t>

Breaking News

SKMM akan tutup operasi The Malaysia Insider?







Nampaknya Portal berita The Malaysia Insider sedang berhadapan dengan situasi getir, bertubi2 serangan dan laporan yang dibuat oleh penyokong2 umno/kerajaan terhadap laman web berita tersebut. Semua itu dilakukan bagi memastikan The Malaysia Insider ditutup terus daripada beroperasi. Jika The Malaysia Insider tutup ini bermaksud kurang lagi satu sumber maklumat yang kita sebagai rakyat boleh baca. Lagipun The Malaysia Insider hadir dalam two version, satu english satu bahasa melayu so ini memudahkan bagi yang tak faham english, ada option bahasa melayu, pada yang tak fasih bahasa, boleh read news in english, tak sama macam laman web berita yang lain kebanyakkan terbit dalam bahasa english, so pada mereka yang tak fasih bahasa english tentu sukar membaca dan memahamkan maksud satu2 perkara, sekaligus menyebabkan mereka gagal memahami perkara yang sebenar. 


Dan selalunya laman web macam neh seringkali membongkar berita2 yg telus tanpa BIAS or memuji2 pihak lain terlampau2 macam yang dilakukan oleh utusan malaysia or berita harian. Ini membuatkan ramai orang lebih selesa membaca portal berita sebegini. Dan jika benar SKMM bertindak menutup operasi The Malaysia Insider atas alasan portal tersebut menghasut rakyat malaysia untuk membenci kerajaan, maka portal utusan malaysia juga harus ditutup, malahan akhbar terbitan utusan harus diharamkan terus, sebab paper tersebut  telah terbukti memecahbelahkan keharmonian rakyat di malaysia malahan sudah banyak kali dicekup melaporkan perkara yang salah (menyelewengkan fakta). Saya percaya andai RAIS minta bukti beratus2 rakyat malaysia boleh bagi bukti tersebut kepada rais dan SKMM, soalnya kini adakah RAIS berani minta bukti dari rakyat malaysia? sekarang neh kami selaku rakyat malaysia dengan berani mahukan bukti semua tuduhan ke atas The Malaysia Insider adalah  benar lagi berfakta, ataupun adakah hanya kerana The Malaysia Insider tak pandai membodek dan mengampu macam utusan malaysia menyebabkan mereka dituduh sebagai penghasut? 


Mungkin Rais terlupa, bahawa blog2 penyokong UMNO la yang merupakan penghasut sebenarnya bukan nya the malaysia insider, rasanya dah banyak kali bukti diberikan dan ditunjukkan tapi sayangnya sikap double standard yang ditunjukkan oleh kerajaan benar2 mengecewakan sekali. Contohnya dalam kes yang membabitkan ugutan bunuh terhadap DSAI dan menghina TGNA serta islam langsung tidak diambil peduli oleh kerajaan sebaliknya kes2 yang menghina umno diperbesar2kan pula. Dan tak lupa isu super-impose yang mengaibkan tgna, lge dan anwar ibrahim. Bila masa kerajaan 'care' dengan isu hasutan bila mana kerajaan juga sibuk tutup mata bila penyokong mereka menyebarkan hasutan? Dan terbukti. Tak tahu lagi kat mana dan apa yang the malaysia insider menghasut sehingga laporan polis dibuat, meskipun kelihatan nya rais dan SKMM 'steady' menanggani isu ini, saya percaya mereka bukan nya sangat 'steady' sebagaimana air muka mereka, plan sedang dirangka bagi memastikan the malaysia insider lupus, almaklumla berita the malaysia insider percuma dan telus, sapa2 pun akan dengki kalau macam tue.


Apakah satu2 suratkhabar or portal berita diwajidkan untuk mengampu pemimpin2 malaysia? Boleh SKMM berikan satu garis panduan yang jelas etika bagaimanakah satu2 portal berita, blog, facebook, dan twitter harus berpegang? Jika menyebarkan kebenaran itu satu kesalahan saya mahu tahu kenapa. Kenapa kebenaran itu begitu ditakuti oleh rais dan SKMM? Adakah kemungkaran, kezaliman itu satu perkara yang mesti dipatuhi di sini? Sejak bila kami WAJIB membodek demi memuaskan nafsu segilintir pemimpin2 yang tamak haloba, rakus dan gila kuasa? Menyekat The Malaysia Insider dan mengawal semua penulisan dan pembongkaran konspirasi oleh aktivitis penyokong pembangkang hanya akan membuatkan BN lebih teruk dari biasa, jatuh cepat dari yang dijangka. Tak percaya? Sila buat, kami cabar.


respon balas dari sini


Ameno : Ameno mungkin tersenarai dalam -list nama aktivitis pembangkang yang sedang tunggu masa untuk ditangkap- !

3 ulasan

Zinedine Zaiddin berkata...

Betul betul betul..aku rasa banyak kali jugak Utusan Malaysia kantoi seleweng fakta, putar belit kenyataan orang....

Anonymous berkata...

utusan = kosong

utusanlah berita yg tiada fakta, putar belitkan kenyataan.
semua rakyat sudah bangun.


Ameno mungkin tersenarai dalam -list nama aktivitis pembangkang yang sedang tunggu masa untuk ditangkap- !

rujuk perkara di atas: janganlah ameno kena ditangkap kerana bro ameno tak buat salah....bro ameno cuma kongsi pendapat yang baik & yang buruk, kitalah yg kena pikir!! harap-hara jangan^^

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

nama saya tersenarai berdasarkan beberapa amaran yang telah saya terima sebelum ini