t>

Breaking News

Melayu murtad.. Angkara siapa?

Sebelum saya menulis dengan lanjut tentang isu ini, saya minta maaf kepada pemilik akaun facebook yang menggunakan nama samaran keangungan haluan. Kenapa saya minta maaf kepada dia? Ini kerana, dia telah menimbulkan satu keraguan yang munasabah bagi saya, untuk saya menulis artikel ini, disini pada hari ini. Boleh baca maklumat lanjut tentang perkara tersebut di sini.

Dengan menggunakan KH (Ringkasan bagi pemilik akuan FB, Keanggungan Haluan) sebagai contoh, sudila sekiranya saya menulis artikel yang tidak seberapa ini, hasil daripada pandangan saya sebagai rakyat marhaen yang sayangkan agama nya.. iaitu ISLAM.

1. KH mengakui dia menggunakan FAKE profile untuk mencari maksud sebenar apa itu ISLAM dan Allah swt.. dalam masa yang sama, dia mengakui dia tidak mempercayai Allah swt.. 

2. Secara logiknya, hanya orang bukan islam, secara berani, berdepan dan terang-terangan mempersoalkan islam dan Allah swt.. (samada utk menghina, bertanya, ataupun tujuan research)

3. Jadi kaedah yang digunapakai oleh KH ini sangat meragukan, kenapa dia perlu takut kalau dia bukan islam?

4. Adakah dia sebenarnya MELAYU yang beragama ISLAM? 

5. lebih tepat, telah murtad?

6. Sila lihat gambar ini, yang sempat di printscreen oleh team KBSB..

7. Kenapa saya menggunakan perkataan 'SEMPAT'? sebab ketika berita ini tersebar, KH telah mengubah account setting nya kepada PRIVATE.. malahan telah menukar pic profile nya kepada seseorang wanita yang bertudung.. Lihat bukti printscreen di bawah ini

8. Soalnya kini, dia neh orang islam atau bukan? orang melayu atau bukan? jika bukan, maka tidak perlu la memperlakukan akaun tersebut seolah-olah dimiliki oleh orang melayu yang islam.

9. Berhenti membuat tindakan yang boleh menyebabkan kami semua salah sangka kepada KH.

10. Dan, jika ya, dia beragama islam.. dan berbangsa melayu pula? bagaimana? Apa tindakan kita?

11. KH ada mengulas di link ini bahawa dia ingin mencari kebenaran.. tetapi bagaimana bisa boleh mencari kebenaran kalau membuang islam dari badan? Sebagai manusia yang dilahirkan sebagai orang islam KH patut belajar bersyukur, kerana tidak semua manusia dilahirkan sebagai islam di dunia ini.. Dalam erti kata lain, dia telah mendapat rahmat dari Allah swt.. 

12. Mungkin KH sedikit tersasar akibat terlalu banyak membaca perkara-perkara yang membabitkan unsur2 sains.. tidak salah membaca.. tetapi akal manusia terhad dan 'singkat', dengan membaca sahaja, kita tidak mampu menafsir segala-gala yang berlaku di dunia ini dengan kekuatan akal kita, kerana seperti mana telah saya katakan tadi, akal kita terhad, ilmu kita terbatas.

13. Oleh itu, Allah swt telah membekalkan kita Alquran.. cuba baca Alquran, cuba mohon petunjuk dari Allah swt.. Dalam Alquran terdapat pelbagai maklumat, yang kita boleh singkap.. malahan satu-satu maklumat yang kita fikir, kita tahu dari dunia sains, sebenarnya, datang dari Alquran.. Berapa lama Alquran sudah wujud? dan berapa lama pula penemuan-penemuan sains berjaya diketahui/dibongkarkan oleh tokoh2 tertentu? Bukan kan dari situ, sudah cukup untuk kita berfikir, bahawa selama apa yang kita tahu hari ini, rupanya segala-gala nya terkandung dalam Alquran.. ya bagaimana bisa kita boleh terlepas ilmu sepenting ini? jawapan nya mudah, sebab kita kurang membaca Alquran.. sesetengah dari kita memang pandai mengaji, tetapi tidak tahu maksudnya. Malahan terdapat ramai tokoh2 bukan islam, membaca Alquran sebagai rujukan, antara sumber ilmu/maklumat mereka.. Jika bukan islam sudi membaca.. kenapa tidak kita sendiri? Kenapa perlu kita sendiri mempersoalkan bahawa Alquran itu tidak relevant?

14. KH telah menegaskan bahawa, dia tidak MAHU kita, copy-paste ayat Alquran atau apa2 kandungan hadith kerana dia menganggap perbuatan seperti itu adalah SPAM di wall nya, dan dia juga menganggap kalau mahu copy-paste ayat-ayat Alquran di wall nya, baik dia baca sendiri. (Sila rujuk wall nya, utk makluman, dia dah setkan wall nya kepada PRIVATE)

15. Ini bermaksud, dia secara sedar tahu, bahawa Alquran boleh membidas segala tanggapan dan perkara yang dia sangkal selama ini.. bukan kah begitu?

16. Jadi, dia menolak Alquran, bererti dia menolak kebenaran, sebagai orang islam, berketurunan melayu pula tue.. kenapa perlu dia tolak Alquran?

17. Manusia seperti ini adalah manusia yang 'sindrome denial'. Apabila telah datang kebenaran pada dia, dia memalingkan muka nya daripada menerima kebenaran tersebut.. kenapa?

18.Apa yang boleh kita buat untuk mengatasi perkara ini? Kita tiada undang-undang utk perangi gejala murtad.. 

19. Mungkin kah semakin ramai kes melayu murtad.. seperti lina joy akan menyusul selepas ini?

20. Di manakah tempat utk kita mengadu isu murtad seperti ini? Mohon rakan yang bijaksana, tolong ajukan isu ini kepada pihak yang berkaitan.. 

21. Cukup sedih dan terkilan, kerana KH ini, berjaya mempengaruhi, malahan seolah2 seperti mendidik secara tidak langsung untuk mempersoalkan agama sendiri (ISLAM), akibat cetek ilmu tentang islam..

22. Nak belajar pasal islam bukan melalui google, maklumat dalam google tak semestinya benar lagi sahih.. kena ada guru, kalau sekadar mencari bahan untuk kajian pun takpe la juga, itupun kena ada pertimbangan samada maklumat itu benar ataupun tidak.. jangan terima bulat2 dari apa yang kita tahu melalui google, kena mendalami islam.. melalui guru dan bahan bacaan yang di iktirafkan oleh pihak2 tertentu. (pihak berkuasa)

Ameno : Apabila bangsa islam semakin lemah mendalami islam.. inila hasil yang kita dapat saksikan.. Dan sampai bila perlu kita membiarkan undang2 sekular ini membiarkan anak2 melayu-islam murtad satu demi satu? Kenapa tiada langkah2 pencegahan? Kenapa undang2 membiarkan pada umur 18 tahun mereka bebas memilih agama? sepatutnya pada yang bebas memilih agama tue, adalah beragama lain selain dari islam.. Gejala ini berterusan.. dan pihak kerajaan langsung buat macam takde 'mata'.. minta pihak yang berkuasa memantau kes ini.

9 ulasan

Incek Akim berkata...

murtad, hukumnya mati, xde kompromi! ini lah salah satu kesan (kesan paling buruk rasanya) bila mana kita mengasingkan antara agama dan urusan dunia. lebih parah lagi jika dulunya KH ni seorang muslim. kenapa? sebab teori tapai (ada masa nanti aku ulas pasal teori ni). trick yg sama yg digunakan ke atas kita pada suatu ketika dahulu. seeloknya, kita tegur la KH ni ngn b'hikmah ye, jgn maki2 dia, nnt makin jauh pulak dia lari. scientologist? atheist? jgn risau, Quran ada, kita boleh sangkal hujah diorang. haha~

http://incekakim.blogspot.com/2010/10/asas-ilmu-sains.html

Anonymous berkata...

ya Allah.. lindungi lah ahli kluarga kami dan umat Islam di luar sana.. agar dijauhi dari orang2 yang akan memesongkan akidah kami.. Amin..

Andy Ariffin Ntouch berkata...

Assalamualaikum Admin,

First of all, tahniah kerana telah "memurtadkan" saya di dalam blog nehh tanpa usul periksa terlebih dahulu asal usul saya, pegangan saya, cara hidup saya, etc.. Sungguh tinggi ilmu tuan untuk terus menjatuhkan hukuman tanpa memeriksa terlebih dahulu... Kalah Rasulullah & sabda2nya.. Tahniah sekali lagi..

2. Sebaik2nya, tampal lah wajah saya anak beranak tanpa perlu menghitamkan bahagian tersebut.. Lagi spesifik kan lebih baik.. takut2 orang tak percaya pada tuan kerana menyelindungkan bukti... Untuk membuat public announcement, bukti kita perlu kukuh... =)

3. Rasulullah senyum apabila dilemparkan najis ke mukanya oleh orang kafir & Baginda juga bersyukur pada setiap dugaan yang diberikan oleh Allah SWT.. Baginda juga berbuat baik tanpa jemu kepada seorang wanita tua yang memburukkan Baginda setiap hari..Hasilnya, wanita itu beriman kepadanya..

4. Banyak pendekatan yang diambil Rasulullah untuk mengIslamkan orang adalah dengan cara menunjukkan kepada orang berkenaan kebaikan2 yang terkandung di dalam ajaran Islam serta teladan2 yang baik..Ini dilakukan bertahun2 dan bukan sehari dua dan bukan dengan maki hamun dan suka2 menjatuhkan "murtad" atau "kafir" kepada orang lain sewenang2nya, satu tindakan yang hanya akan membuatkan orang lebih membenci kita dan pegangan yang kita bawa... Human psychology tuan.. belajarlah psychology tentang cara berbicara dan mengatasi hujah2 orang dahulu.. Ada kann subject psychology kat universiti2??

Andy Ariffin Ntouch berkata...

5. Atas dasar apa tuan mengatakan saya bersekongkol dalam memurtadkan orang?? sila kemukakan bukti di sini & paste besar2, supaya orang bleh percaya yang saya murtad / memurtadkan orang... Sekiranya tuan mengatakan saya menyokong hujah2 KH, sila kemukakan bukti yang menunjukkan saya menyokong KH seratus peratus dan bukan secara sarcasm... Saya ingin melihat bukti2 berkenaan.. Sekiranya tiada bukti yang kukuh, blog tuan ini sudah cukup untuk saya heretkan ke muka pengadilan kerana terdapatnya unsur fitnah terang2an serta unsur2 hasutan bagi menimbulkan rasa benci kepada suatu individu...

6. Pada pendapat saya, menjatuhkan suatu hukuman kepada orang tanpa bukit yang kukuh itu bukanlah ajaran Islam.. nak2 dengan mengatakan orang itu "murtad" atau bersekongkol memurtadkan orang.. Rasulullah tak pernah ajar perkara2 sedemikian.. not without solid evidence, at least.. KH mungkin publicly mengishtiharkan beliau tidak percaya pada agama, tapi pernahkah saya berbuat sedemikian?? pernahkah saya menghasut orang untuk jangan mempercayai agama?? buktikan....

7. "Rupanya dia bersahabat dengan armand, ketua wira perkasa.."

jangan lah mencampur adukkan fahaman politik dengan kalam2 Allah.. Susah nak menjawab nanti di Mahsyar... Takut syafaat Baginda pon kita terlepas... Armand tetap seorang muslim, cuma beza fahaman politik sahaja.. Tuan amalkan "Islam" yang boleh memaki hamun orang sewenang2nya, boleh menjatuhkan "murtad" kepada orang sewenang2nya, tapi tak semua boleh menerima ideologi berkenaan.. Contohnya saya yang hanya mengikuti Sunnah2 Rasulullah yakni tidak maki hamun orang sesuka hati serta tidak "memurtadkan" orang tanpa bukti.. Sila lah menghormati ajaran Islam yang sebenarnya..saya lebih selesa dengan Islam yang dibawa oleh Rasulullah, bukan Islam yang dibawa oleh Tuan Guru Besar Kelantan...

8. Pendekatan tuan serta pendekatan saya di dalam menyebarkan dakwah adalah berbeza.. Saya lebih percaya kepada pendekatan menghampiri seseorang individu & menunjukkan kebenaran melalui teladan serta kalam2 Allah secara perlahan2 sehingga terbuka hatinya untuk mendalami dengan sendiri... Bukan menerusi paksaan untuk menerima, menerusi cacian & menjatuhkan maruah individu berkenaan dan memperlekehkan dia di mata orang lain.. tetapi matlamat kita tetap sama.. Ingin melihat Islam itu diterima semua... Insya Allah.. tetapi jangalah pernah mengatakan method kita itu lah yang terbaik, kerana kejadian alam juga tiada terdapat unsur terbaik dari yang lain.. Allah maha bijaksana dalam pengaturanNya.. Sekiranya kita kata kita paling betul, bertaubatlah, & mengucaplah... kerana Nabi Musa juga pernah ditegur oleh Allah apabila Baginda mengatakan dirinya yang paling bijak di muka bumi Allah.. wallahualam... Rasulullah sendiri pernah ditegur Allah apabila terus menerus menjatuhkan hukuman kepada seorang lelaki yang datang kepadanya dengan penuh penyesalan kerana telah memperkosa mayat seorang wanita.. rujuk lah semula kisah2 tauladan Baginda Rasulullah, semoga kita semua terpelihara.... Insya Allah..

bising ja kamu...Tuhan lah Allah la bgus kamu bunuh diri and balik ke Tuhan kamu..berabes tegur and menyalah kan org kmu tu baik sgt ke post benda camni? Siap dgn hukum bunuh lgi! Sial gila Tuhan kamu tu kan menghalalkan pembunuhan...

Anonymous berkata...

...

animous berkata...

salam...
sori lambat utk aku mengkomen.. tp aku nak gak komen... just 1 je la... aku hengat incik KH ni mahu belajar kot... tp.. dia mahu itu dalil nakli... just 1 je la sugesstion aku.. kita ada baik kalau aku pomot keretamayat.blogspot.com ni bukan blog aku.. just ini blog ada banyak bagus utk tatapan umum bersama... salam... n kalau ape2 x puas nak tanye pasal islam.. aku hengat leh tanye gak ngn die~~