Laporan terbaru kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain! Updated!
Pihak polis melarang media terutamanya media arus perdana menyiarkan spekulasi yang melampaui batas terhadap kes pembunuhan kejam yang membabitkan orang kenamaan, jutawan kosmetik, datuk sosilawati lawiya, pemandu peribadi datuk sosilawati, kamaruddin shamsudin, , peguam kepada datuk sosilawati, ahmad kamil abdul karim, dan pegawai bank cimb, noorhisham mohammad.
Pihak polis juga berkata bahawa kemungkinan media dan editor yang terlibat akan dipanggil untuk membantu siasatan, dan melarang pihak media menjadi 'juri' membicarakan kes yang masih dalam siasatan polis.
Terbaru menerusi buletin utama terdapat beberapa perkara dilaporkan updated kepada kes pembunuhan kejam datok sosilawati dan tiga yang lain, berikut adalah update yang terdapat dalam berita jam 8 sebentar tadi.
- 6 zink yang digunakan untuk melapik mayat selepas mangsa-mangsa dibunuh (ditikam bertubi2 hingga mati) ditemui dalam sungai selepas diberitahu salah seorang suspect kepada pihak polis.
- zink tersebut mempunyai kesan terbakar, suspect juga menyatakan kepada pihak polis mereka membuang zink tersebut ke dalam sungai selepas mangsa-mangsa pembunuhan dibakar bagi membuang bukti.
- sebilah pisau ditemui dalam sungai, namun suspect (yg dibawa ke tempat kejadian, bukan suspect utama) menafikan ianya milik mereka ataupun senjata pembunuhan.
- muka suspect diselindungi oleh pihak polis, sehingga kini saya tidak menemui kewajaran pihak polis menutupi muka suspect2 tersebut. (adakah mereka suspect / saksi sebenarnya? mungkin bertukar menjadi saksi apabila sudi membantu siasatan? )
- pasukan forensik masing meneruskan siasatan hingga ke hari petang bagi mengumpul bukti, dan siasatan di tempat kejadian akan bersambung awal esok pagi.
- Polis mengaitkan peguam (suspect utama)berkemungkinan terlibat dengan kes pembunuhan 4 peguam yang lain. kes pembunuhan termasuk pembunuhan seorang wanita didepan rumah suspect utama turut dibuka untuk siasatan semula. lihat sini
- Polis juga tidak menolak andaian bahawa kemungkinan pembunuh profesional terlibat dalam kes ini. Pihak polis sedang menyiasat samada kedua adik beradik tersebut ada menggunakan khidmat samseng dan pihak tertentu bagi melakukan rancangan pembunuhan keempat2 mangsa terbabit.
- Harta milik suspect utama sedang dalam proses untuk disita akibat suspect utama memiliki kekayaan yang 'luar biasa'.
- Polis memberitahu kepada pihak media bahawa suspect utama menjadi ahli seumur hidup bagi sebuah parti politik, namun pihak polis tidak mengumumkan parti politik apa yang disertai oleh suspect utama terbabit.
- Suspect utama juga didapati pernah muncul beberapa kali di dalam laporan berita menerusi kes2 yang dikendalikan oleh dia, antaranya kes ganguan seksual dan kes penganiayaan majikan ke atas pekerja mereka.
- Suspect dilaporkan selalu memberikan khidmat guaman secara percuma bagi menarik ramai pihak untuk melanggan firma yang dia miliki disamping mempromosikan firma tersebut.
- terdapat satu kemalangan yang membabitkan iswara putih di hadapan bangunan pejabat yang dimiliki oleh suspect utama. baca sini lanjut
- Desakan meminta supaya suspek utama iaitu peguam bergelar Datuk mengembalikan wang miliknya dipercayai menjadi punca jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga lelaki bersamanya dibunuh dengan kejam.Akibat dihantui rasa tamak, suspek yang berusia 41 tahun itu dikatakan enggan memulangkan wang tersebut dan hilang sifat kemanusiaan sehingga tergamak membunuh keempat-empat mangsa. Sosilawati telah menggunakan khidmat firma guaman suspek untuk mengemukakan tender tawaran untuk membeli sebidang tanah di Pulau Pinang.Bagaimanapun usaha untuk mendapatkan tanah terbabit dipercayai gagal menyebabkan Sosilawati menuntut supaya wang miliknya berjumlah jutaan ringgit yang sudah diserahkan kepada suspek dipulangkan. Menurut sumber, berikutan desakan oleh jutawan kosmetik itu, suspek akhirnya mengatur pertemuan dengan Sosilawati di pejabatnya di Banting, Selangor pada 30 Ogos lalu kononnya untuk memulangkan wang milik mangsa.Namun, bagi memastikan dirinya tidak ditipu, Sosilawati dikatakan membawa bersama pemandu yang juga pembantu peribadinya, Kamaruddin Shamsudin, 44; pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadinya, Ahmad Kamil Abd. Karim, 32, untuk menemaninya berjumpa dengan suspek.Difahamkan, suspek yang mungkin tidak menyangka Sosilawati membawa ramai pembantu kemudian mengajak kesemua mangsa pergi ke ladang miliknya di Ladang Gadong, Tanjung Sepat, Banting untuk berbincang di situ kerana kononnya pejabat guamannya sudah ditutup.Sebaik sahaja tiba di ladang yang terlindung itu, semua mangsa telah ditahan sebelum dibunuh oleh suspek bersama beberapa konco-konconya yang kini turut ditahan oleh polis.
Sumber utama dari sini
Ameno : Pembunuh neh memang kejam, takde ahti perut, bunuh, then bakar, nak2 tiba syawal lak tue..
1 ulasan
boleh caye ke?? kalau mcm tu kenape mangsa yg bawak rm 4 juta??
Catat Ulasan