t>

Fakta Insiden Aminul Rashid..

Satu lagi kes, yang membabitkan nama baik PDRM kini telah pun bermula. Proses penghakiman mahkamah di mulakan setelah kes ini menjadi HAVOC berbulan2 lama nya. Mari kita lihat beberapa perkara berkaitan kes ini.

1. Aminul rashid adalah seorang remaja yang berusia 15 tahun ketika mati ditembak polis.

2. Ketika kejadian tersebut berlaku, aminul baru habis menonton perlawanan bola sepak, disebuah kedai mamak, bersama rakan baik nya, iaitu Azamuddin Omar. 

3. Arwah memang memandu kereta kakak nya, tanpa lesen.

4. Arwah memang keluar tanpa pengetahuan ahli keluarga kerana menerima panggilan telefon dari Azamuddin Omar yang meminta tolong arwah menjemputnya, kerana motor dia rosak/pancit.

5. Atas dasar sahabat baik, arwah pergi. Kalau kita di tempat arwah pun, saya percaya kita akan pergi. semua orang sayang kawan baik mereka, teman yang paling akrab, bila minta tolong, jarang/sukar kita nak tolak permintaan mereka bukan?

6.Ketika dalam perjalanan pulang, mereka telah terserempak dengan kereta polis.

7. Mereka berdua berada dalam keadaan yang ketakutan. kerana apa? kerana kedua2 tiada lesen, bimbang kena tahan. ini adalah ketakutan yang normal bagi remaja yang berusia 15 tahun, yang kurang ilmu pasal undang2. Jika mereka ada pengetahuan undang2, sudah pastila mereka tidak setakut itu, mereka tidak salah. Sistem pendidikan negara kita, tidak didedahkan utk mempelajari undang2 dalam usia yang semuda itu. Salahkan sistem pendidikan kita. Bukan anak2 remaja kita.

8. Atas dasar takut, mereka tidak memberhentikan kereta. Mereka terus membuat keputusan untuk memandu tanpa berhenti. 

9. Pihak polis salah sangka, sepatutnya melihat ketinggian suspect mereka patut faham benar, manusia yang berada dalam kenderaan terbabit mungkin seseorang yang masih muda usia nya. Polis salah sangka, mereka berfikir mungkin penjenayah melarikan diri. Disini, polis telah bersepakat untuk melepaskan tembakan yang bertubi2 ke atas kenderaan mangsa.

10.Mangsa, dan rakan mangsa yang ditembak, tentu akan berasa lebih takut lagi. Oleh itu, mereka berdua, memberhentikan kereta, tanda menyerah.

11. Tapi sayang nya arwah, telah terbunuh akibat ditembak polis.

12. Kejadian ini cuma salah sangka, dan kesilapan pihak polis. Mereka telah syak seorang remaja yang tidak berdosa sebagai penjenayah. tetapi itu tidak apa2, segala kesalahan harus dimuktamad, dan diakui kesilapan nya.  Insya-Allah, jika PDRM mengakui,  saya percaya tragedi ini akan dijadikan iktibar buat rakyat malaysia.  Malangnya mereka tidak...

13. AkaN tetapi, pihak polis tidak mengakui kesilapan mereka. sayang bukan? Mereka memilih menuduh suspect sebagai penjenayah. seorang penyamun, dan berkata menemui parang di dalam kereta milik suspect (ketika itu arwah diberikan gelaran penyamun melalui paper utusan).

14. Mujur, rakan mangsa sempat melarikan diri. Dia telah menceritakan semua nya kepada MP Khalid samad yang juga ahli parlimen shah alam, dari parti PAS. Dan sewaktu, membaca berita tentang ini yang tersiar menerusi malaysiakini, seorang yang saya kenali di internet telah membuka satu group justice for aminulrashid lalu mengajak saya menjadi co. admin kerana saya cukup lantang menyuarakan keadilan di group kami benci saiful bukhari. Saya menerima jemputan dia sebab merasakan arwah memang layak mendapat pembelaan.

15. Rakan arwah telah menerangkan begini ketika kejadian ; 

Pada malam kejadian, ketika bertolak pulang ke rumah masing2, mereka telah bertembung dengan kereta polis. Kerana masing2 tiada lesen dan ketakutan, mereka melepasi roadblock, dan telah ditembak bertubi2 oleh pihak polis yang menyangka mereka adalah penjenayah. Arwah aminulrashid yang juga adalah pemandu kenderaan tersebut, mati ditembak ketika berada dalam kereta, atas alasan mengundurkan kereta, yang mana pihak polis ingat arwah nak melanggar polis, sedangkan menerusi rakan arwah, arwah telah mati ditembak ketika masih memandu. Kenderaan terhenti secara tiba2 kerana pemandu tiada daya untuk memandu. Jadi alasan yang diberikan oleh pihak polis adalah tidak tepat merujuk kepada situasi sebenar. Arwah terkulai di badan rakan mangsa pada ketika itu. Selepas polis mengerumuni kereta kakak arwah, rakan arwah ditarik keluar dari kereta dan tanpa diberikan peluang utk mempertahankan diri, dia dibelasah, dia yang pada ketika itu ada mengatakan "minta maaf" beberapa kali. Mungkin, pihak polis terkejut bila mendapati, arwah yang telah ditembak mati, adalah seorang BUDAK! Jadi, kekecohan berlaku, dan rakan mangsa dapat melarikan diri. Seterusnya mendapatkan bantuan ahli parlimen PAS untuk menuntut pembelaan bagi kes ini.

16. Rakan dan juga mangsa kejadian ini dibelasah bertubi2. Dia masih trauma kerana arwah, yang juga sahabat baik dia, terkulai di badan-nya sendiri, dalam keadaan yang berlumuran darah. Dia teruk diherdik dan dihentam bertubi2 bagi mereka yang mencinta lans kops. jenai. menerusi media internet dan media massa. Dan, ada yang mempertikaikan cerita dia. 

17. 17 peluru ditemui di tempat kejadian. 17 butir peluru. untuk menembak 2 orang remaja yang tidak bersalah. berapa butir? 17 butir. Terbaru berdasarkan kepada penemuan pakar forensik, 22 butir peluru ditemui untuk menembak seorang budak yang tidak tahu apa2.

18. Adakah langkah polis terhenti disitu? tidak.  Mereka tidak mengakui kesalahan mereka. Mereka tidak menarik semula gelaran penjenayah terhadap arwah. Mereka tidak membuat sidang media minta maaf, meskipun itulah yang diharapkan oleh keluarga arwah aminulrashid.

19. Menerusi beberapa portal internet, pelbagai takrifan negatif yang arwah dan rakan arwah dapat... "penjenayah, penyamun, kecik2 taknak mati, besar2 menyusahkan orang, budak jahat, anak liar, biadap, pasal dia polis kena kutuk' dan etc.. tak silap saya ada satu group yang mengumpul bukti2 kata2 kesat terhadap arwah dikumpulkan di facebook, jika berkesempatan saya akan letakkan link dia disini kelak.

20. Rakan arwah juga teruk diherdik dan dihentam tanpa belas kasihan, malahan blogger umno mengelarkan macam2. Lupa kah mereka arwah masih seorang remaja? Dan, masih trauma? Mereka membela pihak polis, tidak salah tetapi bela la polis yang cekap menjalankan tugas, bukan membela semua polis tanpa ada perbezaan baik-buruk. 

21. Rakan arwah berkali2 menegaskan bahawa mereka bukan perompak aka penyamun.

22. Pihak polis perlu membersihkan nama arwah 


- pertama arwah bukan penyamun

- tiada parang dalam kereta

- sidang akhbar konon nya polis berjaya menghapuskan penjenayah adalah karut.

- tiada brek, undur kereta berlaku ketika kejadian, bagi mematahkan hujah polis konon nya mereka mempertahankan diri.


-kedudukan suspect, yang dikalih selepas terbunuh, kenapa?


-Rakan mangsa juga didakwa, dia cuba dibunuh bagi menutup kesalahan pihak polis.

23. Dalam pada itu ;

- laporan negatif tentang arwah, umpatan, cacian, hinaan, keji dan pelbagai bahana yang arwah terima, siapa yang nak tolong bersihkan?

- Arwah, pergi tanpa mampu membela diri nya sendiri, siapa yang boleh jawab ini?

- Air mata ibu, keluarga arwah ketika membaca kepalsuan pihak polis menerusi media utusan, dan tv, konon nya arwah seorang penjenayah, siapa boleh lupakan?

24. Pihak polis mengambil masa agak panjang untuk mendedahkan senarai polis yang terlibat dan pihak yang menembak, kenapa?

25. Kes ini, juga berjalan sangat perlahan dan lambat, adakah kerana arwah orang biasa dan bukan orang kenamaan seperti sosilawati? ataupun kerana kes ini mencemari imej PDRM itu sendiri?

Ameno : Akhir kata dari saya, pihak polis sudah banyak kali membantu rakyat malaysia, cuma bukan semua polis benar2 buat kerja. Pada polis yang bertanggungjawab, saya ucapkan terima kasih dan teruskan usaha anda, anda akan terus mendapat sokongan dari rakyat jelata, dan pada polis yang biadap, kurang ajar, tiada intergriti, menerima rasuah dan suka tembak situ sana sini, akan sentiasa dikecam oleh rakyat malaysia tanpa henti. Dan polis juga adalah manusia,  bila berbuat salah, lebih baik minta maaf, daripada menutup keaiban sendiri. Saya percaya, rakyat malaysia kini sudah matang dan cerdik, andai polis mengakui kesilapan mereka ketika kes ini mula2 dihebohkan, insya-Allah, majoriti rakyat malaysia akan memaafkan mereka. Namun sayangnya mereka tidak, mereka la yang mencemari institusi kepolisan negara, bukan orang awam, bukan penjenayah, bukan media massa, tetapi polis itu sendiri.

Anda digalakkan membaca lanjut bagi memahami fakta kes ini, berikut adalah link2 yang boleh menjadi sumber bacaan anda


http://www.malaysiakini.com/news/132311
http://www.malaysiakini.com/news/145045
http://www.malaysiakini.com/news/145189
http://www.malaysiakini.com/news/131602
http://www.malaysiakini.com/news/132835
http://www.malaysiakini.com/news/137132
http://www.malaysiakini.com/news/137203

14 ulasan

Anonymous berkata...

awak x tau keadaan sebenar waktu tu awak main tuduh je...sy tau la sebab sy bersaudara dgn polis berkenaan...sila jg sikit adab ketika membuat statement ye...kalau awak terer sgt dalam berkata2 kenapa x dr awal lg awak jd peguam...no point la awak buat statement kt sini...

Anonymous berkata...

peduli hape ko bersedara ke tidak dgn polis tu.
pemilik blog ni cuma nak menyenaraikan apa kebenarannya.
ko tu yg patot pikir dan tegur dengan cara yang baik.ko tu yg x ada adab.such a child.ahaha.

Anonymous berkata...

x beguna....arwah sudah pergi..biarkanlah...nk diungkit mcm monyet buat pa...useless

r3dzuan berkata...

owh so macam mana keadaan sebenarnya...boleh tembak sesuka hati ke atau mcm mana...bole terangkan tak dgn lebih lanjut..

Anonymous berkata...

ckp x pki otak..klu laa ank kau yg mampus x per jgk nk biarkn

Anonymous berkata...

pd pendapat sy kan kpd blogger yg tulis ni..kalo la nak cite pasal arwah dan ketidakadilan xyah la selit umno and pas. blogger umno ktuk and ahli pas membantu.. nampak sgt la.... jgn marah.tau.. kata kebebasan pendapat..
cukupla tulis "pihak tertentu" x yah tulis umno or pas. macam nak tunjuk keburukan umno dan kebaikan pas. menangguk di air keruh ke?

mega818 berkata...

------awak x tau keadaan sebenar waktu tu awak main tuduh je...sy tau la sebab sy bersaudara dgn polis berkenaan...sila jg sikit adab ketika membuat statement ye...-----

JIKA,ANDA BERSAUDARA DENGAN POLIS BERKENAAN,MAKA SEMESTINYA ANDA TAHU DENGAN KEJADIAN YANG BERLAKU MASA ITU,KALAU YA,SILA TERANGKAN MACAM MANA KEJADIAN MALANG ITU BERLAKU.

Imran Azwan bin Azizan berkata...

Saya bukan nak backing polis, tapi saya tak faham macam mana penulis mendefinisikan "Penjenayah". Jenayah (a.k.a crime, in English), adalah perbuatan yang melanggar undang-undang sesebuah tempat. Tak kira besar atau kecil kesalahan tersebut, tapi kedaulatan undang-undang itu lebih utama.

Budak ni, adalah penjenayah juga, sebab memandu tanpa lesen. Dia melanggar peraturan jalan raya, so dia penjenayah. Okey fine, kesalahan dia kecik, tapi still dia adalah penjenayah. Jenayah tak semestinya capital crime dan kesalahan besar saja (hudud dan Qisas).

Dia adalah penjenayah juvana, yang melanggar undang-undang keteraturan awan (jalan raya), walaupun kecil.

Then, dia tak dengar kata polis untuk berenti, dan (may be) merempuh lari polis terbabit yang akan membahayakan nyawa polis tersebut, itu boleh disabit sebagai violence crime polis. Polis pun manusia juga.

p/s: Ingat, bercium kat khayalak ramai merupakan jenayah di Malaysia. Siapa bercium di tempat umum, maka dia pun penjenayah, dan boleh didakwa.

Anonymous berkata...

kalau polis pon mane blh maen tembak2 mcm tu jer..

Perlembagaan Persekutuan Artikel 5 (1) jelas menyatakan setiap individu perlu menghormati hak bernyawa setiap manusia

Anonymous berkata...

Artikel 16 (1) & (11) dan Artikel 37 yang memberi perlindungan terhadap kanak-kanak bawah undang-undang dan terlindung dari sebarang hukuman yang tidak berperikemanusiaan ataupun penangkapan tanpa bicara

jelaskn knape polis blh tembak mcm tu jer?

shun berkata...

-ckp x pki otak..klu laa ank kau yg mampus x per jgk nk biarkn-

saya setuju dgn statement di atas. kita tak berada di tempat keluarga mereka.kita tak tahu macam mana perasaan hilang anak dgn cara macam tu

Anonymous berkata...

aku rase semua owg penah melakukan kesalahan kecil atau besar ataupn secara kita tak sedari... kita semua blh di gelar sebagai jenayah jgk... tpi dlm kes ni... ad meyebutkan percubaan utk membunuh pada masa tu utk menutup kes ni..? pdrm igt nyawa kami semua ap? blh dijual or dibeli???

sam berkata...

ni la if kes di politikkan... smua org nak tunjuk terror.. masing2 dah ada anak n pandai2 la jaga... anak remaja kuar malam family pun xtau? bwk keta plk tu? mcmana family tu kata anak dia tu baik?? family tu sendiri pandai ke jaga anak? bila dah jd mcmni salah kan org lain?? fikir laa...
di pihak polis tu dah keje dia.. tangkap penjenayah.. aku pecaya yg polis ni pun xtau sape yg dlm keta tu...aku pecaya jgk yg polis ni pun nak defend diri dia...silapnya polis tu terus tembak bertubi2 sampai mati...masalah timbul budak 15thn plk tu...dicampur plk pas,pkr,dap,umno etc...
pada aku ada anak pandai2 la jaga...

Tanpa Nama berkata...

Korang x tau hal sbenar jangan nak buat statement... budak tu klu buat salh pun smestinya dia x nak mngaku..ada ka pencuri mau mngaku dia pncuri???