Gara-Gara Bela Kucing Dalam Tandas, Datuk Aliff Diserbu Penguatkuasa Kononnya Mendera Haiwan.
Sebelum ini Datuk Aliff Syukri yang juga pengasas rangkaian produk kesihatan dan kecantikan D'herbs telah berkongsikan beberapa gambar kucing miliknya yang bernama Dodi kepada umum bagi tujuan menjual kucing tersebut kerana tidak mampu lagi menjaganya.
Nak jual..
Perkongsian gambar-gambar itu kemudiannya mendatangkan kecaman terhadap pengasas itu terutamanya dikalangan pencinta kucing kerana melihat Dodi dikurung di dalam tandas.
Ada yang beranggapan ia merupakan satu penganiayaan dan penderaan ke atas binatang tersebut dan mahu Datuk Aliff didakwa kerana melakukan kecuaian ketika menjaga kucing berbaka Savannah itu.
Bodoh gila Aliff..
Selepas dikritik teruk, Datuk Aliff akhirnya membatalkan hasratnya untuk menjual Dodi. Sebaliknya beliau menerima nasihat orang ramai untuk mula menjaga Dodi seperti yang disarankan oleh sesetengah pihak.
Tak jadi jual la..
Bagaimanapun ianya tidak terhenti disitu. Terdapat beberapa pihak yang telah pun membuat aduan rasmi kepada bahagian penguatkuasa yang membuatkan rumah Datuk Aliff diserbu oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS) dan Jabatan Perhilitan (Selangor) pada semalam.
Serbuan dilakukan oleh kira-kira 15 pegawai penguatkuasa ke rumah Datuk Aliff yang terletak di Selangor pada jam 10 pagi.
Dalam serbuan tersebut, penguatkuasa turut mengesahkan Datuk Aliff tidak mendera binatang baka Savannah itu namun menasihati pengasas tersebut agar melakukan beberapa penambahbaikan ke atas tempat tinggal binatang tersebut.
Menurut jurucakap kepada penguatkuasa berkenaan, Datuk Aliff diminta untuk menyediakan tempat tinggal yang lebih selesa untuk kucing tersebut disamping mengurangkan kuantiti makanan memandangkan saiznya yang agak besar berbanding usianya.
“Kami menasihati Datuk Aliff supaya menyediakan alas kucing yang lebih selesa dan menyediakan kawasan pengudaraan yang lebih baik untuk kucingnya”.
“Kami sarankan beliau supaya buat Pet pasport supaya kucingnya ada rekod perubatan lebih sistematik, ” katanya.
Selain isu kucing, Datuk Aliff juga mendapati tumpuan sepanjang minggu ini disebabkan tindakannya mendedahkan wajah pembantu rumahnya yang mencuri tudung dan wang bernilai RM100.
Tindakan Datuk Aliff menyebarkan wajah bibiknya di laman sosial menimbulkan ketidakpuasan hati di kalangan netizens kerana beranggapan Datuk Aliff memalukan bibiknya itu sedangkan kes berkenaan boleh sahaja diselesaikan dengan membawa pembantu rumahnya ke balai polis. - Sozcyili.
Nak jual..
Perkongsian gambar-gambar itu kemudiannya mendatangkan kecaman terhadap pengasas itu terutamanya dikalangan pencinta kucing kerana melihat Dodi dikurung di dalam tandas.
Ada yang beranggapan ia merupakan satu penganiayaan dan penderaan ke atas binatang tersebut dan mahu Datuk Aliff didakwa kerana melakukan kecuaian ketika menjaga kucing berbaka Savannah itu.
Bodoh gila Aliff..
Selepas dikritik teruk, Datuk Aliff akhirnya membatalkan hasratnya untuk menjual Dodi. Sebaliknya beliau menerima nasihat orang ramai untuk mula menjaga Dodi seperti yang disarankan oleh sesetengah pihak.
Tak jadi jual la..
Gambar - Alif Syukri |
Serbuan dilakukan oleh kira-kira 15 pegawai penguatkuasa ke rumah Datuk Aliff yang terletak di Selangor pada jam 10 pagi.
Gambar - Sinar Harian |