t>

Breaking News

Kadar jenayah meningkat, untuk apa najib bina kelab malam lagi?

Meskipun, najib dihujani pelbagai bantahan terhadap pembinaan menara warisan merdeka, dia masih tetap mahu membina menara tersebut, atas alasan menara  tersebut di bina menggunakan wang PNB, dan mampu menjana pulangan yang lumayan buat rakyat. Yelah, saya bukanlah major dalam bidang ekonomi, jadi saya tidak faham bagaimana menara tersebut boleh dibina pada waktu kegawatan ekonomi. Andai najib membina menara tersebut, ketika ekonomi kita berada dalam keadaan stabil, dan ketika kuasa politik dalam negara berada dalam keadaan yang seimbang, saya percaya ianya tidak akan mendapat bantahan dari rakyat. Akan tetapi, najib tetap memilih untuk membina menara tersebut, yang di umumkan ketika belanjawan negara 2011, meskipun pembinaan menara tersebut menggunakan dana PNB. Hairan juga, dana PNB, tapi di umumkan ketika belanjawan 2011. Pelik kan? baca sini
Jika Najib menggunakan alasan mahu menjana pertumbuhan ekonomi negara dalam pembinaan menara warisan merdeka, maka alasan apa pula yang najib cuba guna ketika ingin membuat hub hiburan malam ataupun membina kelab malam di malaysia? Rangkaian kelab malam yang canggih, yang dilengkapi dengan hiburan first class, dan mahu mengamit pelancong serta artis luar negara sememangnya sesuatu kerja gila apabila ianya diluluskan oleh seseorang yang mengakui Allah swt itu Esa. 


Mungkin kah pembinaan kelab malam itu sebenarnya ada kaitan dengan pembinaan menara warisan? Ikut kertas cadangan ETP, menjelang akhir tahun 2011, sekurang-kurangnya 6 kelab malam canggih akan dibina supaya kerajaan boleh mengutip cukai yang lumayan. Baca sini. Kenapa ketika ini, kerajaan begitu beria-ria mahu mengutip cukai yang lumayan andai najib sendiri sebelum ini pernah menjelaskan bahawa ekonomi dalam negara berada dalam keadaan yang baik dan sedang memulih? Lagipun pembinaan menara menggunakan dana PNB kan? Jadi, yang kerajaan beria-ria nak meraih hasil cukai yang banyak buat apa? Apa sudah tiada cara HALAL lagi untuk mencari rezeki? Pembinaan kelab malam ini tidak salah andai malaysia mengakui negara malaysia adalah negara sekular. Andai najib membuang agama islam sebagai agama rasmi dalam perlembagaan. Maka, nak bina kelab malam ke, kelab gay ke, kelab pengkid ke, punya pasal la. Namun, ketika mengiktirafkan malaysia sebagai sebuah negara islam yang mana agama rasmi adalah agama islam, maka kenalah berkelakuan seperti apa yang tertera dalam perlembagaan. 






Mungkin Najib terlalu sibuk, menguruskan negara sehingga dia lupa kadar jenayah awam dan kadar jenayah sosial di malaysia makin meningkat dari tahun ke tahun. Mari kita lihat dulu statistik anak luar nikah mengikut pecahan negeri.


Pecahan mengikut negeri:
Selangor = 12,836 orang
Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang
Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang
Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang
Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang
Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang
Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang
Terengganu = 574 orang
JUMLAH = 70,430 orang.
Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Bayangkan, kita ada 30+++ lebih bayi luar nikah, yang dilahirkan oleh islam pada akhir tahun 2003. Kini 7 tahun telah berlaku, adakah angka-angka tersebut telah menurun atau menaik? Ya, sebenarnya menaik. Seramai 83 kes anak luar nikah setiap hari dalam negara dilahirkan jika dikira secara purata. Berapa ramai dari mereka yang melahirkan anak luar nikah tersebut beragama islam pula? Tidak pula dicatatkan, tetapi jika 83 x 30 = 2,490 bagi setiap bulan. Adakah kita patut berbangga? Dan jika 2,490 x 12 = 29,880 ribu bagi setiap tahun. Untuk setahun sahaja, kita sudah memiliki 29,880 bayi luar nikah tanpa mengira status agama dan kaum. 
Jika 29,880 x 4tahun (dibandingkan kepada statistik lepas 1999-2003) = 119, 520 anak luar nikah berjaya dihasilkan. WOW! Ini bermaksud statistik ini telah meningkat. Tiada penurunan, tetapi cuma ada kenaikan. Apakah usaha kerajaan dengan membina kelab malam boleh membendung 'angka-angka' ini? Saya tidak yakin. Kelab malam yang sedia ada pun, kerajaan tak mampu atasi masalah sosial dalam negara terutamanya yang melibatkan akidah umat islam. Inikan pula nak membina hub hiburan malam! Baca petikan ini, statistik remaja yang melahirkan anak luar nikah juga telah meningkat saban tahun.
Sila baca petikan ini pula ; yang dipetik dari sini dan sila lihat ini juga.
Kini gejala sosial semakin berleluasa dalam masyarakat kita apabila semakin banyak kes-kes yang  dilaporkan akhbar arus perdana dewasa ini. Gejala sosial dari sudut konsepnya adalah ungkapan yang luas maknanya sama ada dipandang dari segi makro mahupun mikro. Yang bersifat makro seperti kemiskinan, rasuah, perkauman, penindasan pekerja dan pemusnahan alam sekitar.
 
Sementara yang bersifat mikro seperti pengkid, mat rempit, gengsterism, ragut, bunuh diri, salah guna dadah, buang bayi, bohsia, lepak, persundalan, pecah amanah, pecah rumah, perceraian, sumbang mahram, keganasan rumah tangga dan penderaan anak.
 
12.       Data dan statistik  banyak menunjukkan keruntuhan akhlak di kalangan remaja di negara ini adalah semakin serius. Laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat pada tahun 2003 dan statistik daripada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menunjukkan penglibatan dalam gejala sosial bermula seawal umur 10 tahun. Mengikut perangkaan yang dikeluarkan pada tahun 2005 oleh PDRM, sebanyak 76,403 kes jenayah yang dilaporkan pada tahun tersebut di seluruh Malaysia iaitu melibatkan jenayah berbentuk kekerasan dan jenayah harta benda.
 
Daripada jumlah itu, 73 kes membabitkan pelajar sekolah. Mengikut pembahagian kaum, seramai 204 kes melibatkan kaum Melayu, 54 remaja  Cina dan 47 adalah remaja kaum India.Berdasarkan statistik, kes melibatkan remaja jelas meningkat antara tahun 1990 dan 1992..
 
13.       Bilangan pesakit HIV/AIDS adalah seramai 64,439 orang sehingga tahun 2004. Pada tahun 1986 pesakit HIV adalah seramai 3 orang. Sehingga tahun 2004, seramai 9,442 orang telah dijangkiti AIDS. Daripada jumlah 64,439 orang pesakit AIDS, kes kematian akibat AIDs adalah sebanyak 7,195 orang (76%).
 
Sumber : Laporan Tahunan Kementerian Kesihatan Malaysia,2005.

Selepas itu, sila klik sini. Menerusi rekod PDRM sendiri, mereka langsung tidak memasukkan data-data statistik jenayah negara dalam laman website mereka. Mengapa agaknya? Adakah mereka tidak mahu mendedahkan bahawa tahap keselamatan di malaysia sebenarnya berada dalam tahap yang membimbangkan? Untuk rekod, bagi kes rogol sahaja, 70% rogol adalah berusia 18 tahun ke bawah. Ini bermaksud, kebanyakkan yang dirogol adalah budak-budak dan anak remaja. Baca petikan ini, yang diperolehi dari sini ;
Kes rogol yang dilapor di negara ini meningkat sebanyak 31.5 peratus bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas, dengan lebih 70 peratus membabitkan mangsa berumur 18 tahun ke bawah.Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Datuk Maximus J. Ongkili berkata, berdasarkan statistik yang diperolehi pihaknya, sebanyak 2,432 kes rogol dilapor dalam tempoh itu berbanding 1,849 kes tahun lepas.Maximus berkata, daripada jumlah keseluruhan kes yang dilapor itu, sebanyak 942 kes membabitkan mereka yang dikenali termasuk rogol berkumpulan.Sebanyak 752 kes dilapor dilakukan oleh teman lelaki, bapa (75 kes), bapa tiri (45 kes), bapa saudara (61 kes) dan bapa angkat (sembilan kes), katanya.
Apa yang dapat kita simpulkan? Angka ini masih menaik. Tiada penurunan pun. Baca petikan ini pula yang saya dapat dari   sini ;
Jenayah membabitkan pelajar bukanlah sesuatu yang baru namun bilangannya saban tahun menunjukkan peningkatan.Buktinya tahun lalu sahaja, seramai 8,809 pelajar berusia antara 7 dan 18 tahun ditahan di seluruh negara kerana terlibat dalam kes-kes jenayah.Daripada jumlah itu, 3,683 terlibat dalam jenayah kekerasan manakala selebihnya jenayah harta benda.Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, remaja berusia 16 hingga 18 tahun mendahului senarai dengan 6,435 tangkapan, diikuti pelajar berusia 13 hingga 15 tahun (2,227 tangkapan).Tidak kurang hebatnya, kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun turut termasuk dalam senarai itu dengan 147 tangkapan.Pelajar daripada kaum Melayu mencatatkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak 72.7 peratus atau 6,401 orang diikuti India (10 peratus atau 876 orang) dan Cina (7.3 peratus atau 641 orang).
Lihatlah, kita sebagai muslim, menguasai hampir kebanyakkan perkara negative yang berlaku di malaysia. Nanti akan ada sahaja alasan yang mengatakan melayu adalah kaum yang paling ramai di malaysia, sedangkan nisbah perbezaan kaum melayu dan cina ialah 2 : 1. Setiap 2 orang kaum melayu, ada satu orang kaum cina di  malaysia. Tetapi berdasarkan kepada statistik jenayah di atas, keterlibatan kaum cina hanya 7.3 % berbanding kaum melayu 72.7 % !!! Jadi dimanakah silap nya? Kaum cina lebih suka menumpukan usaha mencari rezeki, berbanding kaum melayu. Lebih baik menerima hakikat dan mengubah keburukan kita daripada menunding jari dan menyalahkan kaum cina semata-mata angkara penguasaan mereka dalam bidang ekonomi. Baca pula petikan ini yang saya dapat sini, yang mana kes muslim bunuh diri juga telah meningkat di malaysia. Apa peranan kita bagi membantu mereka? Bina kelab malam?


Statistik menunjukkan, bagi tempoh 15 tahun lalu, seramai tujuh hingga 12 orang daripada setiap 100,000 penduduk Malaysia, mati kerana membunuh diri.
Baca petikan-petikan ini pula yang saya dapat dari sini ; 


Statistik menunjukkan kes jenayah seksual terhadap wanita dan kanak-kanak di negara ini didapati meningkat setiap tahun. Pada 2005, kes rogol paling banyak diterima iaitu sebanyak 1,931 dan diikuti kes cabul, 973 dan liwat, 71 kes. Pada 2006, kes rogol meningkat kepada 2,041, manakala cabul (1,066) dan liwat (71 kes). Pada tahun 2007 pula, sebanyak 3,098 kes rogol dilaporkan, cabul (2,228) dan liwat, 101 kes. Angka itu terus meningkat pada 2008 iaitu 3,405 bagi kes rogol dan cabul (2,107) dan 130 kes liwat.

Statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan peningkatan kes jenayah daripada 209,388 pada tahun 2006 kepada 224,298 pada 2007. Daripada jumlah tersebut, jenayah kekerasan meningkat dari 44,016 kes pada 2006 kepada 49,897 kes pada 2007 (meningkat 5,881 kes atau 13.36 peratus); jenayah harta benda meningkat dari 165,372 pada 2006 kepada 174,401 pada 2007 (meningkat 9,029 atau 5.46 peratus); Kes samun berkumpulan tanpa senjata api meningkat 4,344 atau 159.53 peratus sepanjang tahun lalu, berbanding dalam tempoh yang sama tahun 2006. Sebanyak 7,067 kes tersebut dilaporkan pada 2007 berbanding 2,723 pada 2006. Kes ugutan jenayah pula meningkat dari 6,699 (2006) kepada 8,119 (2007) - meningkat 1,420 atau 21.20 peratus. Kes mencederakan (seksyen 324/326) meningkat dari 5,843 (2006) kepada 6,806 (2007) - meningkat 963 atau 16.48 peratus. Kes samun berkumpulan bersenjatapi meningkat dari 67 (2006) kepada 77 (2007) - meningkat 10 kes atau 14.93 peratus [Utusan Malaysia, 26/8/2008].
Kesimpulan nya, daripada kerajaan sibuk nak bina menara, sibuk nak bina hub kelab malam, elokla kerajaan gunakan peruntukan yang ada atasi gejala sosial dan masalah jenayah dalam negara. Saya percaya rakyat malaysia tidak gila nak berhibur ataupun gila nak kan menara merdeka. Pada mereka, andai mereka dapat pergi-balik kerja, sekolah dan ke satu-satu tempat dengan selamat, boleh parking kereta dengan rasa senang hati, bebas dari kes rogol, samun dan ragut, dan kes pembunuhan yang semakin berkurangan, kegiatan mencari rezeki menjadi lebih mudah dan murah itu sudah mencukupi. Berhentilah memenuhi keperluan diri sendiri. Sebagai pemimpin, keperluan terhadap rakyat yang perlu di utamakan.



Ameno : Samada kita memilih untuk menjadi kaum yang mengubah, ataupun kaum yang diubah. Kaum yang mengubah ialah kaum yang mengubah segala kejahatan kepada kebaikan. Kaum yang diubah ialah kaum yang dipengaruhi untuk mengubah daripada positive kepada negative. Sejarah sudah membuktikan kepada kita banyak kali dan berulang-ulang kali. Meninggalkan Allah swt dan ajaran nya bererti kita membiarkan diri kita disakiti dunia dan akhirat. Meninggalkan Allah swt juga akan membuatkan diri kita sengsara non-stop. Apakah kita tegar memilih Allah swt dan islam semata-mata mahu menghalalkan pembinaan hub kelab malam di malaysia? Yalah, di malaysia kita cenderung terkenal sebagai negara yang berbilang kaum yang mempunyai kepelbagaian agama. Hiburan dan kelab malam yang sedia ada sudah cukup menghiburkan dan memenuhi tuntutan mereka. Usahlah kita menjadi kaum islam yang munafiq dan fasik. Apabila bercerita tentang keburukan diri, kita cenderung memilih dan membandingkan manusia yang lebih buruk dari kita, kenapa? Contohnya dalam hal 'keakhiratan' (tudung, solat dan sebagainya) kita kena melihat orang yang memakai tudung lebih baik dari kita, orang yang bersolat lebih baik dari kita, orang yang mentadbir negara mengikut lunas-lunas islam lebih baik dari kita. Manakala soal keduniaan (kekayaan, glamour) kita di ajar untuk melihat orang yang lebih rendah dari kita. Andai kita 'kurang kaya' maka ada lagi yang lebih kurang-kurang kaya dari kita. Andai kita kurang cantik dan kurang popular seperti US-ISRAEL maka ada lagi negara negara yang lebih kurang popular dari kita. Apalah erti kepopulariti negara, andai masyarakat malaysia merasa tidak aman, tidak bahagia dan di ibaratkan sebagai pendatang dan penumpang di tanah air sendiri? Jadikanlah kisah dalam Alquran sebagai iktibar, kerana apabila bala datang menjemput, musibah itu akan mengunjungi kita semua tanpa memilih bulu.

4 ulasan

Tamie Sheffield berkata...

There is apparently a bunch to identify about this. I consider you made some good points in features also.

Replacement Windows berkata...

Blog:Buy GHD Can Save Much Money As flat irons are ghd advised Ghd Iv Styler by many ghd straighteners professional

Life Plus berkata...

This dude is toned out loco and incredibly sneaky.

florida berkata...

mixing opiates and xanax ,