya", katanya lagi dalam status tersebut.
Izara dijangka akan menamatkan zaman bujangnya bersama salah seorang anak Datuk K pada hujung tahun ini. - Sozcyili.