Jagalah Isteri Sendiri Ketika Mereka Berpantang, Janganlah Hantar Ke Kampung..

Biasa jer kita dengar setiap kali isteri bersalin akan ada suami-suami yang menghantar ke rumah ibu mertua la, ke kampung la supaya isteri dapat berpantang di bawah jagaan keluarga, manakala si suami akan pulang semula ke rumah dan bekerja seperti biasa.

Gambar - Google
Namun perkongsian yang dipetik dari laman Facebook KRT - Kisah Rumah Tangga, menceritakan bagaimana seorang suami sepatutnya menjaga isteri sendiri ketika mereka baru sahaja bersalin dan tidak sepatutnya menghantar isteri ke kampung dan suami pula masih teruskan enjoy dengan aktiviti sendiri.

Penulisan itu sebenarnya diluahkan oleh seorang suami yang menasihati agar suami-suami lain di luar sana menjadi lebih peka dan prihatin dalam menjaga kesihatan isteri yang bersusah payah mengandung dan bersalinkan anak sendiri dan tidak sepatutnya suami-suami ini bertindak melepas tangan dengan menghantar isteri ke kampung-kampung.

Hentikanlah menghantar isteri berpantang ke rumah orang tua kita ataupun mereka..



Ada suami yang bila isteri bersalin jer dia macam merdeka..



Berhentilah bagi alasan bahawanya saya tak pandai masak, tak pandai mandikan tak pandai itu tak pandai ini sedangkan kita boleh je belajar untuk menjaga isteri dan anak yang baru dilahirkan, katanya.

Sesungguhnya penulis amat bersetuju betul dengan saranan seseorang suami jika tiada halangan seharusnya menjaga isterinya sendiri ketika mereka dalam proses berpantang dan bukannya menghantar ke rumah orang tua. - Sozcyili.

Share this :

Previous
Next Post »