t>

Breaking News

Guna Kanak-Kanak Jadi Model Vape, Netizens Kecam Tindakan User Malaysia.

Ini ada satu cerita yang sedang kecoh di laman sosial Instagram. Bagi pengamal Vape atau berada dalam bidang itu rasanya sudah tahu cerita sensasi yang sedang berlegar-legar ketika ini.

Satu kempen boikot diadakan bagi memulau tindakan SmokJoy Official kerana menggunakan kanak-kanak sebagai model dalam kempen di Instagram mereka.

SmokJoy dilaporkan mengambil gambar itu dari seorang pengguna Instagram yang lainnya, yang usernya adalah dari Malaysia - sebelum bertindak menyebarkan di laman sosial rasmi SmokJoy.


Tinjauan yang dilakukan oleh pihak penulis mendapati laman Instagram itu sudah tidak wujud lagi; mungkin dinyahaktifkan berikutan kecaman bertubi-tubi yang diterima mereka sejak malam tadi.

User Malaysia yang memuatnaik gambar itu juga tidak dapat dikenalpasti.


"Ini adalah kebodohan peniaga (vape) di Malaysia. Beliau (seorang wanita) belum memadamkan (gambar) dari laman sosial lagi," kata Brewer_Malaysia yang dipetik dari ID Morticias_World yang beroperasi dari Amerika.

Beberapa ID dari antarabangsa juga didapati menyebarkan kempen boikot yang sama terhadap SmokJoy. Diharapkan pemilik account dari Malaysia yang bertanggungjawab menggunakan kanak-kanak sebagai model bagi mengiklankan Vape ataupun perisanya dapat menghentikan tindakan bodoh beliau. Kerana vape bukan untuk kanak-kanak. Vape adalah untuk perokok tegar yang mahu berhenti merokok. 

Gadis-gadis bertudung yang menjadi model, tukang reviewer juga patut menghentikan amalan menghisap vape andaikata mereka tidak merokok atas faktor kesihatan. Dah elok-elok tak merokok, gatal pula nak menghisap vape atas nama trend. Alahai, kebodohan luar biasa sekali. - Sozcyili.