t>

Breaking News

KPN perlu jelaskan dakwaan MUSA berasas atau tidak.

Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Ismail Omar perlu menjelaskan pendirian sama ada dakwaan Tan Sri Musa Hassan berhubung campur tangan pihak ketiga terhadap Polis Diraja Malaysia (PDRM) berasas atau tidak.
Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, jika berasas, apakah tindakan lanjut yang akan beliau ambil untuk memastikan campur tangan pihak lain tidak berulang dan menjadikan PDRM bebas daripada menjadi orang suruhan kepentingan politik seperti dakwaan Musa.
Jika tidak benar, soalnya, bersediakah Ismail membuat laporan polis ke atas bekas KPN itu untuk disiasat dan diambil tindakkan kerana memburukkan nama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan PDRM sendiri yang dilihat menjadi orang suruhan pihak lain.
Ini, kerana kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu dalam satu kenyataan kepada Harakahadaily, KPN baru dilantik dalam suasana Musa mendakwa ada campur tangan dan arahan pihak lain ke atas pegawai.
Menurutnya, pernyataan pendirian Ismail sangat penting bagi meletakkan kembali kepercayaan terhadap PDRM sebagai institusi yang dipayungi Raja-Rraja Melayu akan dihormati oleh semua pihak.
Katanya, kegagalan Ismail menyatakan pendirian terhadap Musa adalah merupakan permulaan kegagalannya sebagai KPN kerana membiarkan institusi di bawah Raja-Raja Melayu terus dicabuli.

Ameno : Ex-KPN vs KPN baru.
sumber : dari sini

1 ulasan

Anonymous berkata...

pi mampus la ko mahfuz..dulu kasi can wt ceramah sempena maulidul rasul,tp ape ceramah ko kasi?ceramah fitnah kate bapak aku makan duit haram masuk neraka nk jumpe kt padang masyar buat perhitungan.bodoh punye mahfuz