t>

Breaking News

Jiran kepada suspect utama/Datuk Pathmanabhan A/L Nalliannen menyifatkan suspect seorang yang baik.

Jiran yang juga penyewa rumah kepada suspect utama terkejut apabila melihat berita di television bahawa tuan rumah nya (suspect utama) adalah orang yang disyaki perancang/dalang kepada pembunuhan kejam (bunuh dan bakar) yang melibatkan empat mangsa iaitu datuk sosilawati lawiya, 47,  kamaruddin shamsudin, 44, ahmad kamil abdul karim, 32, dan noorhisham mohammad, 38. 


Jiran yang juga penyewa rumah terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai 'kak ana' yang terlibat dalam perniagaan katering, memberitahu kepada petugas media bahawa 'tuan rumahnya' orang yang sangat baik, peramah dan sering bertegur-sapa. 


Kak ana turut berkata begini "Akak terkejut tengok gambar dia (peguam) dalam akhbar. Memanglah tahu kes ini libatkan seorang peguam berpangkat datuk di banting, tapi tak sangka pula dia.. Akak memang tak percaya dia buat semua tu sebab dia baik sangat"


Peguam terbabit yang berusia 41 tahun tinggal seorang diri, manakala isteri dan 3 anak-anaknya tinggal di punchong. Isteri dan anak2 nya hanya melawat peguam terbabit seminggu sekali. 


Dalam pada itu Presiden Majlis peguam malaysia, Ragunath Kesavan mengakui bahawa suspect utama pernah di gantung keahlian nya pada 2 tahun yang lepas sebelum dilucutkan terus keahlian nya sebagai peguam 2 tahun selepas digantung setahun berikutan menerima aduan tentang peguam terbabit. Keahlian peguam terbabit dilucutkan dipercayai kerana terlibat dengan penipuan jual-beli harta.




Sumber : Sinar harian.


Ameno : Baik depan len, baik belakang len.. 





Tiada ulasan