t>

Breaking News

Ganguan seksual terhadap penan, sampai bila?

Terharu, geram dan sakit ahti pun ada. Rasa nya pemimpin2 di sarawak sekadar bersandirawa terhadap isu yang membabit masyarakat penan di sarawak. Bukan sekali dua kita didedahkan dengan isu dan masalah yang membabitkan anak2 gadis penan di sarawak, malahan ada laporan yang mengatakan bahawa pihak polis sarawak tidak melayani langsung mana2 kes rogol yang dikaitkan dengan masyarakat penan. Ada beberapa spekulasi tentang anak gadis penan yang membuatkan polis di sarawak tidak mahu ambil peduli, saya tidak pasti samada berita ini benar ataupun tidak, cuma berdasarkan cerita2 orang sarawak yang berhadapan sendiri dengan masyarakat penan. 


Masyarakat penan dikaitkan sering menjual anak sendiri (anak gadis) bagi mendapatkan wang, untuk menampung keperluan mereka. Mereka menjual anak (perhambaan seks) kepada pekerja2 yang terlibat dalam pembalakkan. Dan anak gadis neh yang tidak rela, ada yang telah lari, ada yang berdiam diri, dan ada yang membuat cerita bahawa mereka dirogol sedangkan ada yang rela serahkan body (dalam keadaan ahti terpaksa) kepada pekerja2 pembalakkan tersebut. Saya tidak tahu samada cerita ini benar ataupun sekadar di wujudkan bagi membela golongan tertentu, apa yang pasti jika gejala penjualan anak ini wujud saya berharap baik ibu bapa kepada gadis tersebut, dan pekerja yang membeli [seks] kedua2 nya harus di hadapkan dengan hukuman yang setimpalnya. Tindakan pihak polis yang tidak mahu masuk campur adalah disebabkan tidak mahu cari pasal dengan orang asli [alasan mereka] saya tidak tahu ini benar ataupun tidak, tetapi apa yang saya dapat katakan ialah, peduli la mereka neh orang asli ke bukan asli ke kalau dah buat aktiviti tidak sehat memang patut dibendung, lagipun sampai bila anak2 gadis penan neh harus menjadi mangsa nafsu serakah pihak2 tertentu? 


Terdapat juga kes yang dilaporkan bahawa anak gadis penan ini dirogol secara beramai2 [tanpa aktiviti penjualan anak] jadi bagaimana? dan mengapa tiada tindakan di ambil? Jangan BIAS bila melibatkan penguatkuasaan undang2, walaupun mereka owang asli mereka layak mendapat pengadilan sewajarnya, kita tidak mahu dengar lagi, pada zaman yang semaju dan secanggih ini, masih terdapat golongan yang teraniaya dari segi pengalaman undang2.


Dalam satu laporan berita terbaru, turut dimaklumkan bahawa anak2 gadis penan yang telah membuat laporan polis  terhadap firma gergasi pembalakan Sarawak - Samling Global Ltd atas kes ganguan seksual/rogol telah di ugut kerana membawa kes tersebut kepada pihak polis. Rasanya dah bertahun2 dengan kes masyarakat penan neh.. sampai bila kes ini akan diselesaikan?


Ameno : Masyarakat penan pun manusia juga.


sila baca berita neh, berhubung penafian samling terhadap dakwaan masyarakat penan terhadap mereka.


Pertubuhan Dana Bruno Manser (BMF) mendakwa firma gergasi pembalakan Sarawak - Samling Global Ltd berterusan membuli masyarakat Penan dengan memaksa mereka 'menutup mulu' berhubung penderaan seksual dan perogolan gadis serta wanita Penan.

ulu baram samling sarawak blockade 190608 02Tujuh lagi dakwaan eksploitasi seks oleh pekerja pembalakan, kali ini dikatakan berlaku di kawasan Hulu Baram - semua ini didedahkan oleh pertubuhan pro-Penan yang berpangkalan di Swistzerland itu.

BMF mendakwa masyarakat Penan diugut oleh syarikat pembalakan itu bahawa semua perkhidmatan pengangkutan di kawasan berkenaan akan digantung jika dakwaan penderaan seksual itu tidak ditarik semula.

Memetik 'sumber Penan', BMF mendakwa seorang ketua kampung di kawasan itu diarahkan oleh seorang pegawai Samling untuk menandatangani kenyataan bahawa “semua gadis dan wanita di kawasan itu telah menarik balik dakwaan penderaan seksual yang dilakukan oleh pekerja syarikat pembalakan itu”. Jika gagal berbuat demikian, perkhidmatan pengangkutan untuk penduduk tempatan akan digantung.

NONEPengurus komunikasi Samling, Mandy Chen, ketika dihubungi berkata syarikatnya menyedari pelbagai dakwaan yang dibuat oleh BMF ke atas syarikatnya itu tetapi yang terbaru seperti yang dimuat-naikkan di laman sesawang pada 30 Ogos lalu belum dibacanya.

Chen berkata syarikatnya akan mengemukakan jawapan berhubung dakwaan terbaru artikel berkenaan selepas menyemak dan menyiasatnya.

Tiada ulasan