t>

Breaking News

Kronologi lengkap kes pembunuhan kejam sosilawati! (Updated)

Jika anda belum membaca kisah ini dari permulaan, saya sarankan anda baca dulu disini. Artikel ini adalah sambungan dari artikel tersebut. Ini adalah bahagian kedua kisah pembunuhan kejam yang membabitkan ahli jutawan kosmetik terkenal Datok Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shamsudin, Noorhisham Mohammad dan Ahmad Kamil Abdul Karim.






21. 12 sept - Setelah berita penemuan mayat (tulang dan abu mangsa) dihebahkan, suspect yang dikenalpasti ditangkap, keluarga bagi keempat-empat mangsa pembunuhan kejam ada yang redha menerima keputusan ada yang tidak dapat mengawal perasaan dan emosi. sila baca ini dan ini juga iniAnak kepada pemandu peribadi DS iaitu balqis (anak sulung) dan Izran Akmal dilaporkan sakit dan tidak mahu menerima berita kematian ayah mereka. Kamaruddin sepatutnya merayakan aidilfitri pada tahun ini bersama ketiga2 anak kandung nya di kampung halaman nya, setelah bercerai dengan isteri pada tahun 2007, mereka menyambut raya dengan anak2 secara bergilir. Tahun ini sepatutnya adalah tahun kamaruddin bersama anak2 nya, sebelum dilaporkan hilang dan kemudiannya ditemui mati dibakar. Kamaruddin memiliki studio muzik di kuantan. Dia mula berkerja dengan sosilawati selepas diperkenalkan oleh nash. Manakala isteri Noorhisham masih trauma dan tidak mampu membawa berita di suratkhabar. Anak2 Noorhisham juga dilaporkan 'meraung hiba' tatkala berita melaporkan penemuan mayat bagi keempat-empat mangsa yang hilang sejak 30 ogos yang lepas. Tiada sebarangan berita dari keluarga arwah  Ahmad Kamil. Dipercayai keluarga peguam  Ahmad Kamil masih dalam tempoh bertenang bagi menghadapi berita yang amat mengejutkan ini.




22. 12 Sept - Pada petang selepas sosilawati dan tiga yang lain disahkan telah mati dibunuh dengan kejam, pihak polis telah membawa suspect untuk mengesan maklumat/bukti yang berkaitan di sekitar lokasi pembunuhan. Pihak polis percaya hasil keterangan suspect dapat membantu pihak polis mengesan cebisan tulang, dan peralatan/gadget milik keempat-empat mangsa sebelum mereka dibunuh bagi mengesan sebarang bukti terbaru yang boleh membantu siasatan polis. Dalam pada itu, anak sosilawati mendakwa bahawa dia tidak akan membuat sebarang keputusan sehingga pakar forensik mengesahkan bahawa mayat yang dibakar turut mengandungi dna milik ibu nya. Isteri kepada Noorhisham juga membuat keputusan yang samaBaca sini


23. 12 sept - malam. Nash mengakui sebak ketika mengetahui sosilawati mati dibunuh dengan kejam. Sila baca ini


24. 13 sept - Anak sulung sosilawati melaporkan kepada media bahawa arwah ibunya datuk sosilawati berkeras mengajak agar anak nya turut menemaninya ke banting untuk menguruskan pembelian hartanah (tanah tersebut terletak di pulau pinang) tetapi dia enggan kerana terpaksa menguruskan satu majlis berbuka puasa bersama teman2 lama sekolej yang dia anjurkan.




25. 13 sept - awal pagi. Satu persatu misteri mulai terungkai apabila pihak polis mengumumkan bahawa keempat2 mangsa telah ditikam berkali2 dengan senjata tajam hingga mati, setelah mati (kehilangan darah dan luka teruk) mereka kemudian nya dibakar dengan menggunakan minyak petrol (simbah minyak petrol terhadap kesemua mangsa bunuh) bagi menghilangkan bukti fizikal agar siasatan sukar dijalankan kelak. Dan apa yang amat memilukan sekali, operasi pengkuburan mayat mereka diperlakukan seumpamanya adat orang HINDU!! Mereka berempat adalah orang islam, yang lahir islam dan sepatutnya dikuburkan cara islam. Dengan membakar mereka dan membuang abu mereka di sungai seolah2 memberikan persepsi adat tersebut mempunyai persamaan dengan adat hindu. Sudahlah dibunuh dengan kejam, pegawai bank, peguam dan pemandu yang tiada kaitan turut sama dibunuh tanpa sebab, selepas itu mayat mereka pula diperlakukan umpama adat hindu, kenapa kejam sangat pembunuh ini? Alangkah sedihnya perasaan ahli keluarga terutamanya anak2 kecil yang tidak tahu apa2 kehilangan ayah tercinta tatkala ramadhan hampir berlalu dan syawal bakal menjelma. Berita tentangnya boleh dirujuk di sini dan sini.


26. 13 sept - pagi-tengahari. Inilah keadaan lokasi tempat mayat dibakar, terdapat helikopter yang berlegar2 dipercayai pemberita yang membuat liputan berita dan kelihatan pihak polis dan pasukan forensik berlegar2 dikawasan sekitar bagi mencari bukti. Pihak polis menutup laluan bagi memudahkan siasatan dijalankan. Lokasi mayat/kesan pembakaran mayat ditemui di kawasan ladang ternakan gadong, tanjung sepat.






27. 13 sept - Wakil media dari malaysia insider, jurukamera ntv7 dan XINHUA NEWS AGENSY ditahan polis sebab menceroboh kawasan siasatan. Rujuk sini


kawasan tempat pembunuhan berlaku.


28. 13 sept - Keluarga arwah kamaruddin shamsuddin melakukan solat sunat ghaib. Solat sunat (jenazah) ghaib dilakukan sebab kedudukan mayat mangsa tidak dapat dikesan (tidak dapat hadir dalam bentuk jasad). 


29. 13 sept - Ibu sosilawati tidak dapat menerima berita kematian anaknya. Suasana kampung kelahiran sosilawati berada dalam keadaan terkejut dan suram setelah menerima berita tersebut. Wartawan dari pelbagai media juga ke kampung/tempat kelahiran sosilawati bagi menemubual penduduk yang mengenali arwah.


30. 13 sept - malam. Berita pembunuhan kejam sosilawati dan tiga yang lain mengisi di kesemua berita utama tanpa mengira bahasa. Keluarga sosilawati memaklumkan akan melakukan solat sunat ghaib setelah pakar forensik mengesahkan bahawa ibunya turut mati dibunuh. Anak keempat sosilawati yang berusia 21 tahun tidak dapat menahan sebak dan tidak mahu menerima bahawa ibunya telah mati dibunuh dengan kejam tanpa ada laporan forensik yang mengesahkan perkara tersebut.


31 13 sept - T.Murugiah (Timbalan menteri di jabatan perdana menteri, Senator) mengakui mengenali suspect sepintas lalu melalui siaran berita. Suspect juga dilaporkan mahu berkerjasama dengan T.Murugiah, kerana suspect dipercayai selalu menaja program anjuran MIC. (salah seorang penaja/penderma aktif bagi MIC) Baca lagi disini






32. 13 sept - Jam tangan mewah sosilawati dipercayai antara bahan bukti penting sehingga menyebabkan suspect berjaya diberkas/ditahan oleh pihak polis. Suspect yang telah membunuh keempat2 mangsa dengan kejam dipercayai telah mengambil jam tangan mewah itu sebagai 'kenang-kenangan' (or sebenarnya sayang nak bakar barang mahal?) bagi memperingati pembunuhan kejam tersebut. Tinjauan petugas media dikawasan lokasi kejadian juga didapati petugas forensik telah membuat 'marking' dan menyusun (organize) setiap satu bahan bukti, dna, tulang, rambut dan abu di atas jalan, yang dipercayai dapat membantu siasatan pembunuhan kejam tersebut.




33. 14 sept - Suspek utama pembunuhan kes sosilawati dan tiga yang lain dibawa ke pejabat suspect yang terletak di pekan banting. Susulan dari kunjungan tersebut, polis merampas beberapa bahan bukti antara nya ialah tujuh CPU dan beberapa dokumen. Lihat sini detail. 


34. 14 sept - Menteri di jabatan perdana menteri, Sharizat jalil melarang rakyat menyimpulkan kes pembunuhan kejam ini sebagai satu kes pembunuhan perkauman. Baca sini lanjut.


Ameno : Akan update dari semasa ke semasa kelak. 



1 ulasan

l0veyd0veyd00 berkata...

Thanks for your post...