t>

Breaking News

Sejarah Battle Of Kampar.

Pada 30 Disember 1941, 75 tahun lalu menjelang subuh bandar Kampar digegarkan dengan dentuman bedilan altileri dari 5th Division Imperial Army dua hari selepas Jepun menawan bandar Ipoh.
Altileri Jepun mula membedil green bridge dari kedudukan di jalan Malim Nawar dan di balas dengan bedilan oleh Bateri ke 501 altileri British. Kubu pertahanan di Kampar dibangunkan setelah British gagal menghalang kemaraan Jepun di Gurun dan Jitra.
Kemaraan 5th Division Imperial Army ke selatan tanah melayu dibawah pimpinan Leftenan Jeneral Takuro Matsui dengan kekuatan 9000 infantri. 200 kereta kebal dan 100 altileri telah dilengahkan oleh 11th Indian Division dengan kekuatan 1300 infantri pimpinan Brigadier Jeneral Archibald Paris.
British bertahan di 3 rabung yang dikenali sebagai rabung hijau, rabung thompson dan rabung kubur. Rabung-rabung ini mengarah laluan utama ke selatan dan telah dipilih oleh Jeneral Percival kerana kedudukannya yang strategik.
Ianya terletak di kaki Gunung Bujang Melaka setinggi 1200 meter dan memberikan kelebihan taktikal kepada British memantau pergerakan infantri jepun dan membedil kedudukan mereka (hanya sedikit bilangan meriam yang sempat dibawa ketika British berundur dari Jitra).
Di medan pertempuran Kampar, pihak Jepun telah menggunakan teknik Banzai Charge dan kedua-dua pihak telah mengalami angka korban yang besar (British juga menggunakan teknik yang sama ketika menawan semula rabung thompson dari Jepun pada 1 Jan 1942).
Pertempuran sengit selama 4 hari (30 Dis 1941 - 2 Jan 1942) yang juga dikenali sebagai Battle of Kampar telah memberikan kemenangan secara taktikal kepada british sebelum berundur. Jepun akhirnya berjaya menguasai rabung-rabung tersebut. British seterusnya membina benteng pertahanan di Trolak dan Slim River.
Selama 3 hari kedua-dua pihak berehat seketika dari medan perang bagi memperkemaskan barisan dan memberi rawatan kecederaan sebelum bertempur semula di Battle of Slim River bermula dari 6-8 Jan 1942.
Pertempuran epik di Slim River inilah yang menyaksikan kejayaan penggunaan kereta kebal Type 95 Ha Go dan tentera pejalan kaki oleh tentera imperial.