t>

Breaking News

Kenapa KBSB mesti berperang dengan APC bahagian III

Pada anda yang belum membaca bahagian pertama dan bahagian kedua saya nasihatkan baca dulu kedua-dua artikel tersebut sebelum membaca bahagian ketiga ini.


Agak lama saya tidak menulis sambungan tentang kisah ini, dek kesibukan masa. Pada artikel yang lepas, saya ada menerangkan bahawa pergaduhan yang tercetus antara saya dan putri (admin apc) menjadi semakin besar dan meluas. 


Sebenarnya, dulu ada satu group yang ditubuhkan di facebook untuk anti saya dan teman-teman saya seperti bumiputera berjaya dan jebat derhaka.. dan beberapa nama lain.. yang kini tidak aktif berfacebook atas sebab-sebab tertentu.


Dalam group tersebut, yang mana kini tidak wujud lagi, tak tahu la sebab kami report beramai-ramai ke, ataupun admin dia delete page ke, yang menyebabkan page tersebut hilang.. mereka mengutuk ngutuk saya dan rakan-rakan saya dengan pelbagai gelaran dan hinaan.


Ada yang mengelar saya sebagai pelacur, dan ada yang melabelkan bumiputera berjaya sebagai anjing dan babi. bayangkan, betapa kasarnya bahasa-bahasa mereka disitu? salah seorang yang paling kurang mencarut ialah jejaka perasan. dia neh memang dah mula masuk kbsb dah.. dulu dia tak masuk. tapi sekarang dia dah mula layan kbsb.. tapi dia tak tunjuk skill mencarut dia kat sana.. try la tunjuk kalau dia berani la kan.. 


Namun, saya tak dapat printscreen apa-apa bukti dari group terbabit. Sebab pada ketika itu, tak terfikir pula page tersebut akan hilang.. kalau la masa boleh di undur kembali, saya memang akan printscreen dan tunjukkan bukti kepada semua rakan-rakan di kbsb. Nama page tue pun saya dah lupa.. yang saya ingat ada nama bumiputera berjaya, jebat, saya dan cik siti kat nama page terbabit.


Saya memang marah sangat dengan kewujudan group tersebut. Yelah, kita nak berpolitik biarlah gentle secara berdepan, neh tidak sampaikan sanggup buat group untuk fitnah kita. Kesan daripada penubuhan group terbabit, saya menubuhkan satu group di facebook, yang diberikan nama fakta atau auta : menjawab fitnah I. 


Kenapa saya buat group terbabit? Sebab putri telah menyebarkan di seluruh wall facebook terutama nya, teman-teman umno, mengatakan bahawa saya ialah ;


- pelacur
- jalang
- sundal


Sebab saya nak jawab-balas fitnah-fitnah dia terhadap saya. sebab tue la saya rasa dia neh gila. Bukan saya nak tuduh sebarangan, saya ada bukti printscreen.. dalam inbox saya, dia pernah mengatakan macam-macam kat saya, yang mana saya gemar memilih pendekatan untuk tidak membalas cacian dan hinaan dia.. ada yang saya balas, tetapi boleh dikira 100 komen dari dia, 3 komen dari saya. saya memilih untuk berdiam diri dan bersabar.. takde guna nya lawan orang yang berpenyakit, nanti lama-lama awak pula yang dijangkiti penyakit meroyan sepertimana dia hidapi kini.


lihat printiscreen ini ;


Nampak tak bahasa bahasa dia? Dia hantar mesej ganguan tertubi-tubi dalam inbox saya, tetapi saya memilih untuk buat bodoh dengan semua cacian dia, sampai satu tahap.. punyalah dia bengang, dia buat note dan menulis tajuk note tersebut lebih kurang begini lah "pelacur, bohsia ameno sundal situ sana sini' dan dia tagged kawan-kawan dia untuk memberikan komen, apa yang amat saya nak tergelak ialah, ada di antara kawan-kawan yang dia tandakan itu, bergambar berpeluk-pelukkan di satu tempat peranginan, bukan suami isteri ketika gambar tersebut di ambil pun.. tetapi saya tidak berminat untuk sebarkan gambar-gambar tersebut kerana bagi saya, kalau perempuan  tersebut nak kutuk saya, dia boleh kutuk, tetapi ketika di akhirat sana, baru dia akan sedar, segala kutukan dan fitnah dia terhadap saya, akan berbalas.


Apa yang pasti saya tahu bahawa fitnah-fitnah putri terhadap saya tidak mendapat tempat di kalangan orang-orang umno yang mempunyai jawatan dalam parti. kasihan kan? syok sendiri, malahan dia pun sedar, semua tahu bahawa dia memang terang terangan fitnah saya dengan pelbagai gelaran.. cuma orang-orang yang sedar dan menyahut fitnah putri memilih untuk berbuat bodoh.. sekadar nak memainkan lagu fitnah.. apa yang mereka dapat? hahaha.. sebenarnya penyokong umno memang lebih suka sebarkan fitnah, apa yang mereka dapat ialah kepuasan nafsu, percayalah kalau dah biasa fitnah, lama kelamaan akan ketagih.. itulah yang mereka alami kini. Ketagihan fitnah dan menfitnah.


Dalam group yang saya buat itu, saya menterbalikkan fitnah-fitnah putri terhadap saya. Segala macam printscreen saya simpan. Daripada mana dia ciplak, curi gambar pic profile yang dia pakai kini, dulu dan yang lepas-lepas semua saya tahu. Dia rasa dia menipu dengan bijak, tetapi dia lupa Allah swt dia tak boleh tipu. Gambar pic profile yang dia pakai sekarang memang bukan kepunyaan dia. saya ada bukti. dia pernah mengakui sendiri. dulu dia pernah cabar saya untuk siasat dia, dia kata dia adalah perisik terhebat. WOW.. takutnya saya. sila tengok printscreen bawah neh. Orang yang tak waras pun tahu, saya dan bumiputera berjaya adalah dua manusia yang berbeza. kalau orang yang tak waras boleh detect, masakan putri tak boleh? melainkan dia lebey tak waras dari orang yang tak waras..


Dia kata dia nak check saya, saya tunggu juga sampai sekarang tapi apa pun takde.. hahaha kat mana saya duduk pun dia tak tahu, kejap cheras, kejap perak, kejap johor, kejap brunei.. so di mana satu lokasi saya yang sebenarnya? itupun dia gagal periksa sampai kini. malahan identiti saya pun dia sendiri masih kabur-kabur. mula-mula dia kata saya pelacur. lepas tue dia kata saya lelaki. dan terkini selama berbulan-bulan lama nya dia kata saya mak nyah aka bapok. hahahaha.. adakah pakar IT dia malas nak nak tolong dia? Mungkin juga disebabkan dia menghidapi sakit yang kronik, sebab itulah pakar IT pun malas nak layan perangai sewel dia? hahahaha.. nak tahu tak, apa sebab putri betul-betul marahkan saya melampau-lampau batas? mula-mula dia tuduh saya sebagai pencuri gambar dia, namun setelah dia menyiasat lama kelamaan dia tahu, memang saya tak curi gambar dia dan memang saya tak clone account dia, tetapi saya pernah mengakui kat dia, dia boleh je salahkan saya, sebab saya tak kesah untuk memikul tanggapan tersebut. 


Pada saya, samada saya curi ataupun tidak gambar yang memaparkan rupa asal dia ataupun tidak, samada saya yang clonekan account dia ataupun tidak, tetap sama sahaja, sebab apa? sebab saya enjoy sang pelaku berbuat demikian terhadap dia. hahahahah.. 


Apa yang membuatkan saya mahu menghentikan perbalahan saya dengan putri ialah, sejak kes pertengkaran saya dengan putri, terbentuk dalam satu group ciptaan saya, saya mendapat banyak mesej, setiap hari, sehinggalah saya merasakan bahawa saya perlu menghentikan semua ini. Saya percaya putri juga sudah penat seperti mana saya penat melayani karenah dia. dia penat memaki hamun saya, dan saya pula penat melayani pertanyaan wartawan-wartawan tak bertauliah dari facebook. Oleh itu, saya telah membuat keputusan untuk menerima rundingan damai dari putri. Ya, memang benar, dia minta maaf. tetapi saya tahu, maaf dia tak boleh dipercayai.ketika itu saya ikhlas memaafkan dia, namun ketika itu jugala saya sedar, dia neh orang yang tak boleh pakai, or orang yang tak boleh dipercayai.. saya tahu maaf yang dia ucapkan melalui penulisan dia adalah sekadar kata-kata yang baca boleh, percaya jangan sesekali.


Lihat dia sendiri mengakui bahawa gambar tersebut adalah gambar nya, malahan dia tahu saya bukan pencuri dan pengclone account dia. Namun ketika di APC, dia tak henti-henti sebarkan fitnah tentang saya, malahan dia sendiri pun tak mengakui bahawa dia yang menulis semua ini.. lawak. satu pesanan saya kepada dia ialah, tipu orang dia mungkin mampu, tipu Allah swt? elokla dia muhasabah diri dia sendiri..





Gambar-gambar dia saya perolehi hasil siasatan saya menerusi google, saya taip email address dia, dan itulah yang saya dapat. So, persoalan samada gambar dia saya curi ataupun tidak sepatutnya tidak timbul. saya tidak akan membuat carian seperti itu, kalau bukan dia yang desak. dia, mendesak, memanipulasikan dan menfitnah semua rakan-rakan saya. dia mencuri gambar rakan-rakan saya, dan mengutuk rakan-rakan saya dengan pelbagai gelaran dan cacian. saya tidak suka. kerana dia mengutuk bukan sekadar di facebook nya sahaja, malahan sampai dia sanggup sebarkan fitnah di wall apc. bayangkan, dia dah fitnah berapa ramai orang? perbuatan dia mencuri dan mengaibkan sesiapa sahaja yang menentang apc bukan sekali, malahan berkali-kali. Lebih biadap, apabila dia mengubah bentuk dan rupa seseorang itu, kemudian upload kan gambar tersebut di wall APC untuk dijadikan bahan kutukan dan cacian. 


Sebab itulah, saya telah copy semua gambar-gambar yang mengutuk semua rakan-rakan saya. Malahan yang mengutuk orang yang saya tak kenal pun saya simpan gambar pengutuk terbabit. Orang-orang tersebut, masuk ke group APC dan berhujah secara baik. Tetapi memang kebiasaan APC akan curi dan upload gambar-gambar tersebut untuk dijadikan bahan kutukan. Saya ada kesemua gambar pengutuk-pengutuk terbabit, dari pakcik ke makcik, gambar perempuan yang bergambar di dalam pasaraya pun ada, gambar perempuan yang bergambar dengan lelaki pun ada, pakai baju hitam. Perempuan neh dengan angkuh bercakap, budak2 nik aziz kaki maksiat sebab bergambar dengan lelaki. Sedangkan dia pun sama. Tetapi saya tak sebarkan gambar dia. kenapa? sebab belum masa nya dan belum perlu. Andai dia, atau mana-mana individu keterlaluan, barulah saya akan sebarkan gambar-gambar tersebut. Yang mana mereka tukar, dan cipta akaun baru untuk mengutuk. Ya, saya ada dan saya tahu sebab saya mengikuti perkembangan mereka. Cuma mereka tidak tahu siapa saya sebenarnya. Pada saya, untuk berdebat dalam bidang politik, kita perlukan kekuatan hujah dan fakta. berdebat pasal isu peribadi apa yang kita dapat? sebab itulah sampai sekarang saya masih simpan gambar admin apc aka granpa jas salleh, gambar dia makan-makan. kenapa saya tak sebarkan? sebab apa? sebab saya sedaya upaya, cuba untuk mengelak memainkan isu peribadi.


Jika, kita di tempat mereka, gambar kita di upload dan kita di kutuk apa kita rasa? saya pernah melalui nya. Oleh itu saya memahami situasi tersebut. Sebab itulah, saya cuba untuk tidak memainkan isu peribadi di kbsb. kalau saya nak upload, hanya gambar-gambar admin apc aje yang saya upload.


Mungkin APC pelik dari mana saya tahu kesemua admin-admin apc.. termasuklah kolonel tue.. hahahha.. saya akan dedahkan pada artikel yang seterusnya..


Ameno : Hipokrit, mereka kata mereka bebas fitnah dan bebas mencarut, tetapi bukti menunjukkan perkara yang sebaliknya. Kita, di KBSB tak pernah mengakui kita adalah manusia yang baik, tetapi kita cuba untuk menjadi yang terbaik. Mana lebey baik? seseorang yang jahat mengakui baik, ataupun seseorang yang bukanlah baik sangat tetapi menerima keadaan diri nya seadanya, dan cuba untuk memperbaiki diri sendiri..?

Tiada ulasan