Minyak naik lagi, OneMalaysia kena belit!
Sapa tahu bahawa harga minyak sudah dinaikkan sebanyak rm0.05 sen bagi RON 97? rasanya ramai yang tak tahu pasal perkara neh sebab memang langsung tiada pengumuman dibuat oleh kerajaan pun ketika mereka naikkan harga minyak neh!
Usah kata kerajaan, seluruh media massa, tv, internet pun tak tahu. Yang boleh jadi tahu, hanya jika mereka check resit minyak, ble dah check resit, mula la tersebar dikalangan masyarakat, ble owang dah soksek2 sana sini, barulah ada owang2 yang main internet keluarkan cerita neh.. macam aku pun tahu dari sini
So pepagi tadi, lepas dapat tahu melalui artikel tersebut, aku pun sesaja la pergi isi minyak padahal dah isi semalam, untuk pastikan bahawa memang minyak dah naik harga, so memang betul yang minyak dah naik sen. GILA! Aku sempat tanya tanya pekerja station petronas tue, tapi dia boleh diam je.. aku tanya dalam dua tiga kali gak lepas tue baru dia jawab "Entahlah saya taktahu apa2la saya cuma pekerja jer kat sini" aisehmen apsal dia bersikap macam tue? aku pun BLUR!
Naik senyap2 langsung taknak umumkan, aku pun heran kenapa? terdesak sangat ke kerajaan sampai perlu buat taktik macam neh? Memang terdesak pun aku rasa. Ble aku tanya pekerja petronas tue, bila minyak naik? dia boleh pula jawab taktahu..? taktahu kepala hangok ko! (cakap aku dalam ahti lar) dah kerja kat situ takan boleh plak taktahu ble minyak nek? last2 aku mesej member2 aku inform menda alah neh.. ceh rupanya aku memang ketinggalan keretapi, hampir 70% member2 aku seme tahu minyak nek, cuma aku je yang tak tahu kahkahkah.. neh la akibatnya ble MALAS nak check resit! hah ambek ko!
Tapi terdapat confussion / kekeliruan tarikh sebenar bila minyak nek rega sebenarnya. Ada member inform minyak nek semasa bulan puasa, dua tiga hari raya, ada member inform dia sedar masa raya, tengah kecoh2 isu pembunuhan kes sosilawati tue menyebabkan kita seme alpa bahawa minyak telah dinaikkan! aku pun tak AWARE ble menda neh berlaku, tapi yang pasti minyak memang dah naik rega.. satu malaysia kena belit weh..!
Pada penyokong2 UMNO tue macam biasalah mana nak sokong kita kan ble kita bising2 minyak naik pada dowang angka 0.05 sen tue angka kecik, patutlah spekulasi harga2 product tenusu akan dinaikkan pada akhir tahun neh agaknya ada kaitan kot dengan kenaikan minyak secara senyap2 neh..? WOW..
Jika merujuk Statistical Review of World Energy yang dikeluarkan oleh British Petroleum, penggunaan minyak di Malaysia juga menunjukkan peningkatan sehingga 499 ribu tong sehari pada tahun 2006. Sekarang 2010 sudah pasti dah lebih. Letaklah 500ribu tong sehari X 159 X 5 sen ( 1 tong = 158.987liter). persamaan = RM 3975000! KAH KAH KAH!
So banyak ke tak banyak kenaikan 0.05 sen tue? cuba fikir semula baik2.. kalau sehari 0.05 sen, kali kan dengan ratus ribu pengguna so banyak ke tak banyak keuntungan yang 'MEREKA' perolehi?
Oleh itu kerana langkah2 penyeragaman harga (bahasa baru bagi kenaikan harga) dibuat bukan untuk melindungi kepentingan kita sebaliknya untuk melindungi kepenting pemimpin2 kerajaan, manakala kita pula terus terusan terpaksa berhadapan dan menghadapi pelbagai macam masalah dan bebanan kenaikan sehingga ramai diantara yang kita semakin lama semakin tersepit dengan beban kewangan. Bila ada yang mula complaint mereka hamburkan kita dengan kata2 'berjimat cermat' dan yang lebih parah mereka sanggup buat iklan 'jimat cermat' daripada hulur kepada golongan2 yang memerlukan.. duit ada, peruntukan ada, tapi penggunaan tue tak tepat dan tak kena cara.
Kalau barangan naik, petrol naik, gaji naik takpe, ataupun harga2 lain macam kereta dan barangan elektrik murah takpe kita still leh survive, tetapi setiap kali minyak naik dengan kepala2 kita sekali naik angin sebab kenaikan satu barang (minyak) akan mempengaruhi harga barang2 lain, suka atau tidak suka, kerajaan memang tak mampu kawal perkara neh, bercakap depan tv, memberikan jaminan kepada rakyat memang mudah, tetapi hasil/keputusan yang kita sebagai rakyat dapat akhirnya tetap akan menyusahkan dan mengenakan kita dari pelbagai segi.
Aku pun taktahu tang mana lagi nak berharap pada kerajaan yang macam neh..? Yang membebankan dan menyusahkan rakyat.. kenapa masih ada lagi manusia2 yang tegar membela mereka sedangkan mereka neh pemimpin2 zalim yang mencengkik rakyat demi kepentingan mereka sendiri?
Ameno : OneMalaysia Onebelit!
Tiada ulasan
Catat Ulasan