t>

Breaking News

Kes pembunuhan sosilawati updated!

Ini adalah updating untuk tiga hari kerana saya tidak berkesempatan online untuk beberapa hari.


- Tempoh tahanan reman bagi lima suspect dilanjutkan manakala tiga orang suspect telah dilepaskan dari tahanan reman. (Mana boleh lepas, lahabau, bersubahat ke, bersahabat ke, patut duduk dalam lokap tue, sedikit sebanyak mereka tetap penyumbang kepada kejadian pembunuhan kejam tersebut)


- Ketika polis melanjutkan tempoh tahanan reman, suspect utama sempat berkata2 demikian kepada para wartawan yang sibuk mengambil gambar suspect :  “Don’t do this, I’m not involved,” (Jangan buat begini, saya tidak terbabit) <== Tidak terbabit WAKLU!!!! geram betul!! jangan2 dia terlepas tak??? mana nak tahu kan?? baca sini


- baca sini arwah sosilawati bercerita tentang rumah yang dia miliki.. 


- Polis memberitahu bahawa HASIL KEPUTUSAN UJIAN DNA adalah kunci utama kepada siasatan kes pembunuhan kejam. baca sini. Andai DNA ini tidak dijalankan, dibimbangi bahawa suspect utama mungkin akan terlepas daripada dikenakan sebarangan tindakan akibat kesilapan dan kecuaian dalam siasatan. (suspect utama kan pandai main tipu belit).


- Keputusan DNA akan diperolehi dalam 2 hari lagi. (dari berita ini ditulis)


- T. Murugiah menafikan bahawa pejabat dia digeledah polis. Dia juga berharap agar spekulasi yang mengaitkan dia dengan suspect utama segera dihentikan. Pelbagai sms (konon nya lar kan tapi aku tak terima pun) disebarkan dengan mengaitkan kes ini kepada isu perkauman dan T.Murugiah. Di samping itu bloggers umno terus terusan menyebarkan fitnah apabila mengaitkan suspect utama dengan DAP. Tak faham apa kaitan kes neh dengan isu politik? Bloggers umno dah tak boleh nak bezakan lagi ke? 


- Keluarga mangsa bunuh mengharapkan agar terus diberikan sokongan moral dari rakyat.


- Dua suspect ditahan kerana mengugut isteri jutawan india yang hilang pada awal tahun ini. Kes ini dikatakan mempunyai kaitan dengan kes pembunuhan kejam sosilawati dan tiga rakan yang lain. 


- Pasukan forensik telah berhenti mengumpul bukti di tempat kejadian pembunuhan, dan kini lokasi pembunuhan boleh dimasuki oleh orang awam dan petugas media, namun dibeberapa lokasi pembunuhan ladang gadong,  masih terdapat polis yang mengawal dipercayai untuk mengelak kejadian yang tidak di ingini.


- Kes pembunuhan kejam sosilawati dan tiga rakan nya yang lain turut dilaporkan dalam beberapa media negara jiran.baca sini


- Ketua AMK keadilan Shamsul Iskandar mengatakan bahawa ada pucuk pimpinan tertinggi polis ada kaitan dengan kes pembunuhan kejam sosilawati. 


- Polis berkata mereka mempunyai bukti kukuh untuk mendakwa suspect utama dan suspect yang lain, akan tetapi mereka tidak berkuasa untuk memastikan kesemua suspect tersebut akan dihukum melalui proses undang2 mahkamah. Kesemua bukti tersebut akan diserahkan kepada AG gani patail (yang juga peguam negara) untuk mengemukakan pendakwaan dalam mahkamah ke atas pihak tertuduh. Baca ini juga


- T.Murugiah buat laporan sms fitnah terhadap nya berkaitan isu pembunuhan kejam sosilawati dan tiga rakan nya yang lain. Rujuk sini


- Kematian sarina jaafar iaitu salah seorang rakan kepada arwah sosilawati disahkan oleh polis tiada kaitan dengan kes pembunuhan kejam sosilawati dan tiga rakan nya yang lain. Kematian sarina jaafar dipercayai angkara dibelenggu masalah kewangan, keluarga dan peribadi.


- Seorang lelaki berusia 34 tahun ditahan berhubung kes kehilangan jutawan dari chenai, india oleh polis bagi membantu siasatan.


- Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat berharap agar semua keluarga mangsa pembunuhan sabar dan tabah dalam menghadapi situasi ketika ini. Sila baca sini lanjut.


- Senjata yang digunakan untuk memukul mangsa iaitu kayu kriket telah ditemui oleh pihak polis. Baca ini


- Kertas siasatan polis berhubungan kes kematian sosilawati dan tiga yang lain sudah siap dan akan diserahkan kepada AG selewat-lewatnya isnin ini untuk mengemukakan pertuduhan ke atas ke atas suspect2 pembunuhan. Pihak Polis kini hanya menunggu hasil/laporan penuh Ujian DNA bagi membuktikan bahawa keempat2 mangsa bunuh tersebut adalah sama seperti dalam pengakuan suspect dalam tahanan polis.Lihat ini




Ameno : Polis neh cekap dalam kes2 tertentu je napew enh? Baru2 ini kat tv3 ada satu iklan yang memaparkan hampir kesemua kes pembunuhan kejam yang berlaku dari beberapa tahun yang lepas (termasuk kes mona fandey) tetapi semasa iklan menyayat ahti tersebut dipaparkan, saya jadi binggung kerana kenapa kes pembunuhan kejam Altantuya tidak diselitkan sekali? Bukan kah pembunuhan tersebut turut kejam? Di bom dengan C4.. 

Tiada ulasan