t>

Breaking News

Selepas Ibu Ini Merayu Agar Berhenti Kutuk Anaknya, Aliff Syukri Padamkan Post.

Mulut longkang. 

Bukannya Datuk Aliff Syukri tetapi follower-follower beliau yang mengikuti Instagram DAS. 

Pada semalam DAS ada memuatkan satu video yang menunjukkan aksi beliau bergurau manja dengan seorang kanak-kanak.


Dimaklumkan nama kanak-kanak itu ialah Doujle, anak kepada Mazz Yaakob yang turut mengggunakan ID @Wonder.Kitchen di laman Instagram.

Anak ajaib, comel kan kata DAS


Bagaimanapun banyak-banyak komen negatif yang mengecam kanak-kanak tersebut kerana rupanya yang berbeza dari kebanyakkan bangsa di Malaysia.

Pada awalnya si ibu tampil di ruangan komen dan bertanyakan kepada DAS apa yang ajaib anaknya itu.

Apa ajaibnya anak saya soal si ibu

Bagaimanapun bukan sahaja Datuk Aliff Syukri tidak menjawab pertanyaan tersebut, malahan follower-follower beliau pula yang sibuk semacam sehingga melemparkan komen-komen negatif dan jelik.

Terdapat juga beberapa komen yang disifatkan berbaur lucah dan biadap semata-mata kerana anak kecil itu berbeza warna kulit dan rupa dari kebanyakkan warga tempatan.

Orang melayu makin parah, suka kutuk dan hina orang..
 

Komen negatif melukakan hati saya kata si ibu


Di laman Instagram milik ibu kepada kanak-kanak itu juga memuatkan naik satu poster rayuan.


Tinjauan penulis mendapati DAS telah memadamkan post berkenaan sekitar jam 4 petang. Memadamkan post itu sebenarnya adalah tindakan yang betul ini kerana semakin banyak komen-komen menghina kelihatan di post tersebut.

Meskipun DAS hanya mahu berkongsikan keceriaan beliau bermain dengan anak kecil itu tetapi beliau perlulah menasihati follower-follower beliau agar lebih berhemah dalam berkata-kata. Sampaikan di hadapan ibunya sendiri, follower-follower beliau tergamak menghina anak kecil itu. Bagaikan tiada hati dan perasaan.

Harus diingat, Allah ciptakan berbangsa-bangsa dan berbeza-beza rupa dan warna kulit bukan untuk sesuatu bangsa merasai bangga dengan kelebihan yang dimiliki oleh mereka sebaliknya untuk menghargai dan meraikan kepelbagaian yang wujud. 

Harus diingat juga, menjadi berbeza bukan bermaksud kita ini hina, buruk ataupun berdosa sebaliknya penciptaan kita ada sebabnya disisi Allah. Usahlah menghina seseorang hanya kerana dia tidak seputih anda ataupun secantik anda. - Sozcyili.