t>

Breaking News

Malu la wehh.. Cina pun tolak adam lambert..!

Saya sesungguhnya merasa bagaikan tidak percaya, apabila membaca artikel ini yang di tulis oleh seseorang yang berbangsa cina, juga ditulis dalam bahasa melayu (sinonim nya masyarakat di malaysia, bagi yang berbangsa bukan melayu lebih gemar menggunakan bahasa english sebagai pertuturan/penulisan) yang mengulas bahawa KERAJAAN menghalalkan apa yang haram (berkenaan konsert adam lambert).

 Soalnya kini, andai, seorang yang berbangsa cina boleh memberikan respon yang begitu, tidak mustahil di luar sana, lebih ramai cina, india (atau lebih tepat, bukan islam) turut tidak bersetuju dengan konsert Adam Lambert (yang telah diadakan pada 15 october 2010) atas pembawakan 'GAY' yang di jaja oleh artis ini.

Jadi, dimanakah kesedaran masyarakat kita, ataupun lebih tepat lagi ialah KERAJAAN kita? Di mana?Kita bukan mahu membantah disebabkan kita adalah pembangkang. Tetapi, kita membantah kerana isu ini adalah isu yang wajar dipandang serius oleh kerajaan. Konsert adam lambert dan konsert pitbull adalah konsert yang tak sepatutnya wujud kat malaysia. Daripada budaya lucah, kita masuk kepada budaya gay, apa sudah jadi dengan kerajaan kita yang langsung tak peka dengan situasi semasa? Boleh la minat muzik, minat hiburan tetapi biarlah berpada2, yang nak pergi minat artis lucah, artis gay buat apa? 

Artis neh konsep dia mudah sahaja. Apabila dia melihat ramai yang menyokong muzik dia, pembawakaan dia, cara dia, automatik dia akan mengangap bahawa peminat-peminat dia suka dengan apa yang dia sampaikan.

Memang bukan semua yang minat adam lambert adalah seseorang yang  GAY, dan bukan semua yang minat pitbull adalah pelakon lucah.. bukan, tetapi mereka dua ekor neh.. beranggapan bahawa apa yang mereka bawa selama ini mendapat sokongan sebab tue la mereka secara terang-terangan tidak merasa malu dengan apa yang telah mereka tampilkan, kerana apa? kerana mereka di sokong oleh peminat-peminat yang gila. saya ulang GILA. saya tak kata GILA kepada bukan muslim, kerana mereka tidak faham apa itu ISLAM. tetapi saya kata GILA kepada manusia-manusia yang diluar sana, yang beragama islam, yang masih tidak MALU, tidak SEGAN dan tidak SEDAR DIRI bahawa kita semua neh hak Allah swt MUTLAK.. bukan sedikit, bukan separuh tetapi MUTLAK.

Kalau dah kita neh hak Allah swt, maka buatlah cara sebagaimana yang patut disarankan dalam Alquran dan ISLAM. Kenapa masih ramai muslim-muslim yang BEBAL (maaf, jika keterlaluan) sanggup dengar lagu-lagu dari adam lambert atas nama MUZIK? MUZIK penting ke ataupun Allah swt penting? Tak akan isu sekecil ini pun tak pandai nak BEZA dan PILIH? Takan pilih MUZIK berbanding Allah swt? Jangan jadi BODOH!

Adam lambert ciptaan Allah swt, tetapi Allah swt tidak pernah mencipta golongan gay/lesbian/pengkid.  Mereka la yang merosakkan diri mereka, bukan Allah swt dan bukan pula siapa-siapa. Barangsiapa yang menyokong Adam lambert adalah seseorang yang menyokong GAY! Walaupun anda bukan GAY. 

Nak minat muzik boleh, tetapi pastikan minat kita selari dengan islam. Tak bermaksud nasyid adalah satu2 hiburan yang kita boleh dengar.. ada banyak.. lebih baik minat group indi ciptaan tempatan daripada minat artis gay / bapok / lucah..

fikirlah..

Ameno : Bukan la alim sangat, tetapi takdela sampai terpesong minat kat artis gay/lucah..

1 ulasan

Anonymous berkata...

ko ni bongok ke apa yg gi konsert tu ramai cina la bahlol!