Fakta tragedi kemalangan ngeri 10-10-10...




















Beberapa fakta tentang kemalangan ini ialah ;
1. Kemalangan ngeri ini diberikan nama tragedi 10-10-10 kerana berlaku pada 10 october 2010.
2. Kemalangan ini telah meragut 15 nyawa sehingga kini, setelah 12 orang maut ketika kemalangan ini berlaku (3 kematian baru disahkan oleh berita awani jam 9 malam)
3. Kemalangan ini berlaku di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat, dekat Rembau petang semalam
4. Bas ekpress yang menyebabkan kemalangan adalah sebuah bas ekpress yang baru, dan didaftarkan pada tahun 2007.
5.Pemandu bas ekpress tidak mempunyai rekod saman, syarikat yang memiliki bas ekpress terbabit juga, tidak mempunyai rekod saman trafik tertunggak.
6.Pemandu bas terbabit tidak mempunyai rekod buruk (jenayah) menurut laporan polis.
7.Sekumpulan kakitangan kerajaan telah bertindak mengambil laporan dan membuat beberapa pemantauan/auditing kat syarikat bas ekpress berkenaan (saya tak pasti kenapa perlu berbuat demikian?)
8.Bas terbabit kerap menjalani pemeriksaan puspakom dan kali terakhir ialah pada mei 2010.
9.Polis sedang meneliti peralatan kotak hitam yang dipasang di dalam bas ekspres yang terbabit
10.Ketua Trafik Pasukan Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof, berkata siasatan dari semua sudut termasuk pemeriksaan kotak hitam sedang dijalankan bagi menentukan punca sebenar berlakunya kemalangan maut terburuk untuk tahun ini.
11.Polis berharap segala spekulasi oleh orang awam boleh dihentikan kerana menurut siasatan polis, pemandu bas yang berusia 52 tahun (juga telah maut ketika kemalangan) merupa seorang pemandu yang berpengalaman dan memiliki rekod yang bersih.
12. Punca utama nahas dikatakan begini, pemandu bas terbabit cuba memotong kenderaan lain, akan tetapi dia gagal, dan ketika itulah bas mula hilang kawalan dan kelihatan terhuyung-hayang.. tindakan pemandu selepas itu (ketika cuba berusaha utk mengawal kenderaan sebaik mungkin) telah menyebabkan bas tersentak 2,3kali sebelum melompat/terbalik ke arah bertentangan sehingga menghempap dua buah kereta, sebuah van serta mengenai bas JKM yang mengakibatkan kemalangan maut/ngeri. Beberapa penumpang bas terbabit, tercampak, terpelanting daripada bas terbabit, ada yang putus tangan, PUTUS KEPALA.. dan sebagainya
13. Kemalangan ini adalah kemalangan yang terburuk di rekod dalam tahun ini.
14. Ketika ini, menteri dan badan2 yg berkaitan mula sibuk bercakap pasal soal keselamatan dan undang2 jalanraya.
15. Ketika ini jugala, kempen keselamatan dan kempen 'konon-konon buat kerja' dilakukan secara menyeluruh..
16. Link youtube di sini : http://www.youtube.com/watch?v=zNg8CcHlei4&feature=player_embedded http://www.youtube.com/watch?v=II5dUHvEq5U&feature=related
Ameno : Saya mengucapkan takziah di atas kehilangan ahli keluarga/saudara/sahabat handai/kenalan para pembaca yang membaca blog ini.. dan marilah kita sedekahkan Alfatihah buat mereka yang beragama islam, semoga mereka semua ditempatkan dikalangan hamba2-Nya yang beriman dan beramal soleh. Berkenaan sumbangan ekpress yang dilakukan oleh mana2 menteri, saya percaya, duit tidak mampu mengantikan nyawa seseorang... buatlah sesuatu bagi mengurangkan perkara ini. Apa yang amat dikesalkan ialah, jika mereka mahu mati dijalan-raya, maka matilah bersendirian.. usah bawa anak, kawan, ahli keluarga, atau saudara mara kita sekali.. kesilapan kecil akhirnya mengakibatkan satu perkara yang sangat besar.. melihat air mata ahli keluarga mangsa, yang menangis kepiluan adalah satu perkara yang menyedihkan.. bayangkan jika kita di tempat mereka? Oleh itu, berhati2lah di jalanraya, lambat pulang tak apa, jangan tak pulang langsung.
5 ulasan
:-( begitu faktanya.. Ada yang mengatakan pemandu bas itu ada rekod ke? hmm.. itu semua takdir Allah.. Sudah masanya mereka pergi, cuma cara mereka meninggalkan dunia amat menyayat hati.. Dan tragedi ini saya ambil sebagai iktibar dan membuatkan saya lebih berhati-hati di jalan raya.. (saya sepatutnya berada di kawasan kejadian pada waktu kejadian hari itu, tetapi opah seringkali menghentikan niat saya untuk bertolak pulang ke Johor awal.. Ada hikmah rupanya..) Betulkah bas dipandu 150km/j? apapun, kesilapan pemandu bas itu patut dijadikan iktibar, dan moga roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan bertaqwa.. Insyaallah..
kejadian ini mmbuatkan orang ramai semakin takut nak naik bas..apatah lagi pelajar IPT macam saya...walaupun kematian itu dimana-mana sahaja boleh berlaku..tapi setiap kali naik bas saya akan terfikir, selamat ke aku sampai ni karang?kadang2 smpai terbayang yang jasad sahaja yang sampai di rumah, tak terbayang keadaan mak macam mana nanti..
SEMUA KEMALANGAN PUNCA ADALAH BAWA LAJU DAN GAGAL MEMOTONG.
HATI-HATI LAH KETIKA NAK MEMOTONG K. THINK TWICE, NO, THINK MANY MANY TIMES BEFORE HENDAK MEMOTONG.
Ada individu memberitahu saya yg kawasan kemalangan adalah kawasan angin lintang. Jadi, jalan disitu sepatutnya tidak mempunyai permukaan yang licin. Dan ini seharusnya dibuat sewaktu pembinaan PLUS lagi. Ini adalah basic kejuruteraan. Kesalahan besar ini hendak ditutup dengan 'menyajikan' kita dengan fakta2 yang salah, yakni bukan punca sebenar.
kenapa bila SANI EKSPRESS terlibat...orang perbesarkan hal ni. tp,bila DELIMA yg terlibat... orang xambik kesa sgt pn... nmpaknye ada konspirasi nih....
Catat Ulasan