t>

Kisah sebenar Akuan bersumpah Rahimi..


 Ini adalah kisah yang diceritakan oleh peguam DSAI, latheefa koya berhubung isu rahimi yang dipaksa menanda-tangani surat akuan bersumpah.

1. Dokumen itu setebal 2-3 halaman.

2.Pada 28 Jun 2008, PKR mengadakan seminar kepimpinan di Hotel Quality Shah Alam, melibatkan hampir semua pemimpin dan wakil rakyatnya.

3. Sehari sebelum itu, ketua kakitangan pejabat Anwar, Ibrahim Yaakob mendengar desas-desus khabar bahawa terdapat Mohd Saiful Bukhari Azlan akan membuat laporan polis terhadap DSAI.

4.Rahimi dipanggil oleh PKR untuk mendapatkan maklumat berhubung perkara itu.

5.Pada mulanya, Rahimi gagal dihubungi, dan hanya hadir di hotel tersebut pada lewat malam. 

6.Di hotel berkenaan ketika itu ramai penyokong dan petugas media mula berkumpul kerana khabar angin Anwar akan ditahan semula seperti di zaman reformasi sepuluh tahun sebelum itu.

7.Ketika itu terdapat ramai 'pengawal peribadi' dan anggota parti menempah tinggal di hotel berkenaan.

8. DSAI pula bersetuju untuk mendapatkan bantuan di kedutaan turki.
9. Rahimi tiba di hotel pada malam itu dalam keadaan gementar dan ketakutan.

10. Rahimi menceritakan semula apa yang berlaku kepada mereka tentang apa yang dia tahu dari saiful bukhari azlan.



11. Beberapa peguam yang juga anggota PKR bertugas untuk menyoal-siasat/menemuramah rahimi bagi mendapatkan gambaran sebenar tentang apa yang telah berlaku.

12. Latheefa koya, R.Sivarasa dan Saiful Izman antara peguam yang terlibat.


13.Proses pengakuan rahimi tidak di dengar dalam bilik hotel sebaliknya di dalam sebuah lounge peribadi yang terdapat dalam hotel terbabit.

14. Kemudiannya, draf akuan bersumpah dirangka dan dibuat di ibu pejabat PKR, petaling jaya.

15.Akuan bersumpah pertama tidak didedahkan secara terperinci kerana rahimi tidak mendedahkan banyak perkara dan masih berada dalam ketakutan.

16.Ketika rahimi menginap dalam hotel tersebut, rahimi tidak dikurung. bebas keluar masuk dan bebas menggunakan telefon bimbit. Rahimi menginap dihotel terbabit sebab takut dengan situasi yang berlaku pada ketika itu.

17.Rahimi turut menonton bola sepak bersama beberapa 'pengawal' yang ditugaskan utk menjaga dia pada ketika itu.

18. Selepas itu, rahimi ada dipanggil utk memberikan kenyataan kepada polis. rahimi menceritakan dia tidak ditanya banyak oleh pihak polis, tetapi polis ada memberitahu bahawa dia akan dipanggil semula.

20. Kemudiannya mereka (peguam2 DSAI) memanggil rahimi buat kali kedua. Rahimi dinasihatkan oleh peguamnya, Stanley Sinnapan utk bercakap benar kepada para peguam DSAI.

21.Semua ceritanya tiada percanggahan dengan akuan bersumpah yang pertama, kecuali ada beberapa penambahbaikan, seperti pembabitan mumtaz jaafar.

22.Setiap pertemuan dengan rahimi tidak membincangkan perihal akuan bersumpah semata2, sebaliknya pasukan peguam berbincang bagaimana mahu membela DSAI pada ketika itu, dengan mengumpul maklumat.

23.Rahimi keluar masuk dari pejabat DSAI seperti biasa, selepas perkara tersebut berlaku. Malahan rahimi masih menolong DSAI semasa DSAI bertanding di permatang pauh. Cuma dia tidak berkerja sebagai staf kekal, sebaliknya menyandang jawatan staf sementara kerana ketika itu sudah berhenti kerja.


24.Ketika perbicaraan bermula, rahimi gagal dihubungi melalui telefon dan SMS oleh peguam DSAI.

25.Kali terakhir rahimi dapat dihubungi oleh latheefa ialah ketika menjelang perkahwinan rahimi, hujung tahun lalu.

26.Ketika akuan bersumpah pertama dan kedua dibuat, rahimi diminta membaca,memeriksa dan membuang mana2 kandungan yang tidak tepat.

27.Ia ditandangan di depan pesuruhjaya sumpah di Petaling Jaya State, bukan Petaling Jaya Old Town seperti yang dinyatakan dalam laporan polis Rahimi kelmarin.

28.Dia tidak diberikan salinan dokumen itu “sebab tidak memintanya”. Kemungkinan sekarang Rahimi sendiri sudah lupa apa yang terkandung dalam akuan bersumpahnya.

29.Akuan bersumpan itu mengandungi dua bahagian, bahagian pertama tentang bagaimana dia mengenali Mohd Saiful dan pengalaman mereka bersekolah dan bekerja bersama.
30.Manakala bahagian kedua menceritakan tentang pertemuan Mohd Saiful Bukhari dengan Najib dan Rosmah.

Untuk lihat video klik sini

Ameno : Kesal, sebab peguam DSAI Latheefa koya cakap dokumen (akuan bersumpah rahimi) tersebut telah hilang dari simpanan dia..macam mana bukti berharga seperti itu boleh dihilangkan? or ada orang curi masuk dalam pejabat dia?apa2 pun dia sepatutnya, menjaga dokumen terbabit memandangkan dokumen terbabit mungkin boleh dijadikan bukti yg penting utk membela dsai kelak.

2 ulasan

Anonymous berkata...

good job ameno. korek..korek..dan terus korek. Sebarkan info yg benar dan tepat untuk memerangi fitnah - jessy koh

Ameno Tipu Situ Sana Sini berkata...

I tried to improve my writting skill jessy, thanks for your crictism yesterday.. huhu